Saturday, August 22, 2015

Outdoor Session Review: Mengelap Peluh di District 21

Tarikh: August 2015
Tempat: Distrcit 21, IOI Mall
Dianggotai: Wawa, Dijah, Team AJKO KMP
Motif: Bersuka ria setelah 2 bulan bekerja kehkeh

Merasmikan kasut baru setelah 4 tahun membelasah kasut sukan lama!!!

Bertempat di IOI Mall, Putrajaya iaitu sekangkang kera dari UKM dan dari rumah. Harini hari sabtu, maka super duper pack orang kat sini!  Parking susah namatey ku mencarinya.

Fee: RM 75
Tapi kami pakai pakej family. untuk 4 orang, RM 44 je sorang. Sangat berbaloi!! Lepastu dapat stoking & glove. wehehehe lagi best dari glove skytrex hakhak

Kalau nak datang tengok tengok je takmo main pun boleh. Beli tiket non-active RM 10 je kalo tak silap patik.

Staff dia semua okay and very helpfull, kalau dia jeling korang, korang jeling je balik #petua kawasan dia tak besar mana, tapi okay la takde sampai berlanggar bontor dengan sesiapa. sebab baru lagi tempat ni, so takde lagi dengar pape yang negative melainkan roller glider yang kadang-kadang kena service and tak boleh main. Hahaha but lucky for us, semua game on! hehehee


Boleh ke bawah phone nak main semua ni?! mesti la bole kemonnnn simpan dalam poket, kalau jatuh, ianya tanggungjawab sendiri kayh. Kat dalam tu ada locker, boleh la simpan barang-barang. Locker ni sebijik RM 2. share la dengan kengkawan. 

1. Baru main the Maze, dah berpeluh serupa lari 10000 km
Ni acah acah cerita maze runner tu. tak de la mengerikan. pastikan body engko muat masuk dalam ceruk hiruk pikuk besi iteww

Lek lu selpi dulu di sitew

Gigih bukak glove nak hambek gambar sebab glove tak detect screen phone kehehkehehe


2. Roller Glider
SAMSUNG CAMERA PICTURES
sumber: District 21 web's

kat sini la beratur paling panjang namapueh. Roller glider, dan syarat untuk main benda ni engkau mestila berat untuk mengelakkan terhuyung hayang di udara. ha nak kata aku gemuk ke?!!!!

semua yang naik rollder glider semua gemuk kakkaakaa minimum, 45 kg maximum 85 kg. sedar diri okay semua


dah macam buruh binaan hakhak lagi lagi yang sebelah tu


3. Free Fall
 
sumber: District 21 web's

ceh mula-mula, ahh rendahnya free fall. Sekali dah berdiri kat station, terasa ingin terkencing di saat itu juga. 

Makanya aku melompat dalam keadaan menutup mata, mengakibatkan bontot terhantuk di lantai. begitu mengasyikkan perasaan itu -,-

4. Power Station

Sempat main gelongsor ni sahajiooo. Kemain ramai orang beratur nak masuk power station. Tak gigih la beratur disebabkan kadar stamina yang kian menurun

orang semua cool jerkkk gelongsor, i'm totally failed! kehkeh dah jangan diingat benda yang lepas

next time la kita mengungguli power station!

#posingwajibsis tanpa perasaan malu dilihat orang lews

5. Launch Pad

Diingatkan, kalau tak biasa main natang ni haruslah dinasihatkan engkorang pijak dengan berhati-hati ye. Kalau tak, hilang la kawalan badan. Teringat uncle hari tu, he he he


6. Tubby Ride

ini yang paling best sekali! dekat 10 kali kitorg tibai. Sebab game ni paling santai dan rileks dan tak susah langsung!

Hanya duduk dan brader tu tolak dari belakang kehkeh

Sempat ah ambek kenangan bersama, mana tau boleh masuk free nanti hahhahaha


7. Sky Trail

Mampu capture dari bawah je sebab bila kat atas dah tak boleh pegang phone. Kehkeh taku jatuh katanya. 

Sky trail ni lebih kurang Skytrex, tapi mencabar sikit. Sebab aku masuk sky trail lepas asar. So tenaga banyak dah habis dan sesungguhnya aku hampir give up sewaktu bergayut di tayar yang bergantungan.

Tapi bila fikir balik, ah takkan nak give up. Malu lah!! jatuh la reputasi aku sebagai mantan exco sukan! tetiba sangat motivasi cenggitu -,- dan akhirnya aku meneruskan perjalan hingga titik terakhir dengan jayanya even tulang kaki ni macam lari dari tempatnya



Masuk lepas zuhur, dalam 1.30 tenghari. Dan keluar pukul 8 malam. Gila tak gila la!!!!

