Sunday, March 19, 2017

Wawa Takes Tokyo: Penting Tentang Tokyo!

Sebelum kita pegi lebih jauh tentang travelogue yang super dirindui ni. I wish to share all the preparations and things that i had before. Almost 1 year jugak buat kajian dan siasatan. Lama gilakkk. Here, boleh la dijadikan teladan untuk kawan-kawan semuaa 

Atas Asakusa Bridge kesukaan Wawa

1. Google

Sesungguhnya Sheikh Maha Guru Google sangat la banyak membantu. Pergi travel dengan agent yang pergi dengan group sampai berpuluh-puluh orang ni amat lah tak aku gemari. 

Jadi, untuk merangka itinerary yang menepati cita rasa sendiri, kena berkorban sikit la otak yang karat tu biar berfungsi sikit.

Antara website yang aku refer:

http://www.hyperdia.com/
https://anakjajan.com/2014/08/14/ultimate-japan-travel-guide-tips/
http://www.japan-talk.com/jt/new/japan
http://www.japan-guide.com/
http://www.haneda-tokyo-access.com/en/transport/trainlinemap.html
http://www.whereandwhen.net/when/east-asia/japan/tokyo/march/

Besides, kau boleh jugak check it out dekat mana-mana blogger yang ada write up pasal trip diorang.

2. Train

Macam biasa la mula mula memang kelihatan complicated. Tapi sebenarnya senang je kalau faham route and exit mana nak keluar. After a wekk, sistur dah pandai naik train yuhuuuu ~

JR - memang bersepah line dia dannnnn aku tak khatam pun sebab banyak pakai subway.
Subway - Metro & Toei. Jangan confuse.

By the way, train Subway ni lagi cantik dari JR. ye mungkin sebab aku ternaik JR yg buruk hahaha

Subway



Semua line ada code warna dia dan kau takkan sesat selagi kau berada di jalan yang benarrr


Dan semua stesen ada sign board untuk exit. Takyah risauuuu. Turun je train, takyah kecoh nak terkejar kejar keluar. Tarik napasss baca map dulu. Mudah!

JR

Kalau kau nak bergerak sekitar Tokyo dengan mudah, boleh guna JR yamanote line jugak. Sebab dia macam satu bulatan yang mengelilingi bandar. 


Mungkin mahal sikit? Eh kata bulat, kenapa map dia petak?! Kahkah 


3. Application

Dua apps yang super berguna. Tolong la download kat phone korang.

- Tokyo Map Subway: Offline


- Google Maps: Required internet 

4. Day Pass/Suica/Pasmo

As explain in the previous entry, you guys boleh refer kat sini - http://www.tokyometro.jp/en/ticket/value/travel/index.html


Gunakan pass ni untuk kepuasan berganda. Highly recommended.

Suica/Pasmo = Takde beza pun untuk naik train. Tapi Suica boleh pakai untuk beli air mesin gedegang kesukaan Wawa.

Anggaran train utk 7 hari 
> Metro 1 day pass = 800 Yen
> Pasmo = 3000 Yen (500 Yen deposit boleh refund)

5. Kutip flyers, Map, Pamphlet 

Kutip banyak banyak sebab free jekkk. Korang boleh ambek dekat airport.

Refer kat entry ni -- http://najwaownherway.blogspot.my/2017/03/wawa-takes-tokyo-airport-runway.html#more

Hasil kutipan

Actually banyak lagi, tapi tercicir pada hari pertama di Harajuku 

So gigih la bukak map tengah jalan poyo acah tourist 



6. Tandas dan Bidet!

Serba maklum ye tandas di Tokyo is pipeless. Hahah. Jadiiiii untuk kali pertama, adalah 15 minit berfikir button mana nak tekan  Lepas 7 hari, expert dah! kahkah boleh kencenn dengan bergaya gittewh

Toilet dekat airport yang sempat sisthhorr ambil fotonya

Boleh letak mak lampir Mica kakakakaka 

Jamban duduk - bila masa tah ambek gambaq

benda ni la buat aku termenung 10 jam 

Cakap jepun sape paham. Akhirnya, aku putuskan untuk tekan je semua button. Try and error

Oh rupanya mudah jeeee hahahaha 
Tekan je button bidet untuk cuci. Stop kaler oren. + - tu kelajuan air.

Tu pun aku tak terfikir!

and yeah, tak semua toilet pun ada button ceni. Ada toilet takde pape. Kau takleh cuci. Hehehe

BIDET


Sebelum ni, aku tak tau pun kewujudan benda ni. Masa nak pegi toilet, tetiba suster ngesot tu hulur botol ni. Terus jakun dan pelik dengan rupa bentuk dia.

Sangat berguna, senang kau nak buang air di mana mana sajaaa ~ beli kat lazada. ada macam-macam size. Botol dia lembik, macam getah. So senang nak lipat-lipat. Ahakss


7. Makanan Halal

Kalau diikutkan, aku hampir menyesal bawak makanan dari Malaysia. Sebab makanan kat sana lagi sedap. Hahah so Brahim Brahim yang dibeli hanyalah menjadi sarapan dan tatkala benar benar laparrr.

