Wednesday, February 10, 2016

Perhentian yang Terhenti - Part 1

Okeh actually tak tau nak gelak ke nak menangis mengenangkan trip kali ni. Serioussssss memang perasaan yang bercampur baur. Tapi demi pengajaran kita bersama, tak salah kiranya kita berkongsi pengalaman suka dan duka. Hahaha

Last year kami booked pakej pergi perhentian RM 350*, dengan yeksaited namatey lah semangat berapi-api kempunan dah setahun tak masuk laut masing-masing. Booked tiket bas a month before sebab CNY confirm tiket laju je habis! Nak beli tiket flight, mahal hazab kemahen.

A week before, kelihatan cuaca tak begitu bekerjasama. Jadi wasep dgn agen, dia cakap kalau hujan tukar schedule. Cehhh kami masih berharap hari tak hujan sebab nak taknak kena pergi jugak. Tiket bas dah beli. Sayang lah hasil perit jerih kerja sebulan nak beli tiket bas di’burn’ begitu sajorkkk.



#Day1 – 7 Feb 2016, Ahad

Sampai jeti Kuala Besut dalam pukul 6.30 pagi jugak. Berjuang menempuh hidup. Hahahaha solat dulu dekat surau area jeti, cuci muka gosok gigi dan tak mandi! Hujan renyai-renyai,

Tuesday, February 02, 2016

#Coffelegend Bangi & Megi Ketam Ayer@8!

Yadda yaddaaa bersempena dentist appointment dan juga sempena me"wilayah"kan diri dengan bercuti pada hari Wilayah, tak salah kiranya kita melahap bagai nak gila.

So disebabkan Wilayah cuti, dan disamping besi kat gigi ni seumpama tak boleh di bentuk lagi. Maka aku putuskan untuk pergi jumpa Dr. Azam aka Dr yang paling sopan bila nak repair dawai. "okay okayy sikit je lagi.. aaa okay sikit je ni.." kahkah begitu la ayat Dr tersebutssss kakakaka

Panjang sangat muqadimah pun tak guna jugak. Jadi, pagi tu lepas appointment aku dapat bayangkan aku akan sakit kepala lagi untuk 2 hari sebab pasang power chain. Tapi Dr tak pasang, kesian agaknya tengok aku macam tahan sakit even pakai rubber band! mahahahaha menggeletis betul seorang Najwaqq


Lepas merayap pergi bank uruskan kejadah tok nenek semua maka

Sunday, January 03, 2016

Paling Amazing Dalam Sejarah Braces (Part 3)

we move to the next topic. Diingatkan sekali lagi, semua orang pakai braces akan melalui pengalaman yang berbeza. bergantung pada ketahanan dan kekuatan mental juga gusi serta gigi.

Masuk bulan ke lima, aku dah start pakai getah berantai@power chain yang sakit lagi hazab. yang mana power chain ni? nama pun chain, mestila yang bersambung-sambung tu. 

Kalau nak ikutkan, cepat jugak aku pakai power chain ni. Ada orang lepas setahun baru pakai. Ada orang pakai bawah dulu, sebab takut tak tahan sakit. Tapi aku pakai atas bawah serentak. Ooemgeee


Fungsi: Menarik gigi dengan lebih kuat padu power dan dahsyat! (baca: sakit namateyy)

WRAP UP
contohnya, bagi kes yang gigi bersimpang siur tu, doktor akan bagi pakai getah seketul @ rubber band untuk betulkan kedudukan supaya ahli jemaah berada dalam saf yang betul. dan bila dia dah betul, barula pakai power chain untuk rapatkan balik. Ha begitu la

kalau tak faham jugak, boleh tengok video ni;

berbalik kepada emosi yang tak menentu tatkala dipasang power chain. Malam tu tak boleh tidur. Sakit dia punya amazing! tak pernah terfikir sakit macam ni. Lagi sakit daripada cabut gigi. Haha haaa takut la tu takut la tu nak pakai. berdenyut-denyut! menikam-nikam otot kepala. mulut ni rasa macam tak boleh cakap elok-elok. Cakap pun macam tersembur sikit. Hehehehehehehehehhee

Balik tu, aku tengok gusi ni merah-merah. Maybe tekanan gigi kuat sangat. gigi yang sihat, lepastu kena paksa bergerak. Cuba kau tolak gigi kau yang sihat tu ke kiri ke kanan. camtu aa sakit diaaa oh men melebihi kadar normal haruslah aku gigi aku sakit macam nak tumbuk muka orang.

Tapi takpe, jangan risau. Seminggu okay la. Makan benda yang lembut je, boleh kalau nak makan yang keras-keras. Tapi gusi kau sakit la. Dia ibarat gigi kau tu longgar macam nak tercabut. huhuhu itu la perasaan kuu.

Ada orang cakap, paling sakit adalah pakai seperator. Sebab aku tak kena pakai separator, so aku rasa power chain ni la paling azab setakat ni!


Separator yang kaler biru tu. Boleh tahan ye sakit dia orang cakap. Aku tak pakai, sebab doktor cakap tak perlu. hehehehehee


Saturday, December 19, 2015

Braces dan Makan (Part 2)

Tatkala pagar indah tersemat di gigi, maka segala syurga makanan di dunia harus di kawal buat seketika.

4 bulan pertama, aku pakai rubber band yang getah seketul-ketul tu. mula-mula kaler pink, biru, hijau pucuk pisang, purple, biru pekat. Hahaha semua kaler nak belasah. 2nd year nanti nak pakai ranbow pulak. hukhukhuk. Yang ni kesakitan dia masih boleh diterima akal. 


