Saturday, September 19, 2015

Mini Travel: Memanjang Kaki ke Cameron Highland - Day 1

Tarikh: September 2015
Tempat: Cameron Highlands
Motif: Family Trip bebaskan minda kononnyeww
Ahli Jemaah: Satu family lahhh ngehehe

Horayh! The next destination is Cameron Highlands :D Angkat tangan gaya Irfan :D


Percutian kali ni macam biasa, di booked oleh kakak dekat Parkland Apartment, Brinchang. SUPER SELESA okay kalau nak bawak family yang ramai-ramai tu hekhek ada ruangtamu, dapur, bilik ada 3, toilet, iron. eh kaunape, toilet mesti la ade ennn ada peti ais, cerek dan pendek kata sesuai la nak duduk 3-4 hari 

Sumber: Google je lah

 Ni la view dari apartment kami. Ewahh kamii sangat. Terletak atas bukit, so feeling sikit melihat satu  Brinchang lewss

 aktiviti memunggah barang oleh dua orang ni telah bermula dengan jayanya. seronok tau dengar budak-budak ni menjerit lari-lari pusing satu rumah

 adelettewww benda nak capai keann



Suhu masa kami pergi tak la sejuk sangat, dalam 18 Celsius jerk. 3 lapis jugaklah pakai baju dalam rumah -,- Tak bukak kipas aircond pun sejukkk. Jadi kami putuskan untuk tak duduk rumah. Perjalanan kami sepanjang kat sini dipenuhi dengan makan makan makan dan makan!!! orang cakap rugi la kalau tak try steamboat kat sini. Tapi tak menyempat pun untuk steamboat, Oh hampa.

 Yeay angkat tangan sekali lagi. Tah kenapa posing centuu. Makcik tak ajiaq rasanya

Melahap dengan jayanya di Pekan Brinchang, sedap okay! tapi tak sempat nak cek nama kedai makan. Yang pasti, dia macam foodcourt kat tepi jalan je. Sis memang #teammakantepijalan takde hal punya. 

Lepastu terus je ke Ladang Teh. Kalau tak silap, masa rombongan darjah 5 dulu dah pegi. Huh, lain betul rupa dia sekarang (motif sangat ingat lagi masa darjah 5?!!)



 Dua orang Papa yang gigih menjaga anak mereka yang tak boleh duduk diam!


 Sambil memerhati keindahan lautan hijau yang menghijau, di temani air teh original dari Cameron, ohhh indah perasaan tu






 Cubaan meniru gaya Fiska Medina punya bapak! kehkeh




 Manisnya dua orang ni maniss sangat. Gigihkan diri untuk berjalan walau kaki tu sakit-sakit hehhehe


Antara part yang best adalah makan aiskrim strawberi!!! sedapnya sedapnyaaaaaaa Aiskrim ni kami dapat kat ladang strawbery; Taman Agro AlMashoor, merangkap kepunyaan kawan bapanya abang iparku. Hah panjangnya kronologi iniew.

Kalau datang cameron please la try aiskrim ni. Pleaseee patik mohon!


 Posing wajib Cameron adalah bersama strawberi di sana. Ceh, padahal bukan nak makan sangat pun. Strawberi juga lambang cinta barangkali? #tetiba

Yang kecik tu memang tak boleh duduk diam. Ada je benda nak kejar. Pening atuk, ngeheheh


Habis jerk satu hari, kami kembali ke markas dan mak masih lagi nak feeling hirup udara segar kat luar tu.  Kasi can beliau nak feeling retis. heheheeee


Dan takkan sesekali melepas kan peluang untuk tangkap gambar dengan bunga! mana-mana bunga dia jumpa semua dia nak ambek gambar hahahaha

okay lah sampai sini dulu sebab badan dah sakit sakit penat bekerja, tunggu untuk day 2 & 3!

Saturday, August 22, 2015

Outdoor Session Review: Mengelap Peluh di District 21

Tarikh: August 2015
Tempat: Distrcit 21, IOI Mall
Dianggotai: Wawa, Dijah, Team AJKO KMP
Motif: Bersuka ria setelah 2 bulan bekerja kehkeh

Merasmikan kasut baru setelah 4 tahun membelasah kasut sukan lama!!!

