Saturday, December 28, 2019

Beijing Winter 2019 | Travel to Tianjin - Wuqing

Selamat pagi Wuqing!

Setibanya di Airport Beijing jam 2-3 pagi macam tu waktu tempatan, rehat-rehat dulu. Lepastu decide naik train ke Wuqing (cara sebut: wu-cing). Last minute plan. Ingat nak naik bas pergi Tianjin dalam 2 jam. Tapi fikir-fikir balik. Ah malas la. Naik train je hahahah!

Florentia Village


Destinasi ni pun baru-baru je famous. Sebenarnya takde apa pun yang menarik selain daripada senibina bangunan yang cantik. Memang cantik. Tempat ni adalah shopping complex berkonsepkan JPO & GPO. Orang selalu singgah sini kalau nak ke Tianjin sebab memang lalu station ni.

Nak tau bajet? Boleh tengok kat sini.

**********************************

Cara nak ke Florentia Village: 

Daripada airport kami naik Subway ke Beijing South kemudian ambil bullet train: Beijing South - Wuqing. Florentia Village ni pulak terletak betul-betul opposite Wuqing Station. 

Capital Airport Express - Beijing South - Wuqing 
Harga: 88.5 Yuan sehala

Pro-Tip! Kalau korang nak pergi Tianjin pun boleh guna route ni, station Tianjin adalah selepas Wuqing. Boleh refer rajah di bawah: Kalau nak tengok cara-cara naik bas, aku akan ceritakan kat hujung entri ni.


Jom tengok kami terkulat-kulat naik train!

Disebabkan kami plan last minute, jadi kami beli tiket secara walk-in. Harga dia sama je kalau beli kat Klook, cumanya Klook boleh dapat banyak lagi promo. Sign up la kat sini untuk dapat RM 13.30 for first sign up! Iklan pulekk hekhek Nanti aku akan buat juga entri khas cara-cara nak beli tiket melalui Klook.

Ikut tunjuk arah Tickets tu

Banyak sangat kaunter dan gate kat Beijing South ni, dia ala-ala KL sentral la. Pusing kepala. Nak cari tempat beli tiket pun sesat, tanya polis kat sana semua tak faham English. Lepastu terjumpa kiosk Customer Service, berjaya la cakap English even 2-3 words je hakhak

Ini la kaunter untuk beli tiket train. Ada no 4 kat atas
Nanti dia akan bagi tiket macam resit je. Kat situ akan ada tulis Gate dengan no tempat duduk. Aku tak sempat ambil gambar, sebab ingat tak penting har har har

Mencari gate

Tapi memang teruk tahap kesesatan masa ni, disebabkan baru sampai dan tak mandi.... maka makin menjadi-jadi kebingungan kepala. Turun naik escalator sana sini, aduh lawak hahaha Kalau tak silap kami naik kat Gate 5.

Lepas tragedi barang kena rampas masa lalu security check..akhirnya, kami pun tiba kat depan gate. Tu pun lepas tanya merata-rata. Untuk pengetahuan anda, korang takkan boleh masuk platform selagi train number tak dipanggil. Dia akan tunjuk kat display atas gate. Alaaa macam naik flight juga. Untuk foreigner, ada special lane. Selalu hujung sekali, kanan atau kiri. Dia akan guna passport je untuk scan.

Yeayyy ready for Wuqing!

Muka stress barang kena rampas tadi haha

Kami pilih seat 2nd class, beza dia ruang kaki je dengan 1st class. Tak berbaloi nak beli sebab dekat dan sekejap sangat hihi

Merenunggg

Selesa sebenarnya train ni. Best dan laju! Dalam 20 minit dah sampai

Suhu hari ini

Ok sampai pun. Jangan marah bangg

Wuqing station platform

Depan Wuqing Station

Cantikkk

Daripada seberang jalan

Untu ke Florentia Village, kena naik jejantas. Keluar station, belok kiri. Akan nampak jejantas, naik je. Terus sampai kat sebelah sana.

Angkut beg berat ke hulu ke hilir

Dan... sampai!
Kedai tak banyak yang buka, sebab kami sampai awal pagi. Dalam pukul 10 pagi rasanya. Boleh la foto-foto!

Kosong dan sunyi

Cantiknya beg pink dia



 
Sungai beku kat belakang tu

 

Muka tak mandi uhuk






Takde apa pun nak beli, nak menghayati keindahan je sebenarnya. Tak masuk pun kedai-kedai kat sana haha


Let's balik

Bersama beg-beg besar

Sekitar Florentia Village


Orang baru start ramai

Ready for leaving. Baru pukul 11 lebih, dah macam maghrib haha!

Kelihatan Wuqing station dari jauh

 
Lengang je jalan pagi-pagi

Sampai station, terus masuk untuk security check. Kali ni kami dah beli tiket online, so tunjuk je passport

Nampak kan yang kanan sekali tu, tu lane untuk foreigner. Nanti bila train number dah announced kat skrin atas tu.. baru pergi beratur, kalau tak.. duduk je lepak-lepak

Ada tandas, tapi bucukk erm kkk















2 comments:

  1. Very good article. I am going through a few of these issues as well..

    ReplyDelete
  2. It's really very difficult in this busy life to listen news on TV, therefore I simply use internet for that reason, and take the latest information.

    ReplyDelete