Saturday, March 27, 2021

Persediaan Barang-barang Untuk Kelahiran

Assalamualaikum & hi!

Pejam celik dah pun masuk bulan ke 3 tahun 2021. Punya la bersawang blog, banyak sangat story yang tak dapat catch up. Sampai dah PKP angkara Covid-19 😂 Yang penting sampai ke fasa guwe udah melahirkan!! Nampak tak kronik mana sawang blog ni?


Syukur Alhamdulillah, aku telah melahirkan seorang putera someeeel pada Januari 2021. Rasa cepatnya masa berlari. Yang lama tu masa 1st trimester mengandung je la sebab superb penat haha. Jadi posting kalini aku nak share (catat if mengandung lagi??) pengalaman dan persediaan untuk bersalin. Mungkin ada follower aku sejak dari bangku sekolah lagi nak tahu perkembangan semasa. Diva kan? 👩‍🎤🤣 padahal mak mak nubis

Sis, bila nak beli barang baby/ pantang?

Mudah je, aku beli ada sale kaw2. Aku beli botol anak aku masa 8 minggu pregnant kot? Haha cara nak tau ada sale? Kena rajin survey sana-sini. Nampak murah, beli terus takyah fikir

Apa je yang penting nak beli sebenarnya?

Kalau ikut aku, sebenarnya ikut kehendak korang la. Tapi aku listkan apa yang aku (laki aku kot haha) beli & belanja ye dan aku rasa penting. Mana tak berapa penting nanti aku highlight 👀

Feeding

  1. Breast pump - aku pakai yang manual. Sumpah best. Tapi aku hanya guna 2-3 kali tu pun lepas habis pantang. Entah kenap aku rasa if korang housewife, tak perlu breastpump ni. Kalau buat stok pun, hasil daripada marmet & guna manual breastpump je. Aku collect buat stok kalau penuh. Still managable dan agak penuh fridge. hehe - apapun, it's up to you.
  2. Lactation massager - korang memang patut beli sebab dalam pantang senang bengkak
  3. Milk collector - aku beli 3 jenis botol, 1 pair jenis bulat. 
  4. Bottle liquid wash
  5. Feeding bottle
  6. Nursing bra
  7. Nursing butter 
  8. Nursing pad - ni pun sangat berguna untuk aku
  9. Milk storage
  10. Bottle brush
  11. Bottle rack
  12. Bottle warmer - boleh la beli kalau korang dah start nak masuk kerja, aku tak beli lagi ni haha
  13. Steriliser Kit 
  14. Tuam for breast - also berguna gila
  15. Nursing pillow
  16. Nursing cover



P/s: pendek kata semua berguna la part feeding ni. Perlu ke aku buat entry khas siap review? Haha

Diapering/ laundry

  1. Napkin/ muslin 6-7 pcs 
  2. Changing mat 3 pcs - if anak kau kenc*ng or berak, ada ganti sesiap
  3. Nappy rash cream
  4. Minyak telon 
  5. Wipe tissue 
  6. Spray bottle
  7. Detergent
  8. Laundry Basket 
  9. Hanger for baby cloth
  10. Pampers newborn dalam 3 bags - saiz s pun aku beli siap, sebab aku tahu akan tukar gak masa aku pantang. Hahaha



Baby care

  1. Head to toe - aku try pakai yang brand biasa tapi kulit anak aku ni macam agak sensitive. Jadi kena beli yang organik. Kulit bayi kan haluss
  2. Lotion 
  3. Soothing oil/ baby oil - masa aku kat hospital lepas bersalin tu nurse mintak baby oil untuk siapkan baby. Tapi aku tak bawa. Bengong hahaha
  4. Baby tub 
  5. Towel mandi 
  6. Handkerchief 
  7. Nasal aspirator - ni aku beli if tiba-tiba perlu je. So far belum pakai lagi
  8. Cotton ball - aku tak berapa nak guna sangat. Aku bersihkan tali pusat anak aku guna button bud je
  9. Cotton bud
  10. Sikat 
  11. Nail clipper/ trimmer 

Clothing

Part ni yang korang suka dan tunggu kan?? Ye sama la kita 😂 cuma bila bayi lelaki ni, duit jimat sikit la sebab warna dia bosan. Tapi sis cuba sedaya upaya supaya nampak comel dan bergaya kakakakakaka

Ni sekadar idea je la ye. Personally aku suka baju onesies macam bodysuit, romper dan sleepsuit (ada zip paling senang tapi carefull ye). Sebab senang, kalau 2 pieces tu asyik nak ke atas je bila kau angkat anak kau 😩

Berapa banyak nak beli? Pun ikut korang. Kalau aku, beli banyak saiz sesiap. Untuk newborn aku beli tak banyak tak sikit sebab aku jenis pakaikan anak aku baju. Lepastu nak kena ganti kalau dia muntah/ berak kencing bocor.

  1. Long sleeve 
  2. Eyelet long sleeve 
  3. Short sleeve 
  4. Eyelet short sleeve 
  5. Baby sleepsuit 
  6. Romper 
  7. Hat 
  8. Selimut  
  9. Barut - TAK PERLU LANGSUNG. Harap takde cikbawang kecam 😅🤣
  10. Baby bip 
  11. Mitten & booties - tak perlu banyak


Bedding

  1. Set tilam inc bantal - travel saiz je senang aku angkut haha
  2. Extra dimple pillow 
  3. Kelambu - aku beli sebab pantang kat kampung, banyak nyamuk. Kat rumah sendiri tak guna pun
  4. Baby cot - aku beli yang ada tempat tukar lampin, sumpah function

Baby gear

  1. Stroller & Car seat - Both memang aku suggest sangat beli sebelum bersalin. Sebab masa ko pantang ko dah tak banyak masa sangat nak survey yang the best. Lagi-lagi aku yang duduk apartment ni sangat perlukan stroller. Riuk gak badan nak angkat anak ke parking 😂😂
  2. Baby carier - aku tak beli lagi sampai sekarang haha
  3. Soft toy - awalkan aku beli? Kekekeke
  4. Baby bag/ caddy bag 
  5. Dustbin with lid - khas untuk pampers
  6. Cloth Storage 
  7. Diaper plastic from mothercare - aku beli sebab wangi je haha

Pantang stuff
  1. Bengkung - aku beli sampai 3, sudah tak pakai sebab takde masa hahaha
  2. Maternity pad - beli banyak ye, aku rasa aku pakai dalam 5-6 bag pureen pad pasal 2-3 jam sekali tukar 🤣🤣
  3. Tungku baby 
  4. Tungku mommy 
  5. Stokin 2-3 pcs 
  6. Set pantang - aku beli set NR, tapi aku tak guna sangat. Pil phythonatal pun aku makan lambat, lepas sebulan kot. Sebab aku paranoid, anak aku kuning 😂 sudahnya aku makan Blackmores pregnancy & lactation je 🥲


Check up & and medical

  1. Growth scan 
  2. Gender scan 
  3. Details scan + 3d4d 
  4. Hospital check up
  5. Hospital bill
  6. Vitamin & extra supplement - neurogain 

Banyak juga eh aku belanja untuk first pregnancy ni. Excited la, kasi chance okay 🤣

Ni pula barang keperluan masa bersalin kat hospital. Kalau kau google banyak aje. Sebab aku malas dah nak taip, here you go!









Thank you!



No comments:

Post a Comment