The first week aku masih bila melantak pelbagai jenis makanan di atas muka bumi ini. Ayam daging kambing burger lembu dan seumpamanya. Every month kita akan tukar getah sebab getah tu dah longgar kan. So orang cakap the first week akan sakit sikit sebab dia tegang dan ketat balik. But i don't think soooo. Aku rasa biasa je hahahahahahahahha jadi makan tanpa rasa bersalah langsung

Sepanjang 4 bulan ni pernah 2-3 kali bracket tercabut. Kahkah 1st, sebab makan kacang keras kat office, 2nd, sebab makan kerepek dengan anak buah. Hahahahahha ganas kemain. jadi teori pakai braces boleh kurus, amatlah ditolak.

 
gini la jadinya kalau tercabut

apa nak buat kalau bracket tercabut? Buat biasa je, rileks. Tarik nafas dan pergi klinik, tampal balik. Boleh je kalau tak betulkan as soon as possible, tapi gigi lambat gerak nanti sebab longgar.

Kesimpulannya, semua benda kau boleh makan. Kecuali yang besar macam ayam, daging burger, sayur ke hape semua kena potong kecik tau. Kalau tak, memang rasa sakit bila kau gigit besar-besar. Senang cite, gigi berpagar tak boleh potong makanan bersaiz besar. gittew. 

Dan jaga-jaga kalau makan benda keras macam kacang-kacang. gigit slow. Jangan gelojoh.

Yang penting jangan lupa gosok gigi, pakai berus kecik tu jugak tau untuk cuci dicelah-celah gigi di bahagian pedalaman.

Image result for berus gigi braces

Ni contohnya. kat watson bersepah-sepah jangan risau yeaaaaa.

Thursday, December 17, 2015

Nak Pakai Braces. Apa yang kena tau? (Part 1)

Before uolls nak pasang pagar pada gigi yakni braces yang indah lagi menawan, engkorang mestilah mempreparekan diri dengan beberapa perkara bagi memastikan perjalanan pagar korang berjalan dengan lancar. Oleh ituuu, di sini aku akan share beberapa tips berguna untuk bakal pemakai pagar.

1. Buat Research

Sebelum pagar besi ni tersemat pada gigi, actually aku dah buat research almost 2 years. bapak lama gila okay tapi aku tak pakai pun sebab ada cakap hukum dia haram kalau nak cantik apa semua. So di tangguhkan saja sampai ketika bila check kat doktor, dia cakap ada gigi susu. kakakaka nak tak nak kena berpagar akhirnya. Based on research korang ni la korang akan dapat tau information jenis-2 braces,  harga, step, pantang larang dan sebagainya. Moral dia, kena rajin membaca dan menggugel.

2. Persediaan Duit

Kalau rasa keberadaan wang tak begitu mencukupi untuk ke swasta, pegi la kerajaan. Tapi kerajaan terima pesakit bawah 18 tahun sajaaa. kalau tak silap. kalau rasa diri tu dah tua macam I, uolls kena buat kat swasta. Cost dia ikut kawasan. Sekitar lembah klang masih RM4000- RM6000 kalau tak silap. KL RM 10,000 kot kakakakaka. Ikut klinik, mana korang boleh kenyit mata dengan doktor, kot dapat free of charge walawehhh. Jangan risau, boleh bayar ansuran. 

3. Persediaan Perut

Kenapa dengan persediaan perut? Yelah kang dah pakai pagar takleh makan sedap-2. PLEASE JANGAN PERCAYA. kau akan melantak dengan sangat dasyat tanpa rasa bersalah terhadap gigi dan perut. Cuma sekejap je la tak boleh makan sedap-2 tu. Taklah seneraka yang kau bayangkan.

4. Persediaan Mental

Jangan ikut sangat emosi tu. Sakit-2 tu kejap, nak cantik selamanya. Ewahhh kau cakap taknak kalah. Yang penting kena sentiasa positif. Abaikan kata-kata orang yang tak membantu tu. Kalau dah nekad nak pasang, ha pergi ambek phone buat appointment. Takyah fikir panjang, takyah fikir banyak.

5. Step yang korang kena tau

First, mestilah consultation dengan doktor. Berapa gigi nak cabut, teruk ke masalah, separator perlu ke, metal band kena pasang tak, berapa lama ambek masa, bila nak pakai, bayaran macam mana. X-ray dan sebagainya.  pastu buat mold.

Tahap kesakitan: Tak sakit langsung cuma rasa gigi nak gugur semuanya bila dia keluarkan mold. tasabaq nak tengok hasil mold nanti. wehheheheeheee

Second, kalau ada ada gigi kena cabut. korang akan rongak dalam masa beberapa minggu. Paling banyak doktor boleh cabut, 2 pasang dalam satu masa. Take a week, cabut lagi. kalau 10 batang kena cabut, tunggu la 5 minggu. Melampau lak kakakkaaaka

Tahap kesakitan: Masa cucuk jarum kasi kebas je macam acah-acah kena gigit semut. Tapi doktor cakap, gigi atas cabut ke inject ke memang sakit sikit berbanding bawah. Orang cakpa the most painful pakai braces ni masa pasang separator. Thank god i tak kena huahuahua.

Jijik ke tidak? bukan gambar I kayhh


Third, bermula la sesi pasang pagar. Almost 2 hours jugak kau kena nganga tadah mulut kat doktor.

Tahap Kesakitan: Dah lupa la rasa dia, yang penting taklah sakit gila macam nak lempang orang. hmm tak sakit sebenarnya.

And then korang akan check up la tiap-tiap bulan untuk check pergerakan gigi. Yang paling best adalah.... boleh tukar warna getah tiap bulan yohooooo!


Sumber: ihsan ustaz google

Rasanya setakat ni saja ye info braces part 1 kita. Nanti ada masa dan idea kita sambung lagik hakhakhak.