Harini adalah hari kedua untuk Beiing Tour, Seronok jalan sendiri ni, boleh suka hati modify itinerary sendiri. Lepastu suka hati belok kiri belok kanan. Cuma penat badan penat otak sikit
Harini kita akan menerokai Kota Larangan Beijing atau nama famous dia Forbidden City. Ada apa di Forbiden City ni? Ia sebenarnya adalah Istana Kerajaan China masa zaman Dinasti Ming hingga Dinasti Qing. Kawasannya luas sangat kira-kira 720,000 meter persegi. Besar ke tak?? Bengkok kaki
Sebab selain daripada kawasan istana yang besar, harini kelajuan angin juga luar biasa dengan sejuk berlebihan - aku rasa tiap entry aku sebut pasal sejuk. Hahahah!

Oh ye, mungkin ada yang tanya Tian An Men Square tu kat mana? Sebenarnya dia adalah kawasan lapang depan pintu masuk Forbidden City. Kalau korang pernah pergi Gwanghamun Square, Seoul.. lebih kurang macam tu la.
Laluan untuk sampai ke Forbidden City
Station yang berhampiran: Tian An Men East (Exit B)
Keluar daripada subway tu, tengok je kiri kanan. Kalau korang nampak ramai manusia yang macam ulat tahi, tau lah dah sampai ke tempat yang betul la tu. Korang akan nampak gambar orang yang besar tu. Lalu je kat laluan bawah. Ni aku share contoh note yang aku dah buat:
Korang boleh nampak ada security check sebelum nak masuk ke kawasan Forbidden City
Beratur untuk security check
Ni aku share map version besar sikit
Gate yang kita akan lalu kalau keluar dari Tian An Men East ialah Meridian Gate dan akan keluar dekat North Gate. Tapi ikut la, kalau korang rasa dah penat sangat keluar je la daripada mana-mana gate yang penting jangan sesat. Haritu pun kami belasah je keluar tah mana-mana gate hahah tapi akhirnya kami pusing balik untuk naik train kat Tian An Men East. Tak tau la, mungkin tindakan yang kurang bijak sebab dah lost gila masa tu 

Harga Tiket Forbidden City: April to October 60 Yuan
Tiket kami dah beli siap-siap kat Klook. Hah! Kalau korang nak bercuti kemana-mana, pakai klook je! Sebab sangat la mudah dan lebih murah berbanding yang lain. Boleh klik link ni untuk dapat kan free RM 13.30 on your first sign up. Atau boleh je klik gambar kat side bar blog aku ni. Selain tu, klook ni banyak sangat promo code. Sangat berbaloi!
Okay macam mana nak redeem tiket ni nanti?
Masa kita nak book kat klook tadi tu, kita pilih je mana-mana yang berkenan dihati.
Harga kat Klook: RM 23.15 after doscount
for admission fee only - non peak season
Korang kena masukkan tarikh, passport details orang yang pergi ye, Tak boleh wakil-wakil.
Sebab masa nak redeem nanti, kena bawa passport setiap orang yang dah registered tu. Tak perlu bawa paper ke invoice atau printed booking. Pastikan phone ada internet je. Yang penting, tak perlu beratur panjang masa kat pintu masuk sana.
Tapi kalau bercadang nak pergi masa peak season, harga dia lain sikit. Boleh tengok juga dia punya ticket price kat sini:
Lepas dah tunjuk passport, dia akan buat la scanning semua lepastu kena scan bag (lagi). Selesai, boleh la menikmati pemandangan Kota Larangan! Besaaaar sangat. Bak kata suami, kenapa semua bangunan sama je? Kita ambil gambar satu tempat je la kalau macam ni
- padahal dia sejuk tak tahan berdiri.
Peta Forbidden City sebagai rujukan. Kot takut tersesat
Awal-awal perjalanan sebenarnya aku dah give up, sebab sejuk sangat. Dalam 2 celcius dengan angin yang aku kira paling kuat la sepanjang aku kat sini.
Cuaca baik dan sejuk pada hari ini ~
Sepanjang nak ke ticket gate Forbidden City
Ramai sangat geng-geng lain. Pakai agent semua ni
Berhenti kejap nak pakai warmer. Lupa pakai kat rumah tadi 
Nampak ramai orang berkumpul tempat macam ni, pergi la jenguk. Rupanya, diorang nak beli tiket hahaha. Penat curious.
Akhirnya berjaya... ambil gambar dengan background yang agak lengang 

Tengok belakang tu, semua yang serupa grim reaper tu adalah staff forbidden city. Tapi takleh pakai, sebab kita cakap English takde sorang pun faham 
- Makanya pake tour guide lol


Kalau nak guide service, boleh pergi sini. Kami yang yakin diri ni, jalan sendiri je sudahnya sesat hahahaha
Ambil gambar ni siap-siap
Okay jommmm!
Cantik!
Dan ramai ~
I....love you...... hahaha
Yang, kita pergi ke tepi sikit la.. ramai sangat tengah tu 

Suami setia dengan beg pink tu 

Nama dia posing sakit lutut
Juga posing patah pinggang
Setelah melalui banyak bangunan, still rasa sama je semua bangunan 

yihihi
Sampai terlondeh la belt sebab sejuk, kecut semua hahahha

Tercari-cari jalan keluar
Masa ni dah start "jom balik" tapi tak balik-balik
Entiti apa yang berwarna keemasan di belakang itu?
Bila kami dah jumpa jalan keluar, baru nampak benda ni. lol
Ni masa on the way naik train pagi tadi.... nampak orang pakai telekung adeh 

Till we meet next time!
No comments:
Post a Comment