Tag korang boleh pakai untuk keluar dalam satu hari tu, kot nak pegi solat. ke teringat nak beli sawi kat tesco, boleh la keluar sekejapp

andddd thank you buat team ajko yang meluangkan masa bersama. Kalau dah gosip, sampai lupa diri tak ingat nak balik. Jumpa lagi next time! :D

Sunday, June 21, 2015

Mini Travel: Kota Bandung - Part 2

Tempat: Bandung, Indonesia
Tarikh: Jun 2015
Jemaah Tentera: Wawa, Dijah, Kakak Nana & Asbeng, Mayam Mica
Tajaan: 80% kakak, kehkehkehkehh

Hari ketiga dan keempat

Hari ni kami check in hotel lain sebab Agoda la yang sangat ting tong.  Tapi sebelum tu, kami sempat mereput melawat Rumah Kain. Nama pun rumah kain, semuanya kain!!! berpinar mata iniii. Sis tak sempat snap rumah kain tu sebab dah tengok kain-kain smapai lupa diri. Basically, kain buat baju kurung. Ada jugak jual telekung, blouse dan baju indonesia lelaki. Ala yang baju pak imam indonesia pakai itew. Kehkeh

Kenapa nama rumah kain? Sebab dia memang rumah, dan buat kedai. Jadi la rumah kain. hakhak. Lepastu merendek dekat area Jalan Cibaduyut, barang murah-murah!! best sangattttt wehewww sempat la sistur merembat 2 sekert dan 1 baju sebagai kenang-kenangan.

Tak lupa juga ke Factory Outlet dan menibai sehelai baju. Begitu juga di Pasar Baru. Sesak macam onggilee dah berlanggar sana sini dengan bahu orang sebelah.

Tak dapat dinafikan harga yang begitu murahhhh tanpa GST la yang penting!

di factory outlet! kengkonon sinetron indonesia tangga iteww



sempat jugak menibai sebijik crocs jalanan mehmehmeh

Ada ke patut aunty jual tu cakap kami ni dari Dago dan dari Acheh. Tak rupa langsung!!




Memang populasi motor kat sini sangat banyak. sangat sangat banyak okay berbanding Malaysia. Kalau kat Malaysia boleh hitung pakai jari jerkk.

Ha nak, test kira. Mampu ke tidakkk.

sekembali untuk check in hotel, malam tu kami order bakso dan bihun sup je kat hotel sebab dah malas melampau nak keluar. Sedap okay! tidak mengecewakan hehehehe dan yang tak dapat dilupakan adalah kelazatan milo aisss. dekat 5 cups sistur melahar. 



 Sejurus satu malam. dah serupa rumah peninggalan berabad lamanya


dah bayarkan, buat pe nak kemas kehkeh

Swimming pool kat V Hotel! tapi tak menyempat pun nak tidur berendam -,-


Sebelum balik Keyel, sempat la singgah kat kedai kek yang femes iteww. Kartikasari, tapi aku ni tak berperasaan ke hape? Rasa dia biasa jerk. semorang kata sedap. oh musykil.

Marissa pulak tak habis-habis di goda orang. Ya Allah, jadikan lah aku Marissa huahuahua gebu gebas dan begitu Ayuuu

Post wajib bila naik eesie. ecewahhhh. tak penah la tak dapat kat sayap bila naik flight ah bosan. bila la dapat merasa business class whehwew

Okay. marilah kita ucapkan terima kasih pada kakak yang sudi membawa adiknya menghirup udara nyaman di Bandung. Jasamu dikenang sis :')

Mungkin akan datang lagi ke Bandung, even makanan yang tak kena tekak langsung! masih banyak tempat tak sempat pergi, Transtudio contohnya. kehkeh. 

Saturday, June 20, 2015

Mini Travel: Kota Bandung - Siri 1

Tempat: Bandung, Indonesia
Tarikh: Jun 2015
Jemaah Tentera: Wawa, Dijah, Kakak Nana & Asbeng, Mayam Mica
Tajaan: 80% kakak, kehkehkehkehh

Dinasihatkan, tukar duit siap siap kat Malaysia. Kat sana pun boleh tukar, tapi agak leceh sedikit dan tak banyak masa nak compare kedai-kedai money changersssss



Hari Pertama dan Kedua

Sempena meraikan tamatnya internship, aku putuskan untuk setuju ikut kakak menjelajah Bandung. Angkut Khadijah itu perkara

Sunday, May 31, 2015

Gejala Kejar Pointer

Memandangkan sekarang musim junior-junior diambang kegelisahan sebab nak interview masuk ukm, akak takde hape nak habaq pasai zaman akak dulu takdak interview. So engkorang belasah je okay? 😂💪

Well well well, untuk entri kali ni nak cerita pasal gejala "kejar pointer" dalam kalangan mahasiswa. Ewahhhh bahasa melayu sangat!! Ukm #katekooo

Sis taklah begitu genius tapi sis nak share dekat engkorang yang bakal masuk u, sedang belajar dalam u, dan apa apa je lah yang mengaitkan korang dengan pointer.