Bertempat di IOI Mall, Putrajaya iaitu sekangkang kera dari UKM dan dari rumah. Harini hari sabtu, maka super duper pack orang kat sini!  Parking susah namatey ku mencarinya.

Fee: RM 75
Tapi kami pakai pakej family. untuk 4 orang, RM 44 je sorang. Sangat berbaloi!! Lepastu dapat stoking & glove. wehehehe lagi best dari glove skytrex hakhak

Kalau nak datang tengok tengok je takmo main pun boleh. Beli tiket non-active RM 10 je kalo tak silap patik.

Staff dia semua okay and very helpfull, kalau dia jeling korang, korang jeling je balik #petua kawasan dia tak besar mana, tapi okay la takde sampai berlanggar bontor dengan sesiapa. sebab baru lagi tempat ni, so takde lagi dengar pape yang negative melainkan roller glider yang kadang-kadang kena service and tak boleh main. Hahaha but lucky for us, semua game on! hehehee


Boleh ke bawah phone nak main semua ni?! mesti la bole kemonnnn simpan dalam poket, kalau jatuh, ianya tanggungjawab sendiri kayh. Kat dalam tu ada locker, boleh la simpan barang-barang. Locker ni sebijik RM 2. share la dengan kengkawan. 

1. Baru main the Maze, dah berpeluh serupa lari 10000 km
Ni acah acah cerita maze runner tu. tak de la mengerikan. pastikan body engko muat masuk dalam ceruk hiruk pikuk besi iteww

Lek lu selpi dulu di sitew

Gigih bukak glove nak hambek gambar sebab glove tak detect screen phone kehehkehehe


2. Roller Glider
SAMSUNG CAMERA PICTURES
sumber: District 21 web's

kat sini la beratur paling panjang namapueh. Roller glider, dan syarat untuk main benda ni engkau mestila berat untuk mengelakkan terhuyung hayang di udara. ha nak kata aku gemuk ke?!!!!

semua yang naik rollder glider semua gemuk kakkaakaa minimum, 45 kg maximum 85 kg. sedar diri okay semua


dah macam buruh binaan hakhak lagi lagi yang sebelah tu


3. Free Fall
 
sumber: District 21 web's

ceh mula-mula, ahh rendahnya free fall. Sekali dah berdiri kat station, terasa ingin terkencing di saat itu juga. 

Makanya aku melompat dalam keadaan menutup mata, mengakibatkan bontot terhantuk di lantai. begitu mengasyikkan perasaan itu -,-

4. Power Station

Sempat main gelongsor ni sahajiooo. Kemain ramai orang beratur nak masuk power station. Tak gigih la beratur disebabkan kadar stamina yang kian menurun

orang semua cool jerkkk gelongsor, i'm totally failed! kehkeh dah jangan diingat benda yang lepas

next time la kita mengungguli power station!

#posingwajibsis tanpa perasaan malu dilihat orang lews

5. Launch Pad

Diingatkan, kalau tak biasa main natang ni haruslah dinasihatkan engkorang pijak dengan berhati-hati ye. Kalau tak, hilang la kawalan badan. Teringat uncle hari tu, he he he


6. Tubby Ride

ini yang paling best sekali! dekat 10 kali kitorg tibai. Sebab game ni paling santai dan rileks dan tak susah langsung!

Hanya duduk dan brader tu tolak dari belakang kehkeh

Sempat ah ambek kenangan bersama, mana tau boleh masuk free nanti hahhahaha


7. Sky Trail

Mampu capture dari bawah je sebab bila kat atas dah tak boleh pegang phone. Kehkeh taku jatuh katanya. 

Sky trail ni lebih kurang Skytrex, tapi mencabar sikit. Sebab aku masuk sky trail lepas asar. So tenaga banyak dah habis dan sesungguhnya aku hampir give up sewaktu bergayut di tayar yang bergantungan.

Tapi bila fikir balik, ah takkan nak give up. Malu lah!! jatuh la reputasi aku sebagai mantan exco sukan! tetiba sangat motivasi cenggitu -,- dan akhirnya aku meneruskan perjalan hingga titik terakhir dengan jayanya even tulang kaki ni macam lari dari tempatnya



Masuk lepas zuhur, dalam 1.30 tenghari. Dan keluar pukul 8 malam. Gila tak gila la!!!!

