Friday, December 27, 2019

Beijing Winter 2019 | Qianmen Street

Ini adalah lokasi terakhir kami untuk hari ini dan untu trip kali ni. Perasaan masa ni membuak-buak nak balik pasal tak tahan sejuk, Tapi bila ingat balik, rindu 😐 huhuhu 

Kasi chance orang lain inter-frame dalam blog I


Selesai je lawatan sambil belajar di Temple of Heaven, kami terus ke Qianmen Street. Kat sini tujuannya nak jalan-jalan je habiskan masa yang tersisa. Sekalinya... tershopping! Seronok gila kat sini. Syukur datang hari last, kalau tak habis awal la duit 😋 Kalau korang bercadang nak shopping, kat sini pun okay. Aku boleh katakan, barang kat sini agak murah berbanding Hongqiao Market dan Silk Market. Penjual lebih ramah dan yang penting kat sini boleh tawar menawar. Tak beli pun takpe. Wakakakaaa. Orang lain kata, tak boleh tawar. Kami cuba nasib aje.

Untuk pengetahuan semua, kalau datang sini jangan lupa ke Dashilar Street sekali. Kat sini la banyak port shopping. Jadi, ada 2 cara kalau nak datang sini.

Cara 1
Station yang berhampiran: Qianmen (Exit B atau C), pergi ke kiri kemudian berjalan kaki dalam 3-4 minit. Nanti terus je nampak pintu gerbang. Dalam tu la Qianmen Street.

Cara 2
Station yang berhampiran: Hepingmen (Exit C), bergerak ke kiri kemudian jalan dalam 300 meter. Akan terus jumpa Darshlar Street. Jalan dia bersambung dengan Qianmen Street.


 
Walking to Qianmen Gate

Ni la gate dia

I oso want photo~

Ada nampak line tram kan?

Bangunan ni opposite dengan entrance gate

Haritu aku guna cara 1, aku malas nak balik lalu Hepingmen. Aku patah balik sebab nak pergi kedai yang awal aku lalu 😂 Dari terang, sampai ke gelap la kami kat situ. 

Nak solat? Pun ada surau. tapi kami dah solat siap-siap kat hotel. Heheh


************************

Lokasi pertama: Miniso

Murah sangat-sangat barang kat sini. Korang tengok je la. Sempat kami beli untuk anak-anak buah. Anak sendiri belum ada 😅








***Sekitar Qianmen Street dan Darshilan***

Dua street ni bersambung, jadi aku pun dah tak ingat mana satu. Hahah. Bila korang masuk je Qianmen Street, Darshilan ni di bahu kanan korang. Tengok je kalau ramai orang keluar masuk tu.


Bangunan sekitar Qianmen Street


Ada tram. Kalau nak naik boleh je, tapi aku tak sure la berapa yuan.

Koleksi barang shopping. Memang murahhh sangat!



Tandas pun ada. Tapi bau dia... ucuk ~

Kalau masuk dalam ni, ada seksyen makanan. Ada yang halal.




Ini dia! Aku beli air je, sebab dahaga sungguh. Kering tekak ini 

Tapi takde la sedap sangat. Wakakkaa


Ada satu kedai ni, aku tak ingat nama dia. Tapi dalam dia ada jual baju macam ni. Sempat la aku rembat sehelai. Hihihi Murah.


Kat Uncle ni kami beli sarung tangan. Murah sangat. RM10 je sepasang. Gila ke?! Tebal pulekk eheh

Gloves dan Pashmina bersepah-sepah

Ni pula tempat tangkap gambar, kalau korang nak feeling pakai baju dinasti cina haa silakan lerr hehehe

"Hmm apa lagi nak beli"

Dah senja!

😎

Petang di Qianmen!

Banyak pulak i shopping hihiii

Disebabkan sejuka dah mula menguasai diri, kami decide untuk minum-minum kat Starbucks, panaskan badan. Lepastu terbeli mug harga RM 100. Lol. Kat Malaysia tak pandang pun Starbucks tu 

Habis minum, keluar je, dah malam 

Okay ayang. dah dah la posing pelik tu


Dari siang ke malam berjalan hahaha!




Singgah lagi sekali. Adoi 

Dah penat second round kat Miniso, kami terus je balik gelabah ayam ke hotel. Nak ambil luggage untuk pergi airpot. Wait for me Malaysia!

Makan dulu before balik Hehehe

No comments:

Post a Comment