Thursday, September 08, 2016

Langkawi 2016: Cable Car, Skybridge, Skyrex & Air Terjun Temurun

Salam sejahtera. Sekian beberapa hari baru berpeluang nak hapdet cerita tertunggak haritu. Hari-hari balik lambat sekarang, kerja memanggil-manggil ajak dating :') 

Tak takk sebenarnya tak suka tangguh kerja selain daripada memang hari-hari datang lambat! hikhokkk

Cable Car, Skybridge & Skyrex


So setakat tu saje mukadimah, kesinambungan entri lepassss. Kitorang plan nak pegi cable car ni awal pagi, kononya taknak ramai orang. Tapi semua harapan tinggal harapan tatkala tercelik mata jam 8, dan hujan mencurah ke
bumi. lalu mata ditutup lagi! haha


*Sebelum awan menutupi langit. Cermin calar menjadi spoiler. lews


Lebih kurang tengahari jugak, sampai situ. Dalam pukul 12 dekat-dekat pukul 1. Tapi reduppp je, terlihat masa depan yang gelita. hujan.. ribut... petir mungkin akan beraksi. muahahahaaaa mmmm k secara jujurnya ni kali pertama naik cable car seumur hidup. Tetiba nervous -,,-



*juga sebelum muka rentung hangus terbakaq


Okay dah sampai. Penat naik tangga katanya.


Selamat merdeka!!! *tanda naik cable car masa merdeka hihi

Tapi tetap cerita sedih. sekejap je dapat menikmati "Langkawi" kat atas. Tak lama lepastu, awan berarak masuk. Dan akhirnya seperti berada di puncak gunung everest. Tak nampak apa pun! Hahaha tapi still nak bersangka baik dengan Tuhan. "hmmm takde la panas terik kan" Hahahaha *ayat redha lagi pasrah.


Ya Tuhan, huduhnya wajah terlupa nak edit hihiiiiiiiiiii


Okay dah tak nampak pape kat bawah tu. Lol. Bersila kat sini, setengah jam jugak. tunggu awan hilang, hujan yang turun! Haha hihihi huhuhu hehehehe -,,-


Berjaya snap gambar poyo. Kena pusing, sebab dari depan muka sangat hauk lagi bisa memuntahkan orang


Jungle Trekking kengkonon. Padahal taknak bayar RM 5 naik gondola. Maka berusaha gigih turun naik tangga dengan harga RM 1 (Haha!)


Oh yee, pakej RM 30 ni termasuk tengok wayang kat dome dia, cable car & skyrex. Dome tu apekebende tah pusing-pusing --' mohon hapuskan saje. hahahaha nahh skyrex yang lebih kurang wayang 6D macam kat sunway dengan air terpercik bagaaaaai...


sonok hadek depan teww





Air Terjun Temurun

Mengikut lagenda, memang tak ramai orang luar datang sini. Mostly yang datang orang Langkawi je sebab tempat ni tak pemes sangat (katanya) *so i ni orang Langkawi la



Okay sebenarnya yang lawa adalah air terjun dia. Yelahhhhh kan air terjun namanya -,,- sebab dekat Broga tak cantik macam ni! 

Sebenarnya malas nak mandi sebab malas nak tukar baju. Tapi nafsuku bergelojak melihat air terjun yang sangat menggoda ni. Maka terpaksa mandi!


Cantik ngat ngattt seperti di obersiiyy



Tangga dia lebih unik! tak penah lagi jumpa air terjun ada tangga santekkk aumm


mula dah dia melakukan aksi terlarang tanpa mempedulikan masyarakat sekeliling


Actually, tak jumpa toilet nak tukar baju. Maka, macam biasalh melakukan aksi aneh dengan memakai baju basah, dan terus naik kerete! hihi

No comments:

Post a Comment