Monday, December 02, 2019

Memohon Sendiri Visa ke China - Semudah ABC!

Assalamualaikum dan Hi.

Untuk rakyat Malaysia, adalah diwajibkan untuk memiliki visa sebelum korang fly ke China (Tak termasuk Hong Kong & Macau). Berdasarkan pembacaan aku, terdapat 2 pusat yang korang boleh pergi untuk memohon visa untuk ke China, iaitu Kuala Lumpur dan China. Ni adalah pengalaman aku memohon sendiri visa ke China di Kuala Lumpur.




CARA-CARA MEMOHON

Mudah sangat! Yang pertama, mestilah kena sediakan dokumen yang diperlukan:

1. Passport (Sah laku lebih 6 bulan) - size: 48mm x 33mm
2. Gambar passport background putih - pergi kedai, cakap je untuk buat Visa China
3. Borang permohonan - Boleh tulis tangan/ taip dalam website dia
4. Salinan Muka depan passport
5. Salinan Flight Itinerary
6. Salinan Hotel Booking
7. Bawah 18 tahun, bawa surat beranak

Bila dah ready semua dokumen ni, untuk memudahkan proses.. sangat dicadangkan untuk buat appointment dulu sebelum ke sana. Boleh set appointment korang kat sini. Lepastu print appointment note tu lebih baik. Sebab kat sana dia minta.

Bila dah set, okay tibalah hari korang kena pergi ke sana. 

HARI PENGHANTARAN DOKUMEN

Kat sini parking disediakan. Kalau tak nak naik kereta, boleh naik train turun dekat Ampang Park.

Rate parking

Tip: Pejabat Visa China ini sangat mudah dituju dengan pengangkutan awam. Anda boleh menaiki LRT Putra dan turun di stesen Ampang Park kemudian keluar dari stesen dan pusing kepala ke kiri/kanan, pastikan KLCC di sebelah kiri anda.

Apabila anda nampak Menara RHB, pergi ke situ, dongak kepala dan anda akan nampak menara Tokio Marine. Hamspire Place ini berdekatan dengan menara Tokio Marine.

Apabila anda nampak Menara RHB, pergi ke situ, dongak kepala dan anda akan nampak menara Tokio Marine. Hamspire Place ini berdekatan dengan menara Tokio Marine - Sumber.

Address
Level 5 & 6, Hampshire Place Office, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Business hours:
Business Hours:Monday-Friday. Closed on Saturdays,Sundays and Public Holidays.
Submission of applications: 9:00 to 15:00.

Payment and collection: 9:00 to 16:00.
Contact information 
Call: 603 2176 0888 
Fax: 603 2161 2234

Waiting person 2 orang je 😖😖😖😖


1. Bila sampai, terus ke Level 5. Masa aku sampai tu ada guard yang akan welcome. Soooooo friendly, dia tanya appointment ke tak. Sebab lane dia lain. Depan aku sorang je masa tu. untuk regular line pun tak ramai sangat, maybe bukan waktu puncak. Aku datang hari rabu pukul 11 pagi.

2. Aku beratur tak sampai satu saat (okay overnya), sampai turn aku. Staff kat kaunter akan cek dokumen. Gambar aku tak lekat lagi, sebab takut-takut ada salah. Tapi diorang sudi je gam kan (in fact aku pun bawa gam sendiri hehe). Lepastu dia akan bagi nombor.

3. Duduk sekejap. Tak sampai 5 minit, dah kena panggil. Mak aih laju namatikkk youalss. 

4. Masa nak submit tu, dia akan semak lagi. Kalau pernah pergi ke China sebelum ni, tolong nyatakan dalam borang permohonan tadi. Lepastu dia akan bagi collection slip. Dalam tu dia bagi tau bila kena datang collect. Takyah bayar lagi masa ni.

5. Balik.

LAJUKAN??!

HARI KUTIPAN VISA & PASSPORT


Walaupun 8 orang lagi, tapi laju diaaaaa. Zassssss

1. Datang ikut hari yang dia suruh. Kalau tak boleh, maybe boleh tanya masa korang hantar dokumen, bila yang korang available & boleh ke.

2. Pergi Level 6 dan sekali lagi aku terperanjat. Sebab guard yang welcome aku kat Level 5 tu ada kat sini pula. Haha! Dia siap duduk kat meja staff. Dia terus welcome aku, tanya collection? Yes. Tunjuk slip korang tu.

3. Lepastu guard tu key in apebenda tah kat PC, dia bagi korang nombor giliran.

4. And again. Tak sempat bernafas 15 kali, nombor dah kena panggil. Kemain laju!! Wuwuwuwu sis teruja.

5. Pergi kat kaunter bayaran. Boleh pakai card rasanya sebab nampak benda macam telefon besar tu haha. Lepastu terus je ke kaunter kutipan. Sebelah dia je.

6. Balik

Jangan lupa cek, maklumat semua betul ke tak sebelum korang tinggalkan kaunter.
YEAYYY



BILA NAK BUAT VISA NI?

You are advised to apply ONE month in advance but no earlier than THREE months.
Tahulah excited, tapi jangan setahun lagi nak fly.. korang dah gelabah pergi submit. Nanti dia suruh balik je la ye.

I TAK TAHU LA KATEGORI APA VISA I NAK MOHON NI.

Kalau pergi travel jalan-jalan, aku buat L. Rujuk sini.

LAMA TAK NAK SIAP?

Jawapan dia:

1. Regular service: The processing time is usually 4 working days
2. Express service: The processing time is usually 3 working days
3. Urgent service: The processing time is usually 2 working days

Remarks:

Rush service is not applicable for Non-Malaysian citizen. Non-Malaysian citizen without long-term visa of Malaysia can only apply for Regular service.
Service options provided by Penang Visa Office (in the case of all the required documents are provided)

Regular service: The processing time is usually 6 working days

BERAPA HARGA?

Bergantung jenis & entry. Aku punya yang single entry, maximum 30 hari. RM 100/ orang.
Boleh rujuk sini

BOLEH KE ORANG LAIN WAKILKAN?

Aku tak sure. Aku rasa boleh. Sebab aku pun wakilkan suami sendiri masa collect 😳
Apa pun rujuk je kat website dia. Semua lengkap.

EXTRA NOTE

  • Masa aku google dan siasat macam mana nak buat visa ni.. takde aku jumpa orang cakap kena bawa passport copy. So aku kena scam la sehalai RM 0.50 untuk copy kat sana.
  • Aku buat visa 2 orang, so setiap orang satu set ye. Maknanya hotel, flight apa semua 2 copy.
  • Katanya, kat sana boleh juga print hotel & flight booking kalau korang terlupa. Tapi kena bayar la ye.
  • Sebenarnya caj visa RM 30 je. Yang RM 70 service dia. Kemain mahaaai. Tapi layakla denga service dia macam kilat tu. Tak sempat aku ambil gambar banyak-banyak sebab laju sangat. hiks.
  • Kalau korang rasa takde masa, atau malas nak pergi KL. Boleh minta agent. Tapi slightly expensive, range dia RM 130 - RM 170.

Pendek kata... sis kasi 5 bintang! ★★★★★

Visa Office in Penang

Business Hours:Monday-Friday. Closed on Saturdays,Sundays and Public Holidays.
Submission of applications: 9:00 to 15:00.

Payment and collection: 9:00 to 16:00.

Address: Ground Floor,17 Lebuh Bishop,10200 Georgetown, Pulau Pinang
Call: 603 2176 0888
Fax: 604 2519 785

Itu sahaja. Thank you!

No comments:

Post a Comment