Tuesday, July 10, 2012

6 FAKTA tentang MATRIKULASI

 Assalamualaikum

YA, memang matrik lain dengan STPM, lain dengan Diploma.
Matrik = 1 tahun (sains/akaun) / 2 tahun (sains)
STPM = 1 tahun setengah
Diploma = 3 tahun

Baca Lagi: Barang untuk bawak ke matrikulasi sini

[FAKTA 1]

ketiga-tiga program ini merupakan laluan untuk ke program Ijazah Sarjana Muda [degree]. so mesti la semuanya berbeza, kalau tak Malaysia akan menghasilkan keluaran yang sama sahaja.

Hanya sijil matrik sahaja yang tak laku kalau nak minta bekerja. tetapi, sijil STPM dan Diploma boleh digunakan untuk memohon kerja. Sijil matrik hanya laku untuk laluan pantas ke program Degree.

Pendek kata, STPM dan Diploma adalah perancangan jangka pendek dan Matrik perancangan jangka panjang, sebab maybe yang ambil STPM dan Diploma nak kerja dulu sebelum ke Degree.

[FAKTA 2]

weyhh susah la belajar kat matrik ni. Stress !! 

mana taknya, kuliah dari 8 pagi sampai 4 petang. Pembelajaran setahun ni merangkumi 3 tahun Diploma dan 1 1/2 tahun STPM. memang la rush. Laju gila nak mati la wa cakap lu, sebulan je habis 6 bab matematik -_____-

tapi no worry la, walaupun laju, kadang-kadang dalam kuliah siap tidur lagi. Nanti balik study mula, haaa kalau tak nak study balik, jangan tidur. FOKUS ! haha

berbaloilah kan, pack tapi setahun. Takkan lah pack tapi 3 tahun. Aku pun tak nak weyhh

Tu pasal orang dok kata matrik susah, payah, sakit. Study sampai tercirit bagai. Sebenarnya tak susah, dan tak senang. Depends la nak study macam mana, nak bahagi masa macam mana. Kalau betul stress dan susah, takkan ada orang dapat 4flat


[FAKTA 3]

Orang selalu kata, kat matrik tak ada life, sebab jadual pembelajaran yang terlalu padat. Tak boleh nak bersuka ria, tak boleh nak rest. Asyik-asyik belajar je.

dah kalau macam tu, kenapa bahagian matrikulasi wujudkan KAKOM ? mesti la nak bagi pelajar bersukan. ehh betul ke KAKOM ? hee lupa pulak.  dekat matrik, banyak gila benda korang boleh involve. tak ada maknanya tak ada life. Menipu tuu menipu !!! #dengan penuh perasaan

dengan dinamika lagi, setiap unit selalu akan wujudkan program. macam unit pengurusan perniaagaan kolej aku, tak henti-henti, so tak la boring or stress. Seronokkkkk jeeee . HEEE

kalau tak ada life, takkannya budak kolej aku siap daki gunung, pi jalan-jalan dekat penang, mandi air sungai dan aku merantau sampai langkawi. Matrik bukan hanya belajar, tetapi erti kehidupan. wah wah O.o

[FAKTA 4]

tak bestnya dapat matrik yang jauh. Susah la nak balik.

haa ini kelakar, aku duduk selangor, tiba-tiba dapat perlis. mula-mula tu macam nak meraung la jugak. aku hanya sekali pernah jejak kaki kat perlis, itu pun masa umur 8 tahun kalau tak silap.

Tapi bila dah merantau kat tempat orang pada usia yang muda, 18 tahun. what ??? muda ?? haha muda lah ni, baru aku sedar, sebenarnya "Jauh perjalanan, Luas pemandangan"

menimba ilmu kat tempat orang yang sangat jauh dari family, awalnya ramai jugak yang homesick. Tapi lama-lama okeyla. 

[FAKTA 5]

Ramai orang kata, student matrik boleh jawab exam, sebab soalan digubal oleh bahagian matrikulasi sendiri. Mestilah ada soalan bocor kan ? lepastu carry mark 20%, hanya perlu skor 80% untuk final. Maybe itu adalah kelebihan matrik.

Tetapi tahukah anda, kami budak matrik memang tak ada soalan bocor. Bacalah semua yang ada berpuluh-puluh bab. That's why bila masuk matrik, jangan study last minute. Kalau tak memanglah tak dapat jawab exam.

[FAKTA 6]
Ala, kalau result bagus pun. belum tentu dapat kos yang kita nak. poor matriculation's student. silap silap masuk degree dapat kos lelong
eh eh eh, awak nak tahu tak ? pemilihan kos mesti la bersesuaian dengan pointer yang kita dapat. janganlah dapat ponter 2.3 nak apply kos Medic pulak. jangan dek oi.. bincang dengan kaunselor.
dah kalau 4flat tu boleh la nak apply apa-apa kos, jemputlah beramai-ramai untuk dapat 4flat dan sila pilih kos baik baik dan jangan salah isi borang. Mostly student matrik akan dapat tempat di universiti.
***************************************************
Rezeki Allah swt yang bagi, mungkin rezeki kita berbeza ada yang dapat matrik, diploma atau STPM. tapi kena percaya, apa yang Allah bagi, itu yang terbaik dan kena ingat, siapa yang berusaha dia yang akan dapat. RETI ?
BELAJAR, tak ada yang mudah. Terpulang kepada cara kita sendiri. Tapi BERJAYA tu tak mustahil.
Akhir kata, mari cek upu bersama-sama  ! HEHEHE
katanya dah boleh cek jumaat ini. Tapi tak tahu la kan. selamat maju jaya untuk lepasan matrik, STPM dan degree 2012. EHhh sekali Asasi. Lupa pulak =)



SUMBER ASLI
http://www.xpresi.org/masalah-pilihan-matrikulasi-asasi-stpm-diploma-dan-kursus-kemahiran/

IM PROUD TO BE A MATRICULATION STUDENT !





4 comments:

  1. yaya. setuju sangat.
    xdak maknanya tak sempat rest bagai.
    padahal kami satu roomate siap bleh
    buat picnik lagi tiap2 malam time study week.
    makan makan,gosip gosip.
    terlebih rest tu. ;)

    ReplyDelete
  2. haha.. buat teringat kenangan matriks.. smpai skrg x leh lupa kenangan2 manis kt matriks.. jom bace post atia pulak.. heeee~

    http://atia-gadismelayu.blogspot.com/2012/07/kan-betul-matriks-tue-best.html

    ReplyDelete
  3. @syazana.not.single hahaa tahu takpe, life kat matrik lah paling best gila kan :)

    ReplyDelete