Secara alami, pointer ni sebagai kayu ukur nak menentukan tahap mana dah hampa semua la ni. Tapi kadang-kadang pointer jugak menipu ye anak-anak. 


Semuanya adalah "rezeki" yang bergantung pada kadar ketakwaan engkorang. Tak semestinya orang baik-baik je dapat foflet, orang nakal selalu curi assignment kawan dapat 1.72 contohnya. Ada jugak perangai macam vehshasffhjlllakjaklal tapi dekan every sem. Itu tak payah sebut dah sebab mungkin dalam kategori istidraj (Allah bagi nikmat dalam keadaan Allah tak redha)*betulkan kalau salah. Ada jugak solat puasa semua dah buat tapi pointer so so je. 

Saya menyeru!!! Agar semua jangan down sampai nak tak bangun paham tak?!!! 😡😤🎉

Sedih kecewa is normal. Tapi cuba check balik apa yang tak kena dalam diri. 

Based on cerita kawan. Cerita dia panjang tapi aku pendekkan biar korang tak sempat menguap. 

Masa first year dia ni rajin gila. Study siang malam. Tapi pointer tak seiiring dengan usaha. Mungkin satu tertinggal, tak ikut suruhan Allah. 

Bila naik second year, maybe dia dah sedar. Alhamdulillah Allah bagi extra. Dekan lagi tu. Sampai la dia habis belajar pointer dia maintain cantik. Even tak dapat first class upper, murah je rezeki dia aku tengok. Dia akan convo sekali dengan aku. Doakan yang terbaik!!! 😬🎉💁

Usaha tu penting, apa Allah suruh kena buat. InsyaAllah semua okay.

Buat yang kata "ahh pointer aku sikit je. Tak sampai 3 pun" 

Dah tu nak menyesal pun tak guna faham tak? Check hubungan dengan Allah lepastu baru tanya diri sendiri. Jangan asyik nak persoal kenapa Allah macam tu macam ni. Seterusnya, teruskan berdoa semoga di murahkan rezeki. Kipidap! 😋

In the other side, sistem pointer ni taklah begitu telus sebab yang ironi nya ada kelas dapat soalan bocor ada yang tak. U tu soalan lain u ni soalan lain. 

Please la, jangan cakap orang 4.00 pandai orang 2.50 tak pandai. Stop it the "kekampungan" thinking.  Duduk diam diam baca buku. Bebaskan minda. Jangan duduk bawah tempurung sangat. 

Lagi satu, siapa yang amalkan surah Al-Waqiah tiap malam, insyaAllah tidak akan merasai kepapaan. 

Wallahualam. 

Sunday, April 19, 2015

Happy 3 months!

Assalamualaikum, untuk entri kali ni aku tak berniat nak taip panjang. Tapi tak tau la kalau tiba-tiba panjang. Haahahahaha okehh dah diam.


So so soooooo, i've done for 3 months. Sikit je lagi. Sikit je. Since bekerja ni, banyak sangat benda yang tak terluah dengan kata-kata. Kalau fikir balik, entah macam mana aku boleh bertahan. Ye, semua dari Allah. Alhamdulillah for everything.

Secara jujurnya, sakitnya memang teguh kat dalam ni. Semua sakit. But I know, Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu. Hari-hari kena latih minda supaya positif. Tapi kita manusia, sejuta perasaan. Allah...  dalam susah-susah pun, Allah tak lupa bagi kita nikmat bernafas, nikmat keluarga, kawan, nikmat keselamatan. Makan pun cukup. Hopefully semuanya rezeki yang berkat.


For every single minutes, I felt down. Lemau sangat! Orang nampak gah je tahu kita praktikal kat sini. Ye ye masih perlu untuk terus positif. kutip pengalaman tu! Tak semua orang berpeluang macam kita faham tak Wawa?! *tampar muka sendirikk yelah tampar muka hang tak boleh.

 #roadtoconvo #teruspower hashtag rasa macam nak lempang okay. Idk how to describe this feeling, but it's really amazing! sebab apa? sebab macam-macam ada dalam kepala otak -,-

 Belajar dah habis, nak sambung belajar, kerja, bisnes. haaaa macam-macam aku nak ni oi. okay dah. nasihat aku, aku takde nasihat sebab aku ni pun dah macam tak betul.

betul aku tak taip panjang. Sekadar emosi yang erm erm ermmmm okeh. tamat.