Kedai halal tu ada je. Kena buat kajian sikit, tapi sisturr sangat bertuah sebab orang yang bawak pegi carik kedai halal 

Takoyaki yang di makan berulang ulang kali


Nasi ayam tah kat mana ekk lemah daya ingatan

Ramen yang dimakan berulang kali jugakkkk ah sedappp. lebih enak bila dimakan bersama kesayangggan kakakakakaaaa

berulang kali jugak pegi Ameyoko Market dekat Ueno. dan tak puas hati sebenarnya, Nak jalan lagi -,-

Asakusa jugak ada Kebab yang sedap gila sampai hari ni terkenang.
Ramen ada rumpai laut yang lazat. Omg Omggg burger udang Mekdiiiiii aumss ~ 

Najwa yang susah makan benda pelik dan aneh akhirnya makan benda benda yang tak pernah dia makan kat Malaysia, ramen contohnya 

Kebab and air gedengang is the perfect combination everr

Tapi kenapa tah tak banyak ambek gambar makanan! Rakus sangat makan sampai lupa

8. Air Gedegang

Antara benda jadi kegemaran Wawa adalah mesin gedegang.
Asal jumpa je jadi batak sebab craving air panas 珞

apesal cameraman tak reti ambek gambaq ha. gegar teruk 樂
9. Surau

Ueno > As Salam Masjid. Kecik je, tapi so selesa untuk solat - yg musykil, kenapa dia pasang aircond instead of heater? Kan sejuk namatikk hahahaha
Harajuku > ambek train turun dekat Yoyogi Uehara untuk pegi Camii Mosque.
kena jalan dalam 15 minit jugak rasanya sebab buat pitch stop beberapa kali eheh

Takde gambar masjid camii sorang sorang. kahkahkah 

Yokohama > Surau dalam Yokohama World Porters. Tapii, lupa la level berapa. Dekat level atas.
Cuma surau ni universal dan kena ambek wudhuk kat toilet 




10. Kat mana tempat yang best?

Ikut la, kau suka apa. Kalau kau suka ketenangan, boleh la duduk bilik pasang heater je kahkah
Dekat tokyo takde pulau yang daku cintai. Mungkin tema percutian ni lain sikit. Tapi tetap best.

Top three yang jadi kesukaan aku adalah Yokohama, Fuji, Odaiba. Tak lupa juga Ueno tempat makan yang sedap sedap sampai rasa nak pegi berkali kali.

  • Nak nightlife pegi la lepak Akihabara atau Shinjuku. 
  • Kalau nak ketenangan boleh pegi Yokohama dengan Odaiba sekali gus boleh dating hehe.
  • Nak main main boleh pegi disneysea/Fuji Q
  • Nak shopping cuci mata boleh pegi Takeshita street kat Harajuku, Nakamise street Asakusa.
  • Nak acah acah pasar malam boleh pegi Ameyoko street Ueno.
  • Nak pegi park boleh pegi Ueno Park, Yoyogi Park and pape je la yang belakang dia ada park. Hehe
  • Nak pakai kimono satu set boleh pegi kat Healing Village (otw pegi kawaguchiko)
  • Nak ambek gambar konon tengah main snow boleh pegi Fuji Ten
  • Nak pegi tempat bersejarah boleh pegi Sensoji Temple atau Meiji Shrine
  • Nak apa lagi?

Ye ye sebenarnya banyak lagi tempat yang tak sempat nak explore 


Itinerary

Siapa nak itinerary boleh la send email kat kittew. 

Hasil kerja setahun


Total Budget
Air Fare: RM 850 Return included luggage + makan 3 kali 
Airbnb: RM 700
Belanja kat sana dalam 27,000 Yen @ RM 1,100
Insurance: RM 39

Roughly: RM  2,689

Tapi kalau termasuk beli snack, gula gula coklat, keropok, Brahim, roti yang dibeli sebelum fly.. semuanya dalam RM 200

Jadi mungkin RM 2,800 

For extra vaganza details, tunggu la iollss memerah otak ingat balik semua nya. Doakan agar otak tidak bersawang!

4 comments:

  1. Sis, takoyaki tu beli mana ye..amekoyo ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, takoyaki tu dekat area Shinjuku :)

      Delete
  2. well written cik najwa. kalau belanja dkat sana 27000 yen tu, termasuk mana2 theme park tak?or just transport and hotel? thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. 27,000 yen tu termasuk makan, pegi Fuji, transport (subway) and hotel. Ada juga shopping sikit-2. and kitorang dapat murah untuk ke trip ke Fuji.

      untuk theme park (disneysea) dah bayar sebelum fly. Kalau tak silap dalam 7,400 yen dekat JTB.

      kitorang tak pegi tempat yg ada entrance fee. Sbb nak jimat. hehe

      Delete