Tag korang boleh pakai untuk keluar dalam satu hari tu, kot nak pegi solat. ke teringat nak beli sawi kat tesco, boleh la keluar sekejapp

andddd thank you buat team ajko yang meluangkan masa bersama. Kalau dah gosip, sampai lupa diri tak ingat nak balik. Jumpa lagi next time! :D

Sunday, June 21, 2015

Mini Travel: Kota Bandung - Part 2

Tempat: Bandung, Indonesia
Tarikh: Jun 2015
Jemaah Tentera: Wawa, Dijah, Kakak Nana & Asbeng, Mayam Mica
Tajaan: 80% kakak, kehkehkehkehh

Hari ketiga dan keempat

Hari ni kami check in hotel lain sebab Agoda la yang sangat ting tong.  Tapi sebelum tu, kami sempat mereput melawat Rumah Kain. Nama pun rumah kain, semuanya kain!!! berpinar mata iniii. Sis tak sempat snap rumah kain tu sebab dah tengok kain-kain smapai lupa diri. Basically, kain buat baju kurung. Ada jugak jual telekung, blouse dan baju indonesia lelaki. Ala yang baju pak imam indonesia pakai itew. Kehkeh

Kenapa nama rumah kain? Sebab dia memang rumah, dan buat kedai. Jadi la rumah kain. hakhak. Lepastu merendek dekat area Jalan Cibaduyut, barang murah-murah!! best sangattttt wehewww sempat la sistur merembat 2 sekert dan 1 baju sebagai kenang-kenangan.

Tak lupa juga ke Factory Outlet dan menibai sehelai baju. Begitu juga di Pasar Baru. Sesak macam onggilee dah berlanggar sana sini dengan bahu orang sebelah.

Tak dapat dinafikan harga yang begitu murahhhh tanpa GST la yang penting!

di factory outlet! kengkonon sinetron indonesia tangga iteww



sempat jugak menibai sebijik crocs jalanan mehmehmeh

Ada ke patut aunty jual tu cakap kami ni dari Dago dan dari Acheh. Tak rupa langsung!!




Memang populasi motor kat sini sangat banyak. sangat sangat banyak okay berbanding Malaysia. Kalau kat Malaysia boleh hitung pakai jari jerkk.

Ha nak, test kira. Mampu ke tidakkk.

sekembali untuk check in hotel, malam tu kami order bakso dan bihun sup je kat hotel sebab dah malas melampau nak keluar. Sedap okay! tidak mengecewakan hehehehe dan yang tak dapat dilupakan adalah kelazatan milo aisss. dekat 5 cups sistur melahar. 



 Sejurus satu malam. dah serupa rumah peninggalan berabad lamanya


dah bayarkan, buat pe nak kemas kehkeh

Swimming pool kat V Hotel! tapi tak menyempat pun nak tidur berendam -,-


Sebelum balik Keyel, sempat la singgah kat kedai kek yang femes iteww. Kartikasari, tapi aku ni tak berperasaan ke hape? Rasa dia biasa jerk. semorang kata sedap. oh musykil.

Marissa pulak tak habis-habis di goda orang. Ya Allah, jadikan lah aku Marissa huahuahua gebu gebas dan begitu Ayuuu

Post wajib bila naik eesie. ecewahhhh. tak penah la tak dapat kat sayap bila naik flight ah bosan. bila la dapat merasa business class whehwew

Okay. marilah kita ucapkan terima kasih pada kakak yang sudi membawa adiknya menghirup udara nyaman di Bandung. Jasamu dikenang sis :')

Mungkin akan datang lagi ke Bandung, even makanan yang tak kena tekak langsung! masih banyak tempat tak sempat pergi, Transtudio contohnya. kehkeh. 

Saturday, June 20, 2015

Mini Travel: Kota Bandung - Siri 1

Tempat: Bandung, Indonesia
Tarikh: Jun 2015
Jemaah Tentera: Wawa, Dijah, Kakak Nana & Asbeng, Mayam Mica
Tajaan: 80% kakak, kehkehkehkehh

Dinasihatkan, tukar duit siap siap kat Malaysia. Kat sana pun boleh tukar, tapi agak leceh sedikit dan tak banyak masa nak compare kedai-kedai money changersssss



Hari Pertama dan Kedua

Sempena meraikan tamatnya internship, aku putuskan untuk setuju ikut kakak menjelajah Bandung. Angkut Khadijah itu perkara