Sunday, March 06, 2016

Booking Tiket Wayang Online. Mudah Sangat!

Halloooh! Bersempena dengan baru saja selesai menonton Munafik hari ini, makanya saya terpanggil untuk menulis entri ni. Bukan review Munafik, tapi mengenai tahap kesedaran masyarakat Malaysia mengenai pentingnya penjagaan masa! lewsss.

Harini kelihatan fullhouse Alamanda, Putrajaya. Selain daripada parking yang penuh daripada P1-P5, jalan raya jugak jammed tak kalah. Rupa-rupanya ada show si Boboiboy dengan kengkawan.

Masuk je kawasan GSC. Mak aihhhh ada ada kenduri kawen ke majlis konvo ni. Ramai kemain. Sesak luar biasa! orang beratur nak beli tiket panjang betul. Terasa nak book kan online untuk diorang, charge sorg seringgit. Untung dah kat situ kehkehkehhh. 

Okay meh kita share satu langkahh mudah nak book tiket wayang via online. Geram tau nengok orang beratur panjang-panjang macam tu. Senang je cara dia nehhh!


Korang install la Apps dia kat phone. Senang nak book dari
mana-mana, dalam kereta, tengah jem, masa meeting pun boleh! herherherhh


Then 1st page, akan ada promotions. Sebelum apa-apa, korang sign up dulu macam biasa. Nak memudahkan proses seterusnya. Pastu, tap dekat bucu atas kanan tu.


Nanti akan ada dropdown cenggini. Takyah tap FasTicket pun takpe. Tap, Cinema


 1st Step
Boleh la mulakan proses pemilihan. Jangan salah pilih wayang sudehhh. Buatnya duduk JB, pilih dekat Aloq Setaq nuhh.


2nd Step
Masukkan butir-butir yang sepatutnya. Pastikan cek dua tiga empat lima kali


Dekat payment method tu ada a few options lagi; PayPal, RHBNow, E-Voucher, Credit Card. Sebab aku pengguna tegar M2U, so aku guna yang ni sebab tak kena RM 1.06 pun. Selamat duit daripada genggaman Rossy & Jibby. Heheh


3rd Step
Personal details ni akan auto key in bila korang dah sign up and log in yeee



4th Step
Boleh la pilih nak pegi sekampung ke setaman ke, boleh makanan sekali yehh! Selalunya, kalau sold out, dia akan stuck dekat page ni. Dia akan ada pop-up sold out. 

Jangan berduka lara, at least engkorang tak beratur panjang, then sampai kaunter.... sold out. Ha kan pening!


5th Step
Detik yang dinantikan telah tiba, pilih seat! pilih la seat kegemaranggg engkorang


6th Step
Korang ada masa 8 minit untuk secured booking, buat payment. Sempat kot suruh kengkawan transfer kalo korang tak cukup duit, hehehe

Booking fee hanya lah RM 0.50, dah price dia tak fix tau. Lain-lain. Tapi berbaloi daripada nak beratur panjang 30 km tu!!! *sorry emosi


Bila dah tap dekat "pay", keluar pop up ni. Log in la M2U seperti biasa. Request TAC dan next. Semak betul-betul before proceed tau!


Then, dekat dropdown tadi (before step 1) ada column "History", kat situ ada semua cerita yang penah kita book.

"Macam mana nak masuk hall nanti??"

Tap je dekat barcode tu, nanti tinggal scan je kat sana :D


Dia akan email kita natang ni, untuk confirm booking and the invoice as well


Takyah nak meriah sangat pegi print out


Kau melenggang je la bawak benda iniiii kehkeh

Tips: Jangan share barcode dengan sesiapa! Takut orang lain pakai, haaa kau dah takleh masuk kan kecewaaa. Terpaksa panjang cerita nak semak nama bagai.

DONE!
Selamat Mencuba

Aku taklah kaki wayang sangat, tapi tak salah kiranya berkongsi tips untuk kebahagiaan kita bersama. Ewahhhahhahaa. 

Selamat melantak sushi dengan jayanya dan.... selamat menepek wajah kahkah!

2 comments:

  1. bestnya tak pyh la tunggu panjang lagi..

    ReplyDelete