Friday, January 04, 2019

Bercuti 5 Hari 4 Malam ke Surabaya dengan hanya RM 1,100 Seorang!

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang merindui penulisan saya. Hahhaha (rindu sangat). Alhamdulillah kali ni kita boleh beralih ke destinasi lain setelah lama terlekat kat Melbourne. Untuk posting kali ni, aku akan kongsikan itinerary dan perbelanjaan aku sepanjang kat sana.

Disebabkan Surabaya sinonim dengan Bromo, jadi kita letak gambar kat Bromo sebagai pembuka cerita 


Even dah setahun berlalu, aku baru je ada ruang dan masa untuk update. In fact, trip ni tahun 2017 

Aku boleh katakan, trip ni adalah antara yang paling best sebab aku pergi dengan dua-dua orang kakak aku yang gila dan masuk air 👀 Sebenarnya aku cuak juga sebab nak pergi naik Bromo ni subuh gajah, kakak aku dua orang tu ada anak masa tu 2-4 tahun macam tu la (alamak lupa umur diorang hahahah) Risau kalau diorang buat hal menangis taknak bangun pagi kekekekeke

Tiket KUL-Surabaya ni aku beli setahun setengah sebelum, knowing me yang ada darah kacukan haji bakhil sikit-sikit, always nak beli pada harga yang kalau boleh free aje  Lepastu, kitorang cover banyak tempat yakni Surabaya-Batu-Malang-Bromo sebab tu hotel kitorang pun bertukar-tukar. Aku kalau boleh memang nak pusing semua je terus.

Untuk pengetahuan korang, Itinerary kitorang ni macam biasa la kakak memberikan kuasa penuh untuk aku decide. Dalam erti kata lain, kau buat lah Wa.. kitorang busy. Muahahhaaa. Aku selalu akan ambil kira sekali anak buah aku 4 orang yang gedik tu dalam memproses iti aku. Wahh makcik yang baik ï¤— 

Jadi katakan, kau orang taknak pergi tempat ni...korang boleh je customize dan bagi tahu Supir. Supir yang aku jumpa ni memang power, best, baik dan yang paling penting hebat di kancah photography.


Kesian korang lama aku bebel. Yela yelah. kita start okay..


Secara ringkasnya ni aktiviti termasuk hotel kami kat sana:


1 December 2017 (Surabaya)
Flight KL to Surabaya
Check in Hotel in Surabaya - Hotel Walan Syariah, Sidoarjo 

2 December 2017 (Surabaya - Bromo)
Check out Hotel Walan Syariah
Explore Surabaya
Check in Villa Rumah Bromo
Explore Bromo – Midnight and Check out Villa Rumah Bromo
  • Puncak Penanjakan
  • Kawah Bromo (Naik Kuda)
  • Padang Savana
  • Bukit Teletubies
  • Pasir Berbisik

3 December 2017 (Bromo – Malang & Batu)
Check in Kampung Lumbung Boutique Hotel
Explore Malang & Batu

  • Omah Kayu
  • Coban Rondo Waterfall
  • Taman Labirin
  • Taman Kelinci
4 December 2017 (Malang & Batu - Surabaya)
Check out Kampung Lumbung Boutique Hotel
Check in Pop Hotel
Explore Malang & Batu
  • JATIM Park 2
  • Kampung Warna Warni JODIPAN
5 December 2017 (Surabaya)
Check out Hotel in Pop Hotel
Flight Surabaya to KL
  • Jembatan Merah Plaza

************************************

Bajet



Flight: RM 110 return *actually ni harga paling murang boleh dapat. NP dalam RM 400 return.
Hotel: RM 384
Pakej 5H 4M: 1,650,000 rupiah @ RM 550

Jumlah: RM 1,044 tak masuk shopping dan makan


Ni bajet yang paling basic. Aku tak boleh share exact amount sebab kitorang shopping, makan maybe tak sama nanti. Tapi untuk kitorang yang ramai-ramai ni, sekali makan boleh RM 80/ family. Ikut kedai. So kau darab tambah tolak bahagi, maybe kau boleh spend sekali makan dalam RM 15-20. Tu pun kalau nak bermewah mewahan. Sebab kalau kedai murah-murah, satu meal boleh dapat RM 6 sekali air. Nanti aku share bab restoran yeh.


Masa aku pergi dulu, currency tinggi weh dalam 3.2 ke 3.3 macam tu. Hahah geram pulak tengok sekarang tengah murah untuk hotel aku separate kan macam kat bawah ni.


Hotel

Total (RM)
Per pax (RM)
Surabaya
Hotel Walan Syariah
135
64
Bromo
Villa Rumah Bromo
280
140
Malang & Batu
Kampung Lumbung Boutique Hotel
250
125
Surabaya
Pop Hotel
110
55

Harga atas ni anggaran je, sebab to be honest aku lupa berapa aku bayar kat kakak since ada pecahan sorang bayar berapa sebab aku tak bawa anak dan takde laki hahaha sorry gaizz


Hotel semua ni diuruskan kakak aku. Jadinya, semuanya nampak mewah gituhh. Disebabkan aku sorang je belum kahwin masa ni, aku mendapat kelebihan untuk tidur dengan katil yang luas sikit muahahaha 👯 thank you kakak kuu 💚💚 Bagi aku, kalau harga mahal sikit tapi kau boleh pergi banyak tempat, it's more than better. Daripada kau bayar sama, tapi 3 hari je. 

Untuk next entry aku akan share lagi gambar banyak banyak sampai jari korang bengkak nak skroll. hihi

Macam biasa, ni aku share kajian awal aku lol. Tapi tak pergi semua la atas kekangan masa. Gelojoh nak pergi semua螺






Lupa pula, ni supir hebat yang korang boleh contact. Kalau bukak FB dia ada gmbar muka iols, tolong like sikit hehehe 😌

No comments:

Post a Comment