Thursday, August 08, 2019

Kali Pertama Ke Luar Negara? 9 Tips Melancong Untuk Newbie - Immigration Version

Hi and Assalamualaikum. Sejak kebelakangan ni selalu kita dengar cerita orang yang dihalang untuk travel even Visa dan approved (Denied Boarding), especially kalau korang melancong ke OZ; Australia & New Zealand. Aku takde la power sangat, tapi berbekalkan pengalaman aku mengembara kebeberapa buah negara mungkin boleh jadi tips untuk newbie dan untuk diri sendiri juga (yang mungkin akan tambah koleksi cop dalam passport


 My face 4 years back hahaha 

Disclaimer: Tips ni hanyalah pengalaman peribadi dan terpakai kalau kau memang betul-betul nak travel, bukan jadi illegal immigrant, petik buah la, petik kobis apa semua.
Tips ni juga tak menjamin korang akan terlepas dari bilik kaca tapi insyaAllah boleh meminimakan masalah di airport. Untuk jenis backpacker dan takde tiket return dan iti tu pun, aku tak reti nak ulas ye. Hihii

Okay kali ni adalah segmen berhadapan dengan immigration/ imigresen Malaysia juga Visit Country. Tak kira la negara mana pun. 


1) Itinerary

Well prepared. Sebab aku tak suka pakai full ground. Paling tak pun pernah sekali pakai ground time kat Melbourne. So aku memang hafal itinerary hasil study hampir setahun even pakai agen/ sendiri. Sila la study ye. Better print & bawa dalam beg masa nak boarding. Kalau pergi dengan family/ friend bagi diorang copy dan suruh masing-masing baca. 

2) Hafal Nama Hotel 

Pernah kena kat Seoul, imi dia soal banyak gila sebab kawan aku tak ingat alamat hotel. Bila sebut nama hotel, imi tu be like “eh wujud ke hotel tu?” dan tanya kawan-kawan dia. Apa kejadah aku boleh lepas je lol. Maybe sebab aku yakin cakap hotel tu kat Itaewon whatsoever. So print juga hotel booking. Ada alamat hotel tu sekali.

"EH TAPI MACAM MANA KALAU KITORANG DUDUK RUMAH KAWAN/ SAUDARA?"

Berdasarkan pengalaman aku, kau letak je alamat rumah kawan/ saudara kau tu. Tapi most prabably akan ada further questions macam "Next of kin kau kat sana kerja apa, buat apa, berapa la dia duduk situ" - tak boleh ulas panjang untuk OZ, mungkin ada perspektif berbeza.

 Depart from Seoul 

Naik bas nak pegi terminal 



Incheon Airport yang ramai umat Malaysia

3) Dress up & Yakin 

Kalau naik flight, aku memang akan pakai kemas dan cantik. Kalau boleh pakai kasut bersih, bukan lusuh. Seluar jeans pun takyah la macam mengundang kena tahan, gaya rock lusuh koyak sana sini. Penampilan memainkan peranan agak penting. Lagipun, kau pergi travel kan? takkan nak selekeh kan? Takde la nampak rupa pemetik buah. 

Bila imi tanya soalan, jawab baik-baik dan senyum (jangan lupa). Setiap kali lepas cop passport/ sebarang urusan aku selalu ucap "terima kasih" Dorang definitely/ maybe takkan balas senyuman tu tapi aku tetap senyum manis hihi  - jangan makan hati ye hahaha

KLIA, while waiting flight to Phuket. My sis tengah charge phone rasanya tu haha

Siap bawa laptop. Kenapa tah eh ahhahaha

My parents while waiting flight to Jogjakarta


4) Declaration 

Jawab jujur kat declaration form. Tapi kena study dulu apa boleh/ tak boleh bawa masuk negara tu. Berapa cash perlu dan tak boleh bawa. Macam Oz strict gila, aku bawa gula-gula pun aku tick je part food sebab aku tak sure. Sudahnya kena gelak dengan imi tu heh. Aku pernah baca kat FB/ Twitter, kau even kena tulis sendiri sebab imi boleh detect tulisan dengan sign tu lain. Sebaiknya tulis sendiri, tak perlu minta orang lain tuliskan. 

"ALA, KALAU ANAK KAMI 2 TAHUN KENA TULIS SENDIRI JUGAK KE?"

Halu, boleh logik sikit? 

 Declaration form - Australia 



Tempat tunggu stroller, bila stroller anak buah aku tak kunjung tiba kat tempat luggage tu. Rupanya, bila tanya kat situ rupanya! LOL

5) Travel Family/ Friend 

Bila aku travel dengan family, memang imi tak banyak hal. Especially masa bawa anak buah 4 orang tu. siap boleh potong que (kat Tokyo). Masa tu dorg umur 1-4 tahun macam tu. Tapi kalau dengan kawan, imi memang pandang atas bawah. Kena lebih waspada la ye. Kalau boleh beratur baik-baik. Jangan macam "jakun" sangat kata orang. Tunjukkan peribadi yang elok sepertimana Rukun Negara kita yang kelima "Kesopanan dan Kesusilaan". Kita kan duta kecil negara sendiri ☺

Aku pernah nampak a group of budak-budak muda, bising gila, dengan tak beraturnya.. mak aih serabut guwe. Imi pun serabut hahhahaha. Lagi-lagi kalau masuk Indonesia, jangan terkejut kalau diorang tak que langsung, potong barisan. Benda ni jadi masa fly pergi Padang & Jakarta.

Haneda Airport, Tokyo


6) Boarding kat KLIA 

Memang ada officer cek before kau boarding. Dia akan tengok lagi sekali passport dgn muka. Sama ke tidok. Pernah sekali aku kena, dia tanya... kenapa dalam passport nampak tembam. Ha yelah tu 2015!! Kopeshal... huhu kalau pakai spek mata, sila buka (sama passport) 

Kalau agak-agak muka kau lain sangat sangat dengan passport, bawa-bawa la tukar baru.

8) Bonus 

Bonus kalau kau memang kaki travel. Maksudnya banyak cop kat passport. Imi tu akan lagi yakin yang ko memang melancong, bukan jadi illegal immigrant. Sebab aku banyak kali pergi indonesia, sampai imi tanya (kat Surabaya masa tu).. 

“wah sering ya kamu ke indonesia” 

“Iya, indonesia cantik sekali” kekeeke

9) Time Imi nak cop passport masuk (FAQ)

Kat sini la selalu soal jawab berlaku. Tenang. Soalan dia senang, datang dengan siapa, berapa orang, buat apa, nak pergi mana je, berapa lama, bila nak balik. Masa pergi Jakarta/ Lombok (aku lupa dah) haha, officer suruh tunjuk return ticket flight. Sila print awal-awal. Jadi kalau kau passed no 1-7, kau boleh lolos no. 9 ni.

Imi boleh tarik kau bila-bila masa je dekat airport tu. Tarik tepi ke, tarik masuk bilik kaca ke... kata kunci dia " TENANG" dan jangan gelabah. Oh ye, jangan main phone ye kat kawasan imi tu. PENTINGGGG!


********************


Hah jadi macam mana? mudah kan 珞 Kalau yang ada pengalaman lain mungkin boleh share juga. Sebab aku ada high desire untuk feel macam-macam country. Aku bakal ke Country lain hujung tahun ni. Doakan sis berjaya 

Memandangkan passport aku dah nak expired, jadi aku tepek la kenangan kat sini sebelum kena tukar passport yang bersih huhuhu





Australia je takde cop. Aku pun tak sure kenapa 樂

No comments:

Post a Comment