Assalamualaikum dan Hi!
Selesai aktiviti tidur-tidur kat bilik, pukul 4.30 petang macam tu kami keluar. Kami singgah Honqiao Pearl Market dulu, lepas tu baru ke Olympic Stadium. Orang kata, ni memang must visit place kalau datang ke Beijing. Sampai kat stadium pun dalam 6 petang. Tapi kat sini pukul 5 petang dah maghrib, so memang gelap la macam malam.
Station yang berhampiran: Olympic Sports Center/ Aoti Zhingxin, exit B1 (northweast) atau B2 (northeast)
Boleh je pilih mana-mana exit. Lebih kurang je jarak. Kalau korang dah keluar dari train, akan nampak signboard National Stadium atau National Aquatic Center. Ikut je, lepas dah naik tangga akan terus nampak bangunan oren dan biru. Ya, itu la dia destinasi kita
Sebelum masuk ke situ, kena laluan pemeriksaan macam biasa.

On the way
Ikut signboard
Kat situ sebenarnya macam kawasan lapang dekat Putrajaya. Kalau bukan musim sejuk ataupun cuaca yang menyenangkan, mungkin boleh la lepak lama-lama. Masa ni kalau tak silap -10 Celsius. Sejuk banget gais 
tambah-tambah dengan kawasan tu lapang, angin berdesup menampar muka
Laju je ambil gambar, balik terus, padahal awal lagi 




Nak ke stadium tu atau nama lainnya Bird Nest Stadium, nampak macam dekat. Tapi bila nak jalan menuju ke sana tu terasa azab sangat sebab sejuk melampau. Terpaksa aku menyanyi sama-sma dengan husband untuk kill the time sepanjang 800 meter tu.
Harga tiket kalau nak masuk tempat-tempat tu
Bila dah lepas security check, akan lalu bangunan ni. Sebenarnya takda apa pun. Kami masuk nak panaskan badan je dan sembur ubat sikit sikit 

Kawasan dalam
Okay sambung jalan.....
Dan nampak la stadium sarang burung tersergam indah!
Korang perasan tak, takde orang sangat? Sebab apa, sebab sejuk sangat 

To be honest, hingus aku meleleh teruk. Nasib baik bawa banyak gila stok tisu dari Malaysia. Adeh
Tapi kena posing juga ye 

Ni pula National Aquatic Center
Seronok juga takde orang, senang haku nak bergambar 

Kasut tu sis baru beli tadi... hihi sebab ada yang tanya berapa banyak bawa kasut hehe
Boleh jalan lagi sebenarnya ke depan sana tu, tapi takpelah.. Sis tak sanggup, makanya sis singgah je kedai kat tepi-tepi situ dekat dengan subway. Sebenarnya mahal gila barang kat kedai tu 

Kita akhiri posting kali ini dengan... video pusing-pusing kat sini!
Thank you!
No comments:
Post a Comment