Sunday, February 11, 2018

Mangga 2, Block M dan Jambatan Kota Intan

Hey gais. So here is the activity sesudah je check in petang tu, dalam pukul 6 petang. Sharp seperti dalam iti! Sebenarnya tak nak lah pergi jauh sangat sebab dah lewat. Memandangkan hanya naik grab, so takde la risau sangat kalau takde train tengah malam jap lagi.

Eat?


Yup, by the way. Lepas je settel letak bag, kitorang turun area bawah dekat-dekat dengan hotel tu ada flea market. Everyday okay. Kat situ la weolls cari simcard. Sebelum nak order grab, kena lah ada capaian internet. Waduuuh.

Dekat depan kedai simcard kakakaa - ada la masuk 2-3 kedai survey sebelum beli hakhak

Done with that, sis book grab dari depan kedai tu ke Blok M Square. So kedai terakhir tu, gigih tahan kan grab untuk kitorang wakakakaka. IMPORTANT: Plaza Blok M lain dengan Blok M Square. Jangan salah hokaikkk. Apa yang aku boleh katakan, grab dia adalah amat murah.

Perjalanan dalam 40-50 minit. Lama kemain sebab jalan jammed, lalu marilah kita tidur ye. 

Macam KL jurr

Tujuan nak pergi blok M ni sebenarnya nak makan dan shopping. Sampai je situ, perut dah kemain lapar. Jadi diva dua orang ni pergi la melantak dulu layan kehendak perut. Oh yeah, dekat situ banyak gilaaaaaaaa kedai makan. Tinggal pilih! Tapi tak tau la sedap ke tak hehehe

Dekat perkarangan Blok M Square

Disebabkan sis yang acah-acah hygiene ni, dia hanya pergi tempat yang rasa macam bersih. Iaitu food fighter! Hahahha kat Malaysia ala-ala cafe hipstur. Hmm apa yang hipstur entah la nakk.

 
Korang pesal seronok sangat nii??!

Antara kedai lain dalam tuu

 
Jadi ni la benda yang di order. To me? Biasa je lah hahahahahah makan je sebab lapar teruk

Ok sebenarnya ada a few lagi kiosk dalam Food Fighter ni, tapi masa kitorang sampai tu macam dah suram and tak ramai orang. Maybe sebab dah lewat. Plus aku ni beringat sikit sebab baru first day kan, terpaksa catu duit makan hahahahaha dasar kedekut tapi nak jalan hmm

Dan kisah sedih berikutnya adalah.... lepas je makan, kitorang pun masuklah dalam Blok M square tu. Rupa-rupanya, dah tutup!! Hahahah kedai semua dah ready nak tutup. Tinggal beberapa kedai je yang aku berjaya halang tutup sebab aku duduk ditu lama-lama. ehehe

Tu lahhhh siapa suruh makan dulu wakakak cedeh. K.

Memandangkan rasa hiba tersebut, maka sis lupa untuk ambek gambar hehe

Soooo, lepas tu seperti yang di rancang dalam iti we went to lepak-lepak dekat Jambatan Kota Intan. Okay kedudukan geografi dia adalah dekat je dengan hotel tapi aku kurang pasti nama tempat tu sebab naik grab kannn. Hiks.

 

Why Jambatan Kota Intan? Sebab dalam google macam cantik je. Hahhaa ok memang cantik ye gaiz, tapi kuasa kamera tak berapa nak kuat untuk ambil gambar yang cantik. Untuk masuk jambatan ni, dia ada kawasan berpagar dan masa kitorang sampai pakcik tu dah nak kunci pintu.

Dengan tak malunya, sisturss cakap eh nak masuk boleh tak kekeke. So dia bagi je, and i believe he also macam orang yang nak guide kita dan after that kita bagi lah tips sikit. Dia sibukk cerita la pasal sejarah jambatan ni. Tapi sis yang rakus bergambar ni tak berapa nak fokus dengan apa dia cerita. Huhuhu Maaf ya Om.

Ingat boleh nak lepak, sekali takde orang pun!! Awal betul depa tidoqqq.


 
Sis percaya, photographer yang handal akan berjaya mencantikkan gambar ni.

We spent around 20-30 minutes jugaklah. Berpeluh siot ketiak ni. huhuhuhu. Tunggu grab pun agak lama, maybe sebab agak jauh dari bandar. Menyempatlah bercangkung kat gigi jalan. Hahha

Boleh tengok gambar lain jambatan kota intan kat sini.

Jadi, begitulah aktiviti yang sempat dibuat malam tu. hakhak!

No comments:

Post a Comment