Saturday, May 05, 2012

Temuduga USM yang awesome -,- ke ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

pada 02 hb Mei 2012, saya telah menghadiri satu temuduga untuk masuk ke USM

  
Klik untuk jadi perut doremon. yeahh !
  
so hari tu saya sampai kat USM dalam pukul 1 tengah hari. perghh, aku tak ada mood langsung. eh ? saya tak ada mood langsung. suara pun rock ala ala rock kapak gitu. buuuulan madu di awan biru, tiada yang mengganggu buuuuulan bla bla pumpampumpamgeedebosh


takut tak takut tak ??

start pukul 2.30 petang. masa saya masuk tempat menunggu je, yang terlintas di fikiran 

"eh, ni untuk temuduga bahasa mandarin ke hape?"

saya tengok pintu tu, betul dah "EKONOMI" seperti yang dalam slip temuduga lah. semuannya orang CINA ! TAK ADA sorang pun MELAYU. omayy omayyy , apakah yang berlaku ni. tunggu punya tunggu, masuk sorang budak perempuan pakai baju kurung.

"fuhhh, selamat. hah betul la ni" 

saya pun dok berkenalan dengan budak tu. dia baru lepas STPM, budak Sik, Kedah. tak lama lepastu, barulah masuk beberapa orang melayu. so total tak silap saya

6 Perempuan, 5 Lelaki

yang selebih berapa puluh orang tu, semua cina. 

Mostly yang datang semua lepasan STPM, tak silap 3 4 orang je matrikulasi. okay rasa muda sekarang

sebelah aku ni, ada budak lelaki cina, macam biasaa je nampak muka dia. tapi malas nak tegur, takut salah orang. sekali saya ternampak sijil dia sama dengan sijil saya. 

"ehhhhhh, KMP lah"

 saya dengan suara yang ayu gila bajet comel

"excuse me, you dari matrik perlis ea?"
""arhh, apa?"
"you dari matrik perlis ke?"
"ouh, ya ya !"
"sama lah kita !! *muka excited tiba2"
"you kuliah mana?"
"A5. you ?"
"A1"

lepastu dia pun tergelak terkejut ke hape, tak tahu la. dia cakap dengan kawan dia dalam bahasa dia, tah tengah puji suara aku kot kahkahkah nokharom

*********************************************

5.30 petang baru saya masuk bilik untuk ditemuduga, bapak arhh macam ayam panggang yang letak dalam peti ais dah montot ni -,-

saya expect dia akan cakap bahasa melayu. rupanya meleset sama sekali sangkaan tu <---  skema

ada 3 orang penemuduga, 2 orang Profesor, sorang lagi entahh ~ hihi. dah perkenal diri semua..  Prof tanye pasal asia tenggara lah, asean lah, apetah lagi. saya jawab je la dengan yakin konon konon

dah tu tanya pulak pasal keluk bagai, kopi la gula la teh la.. barang penggenap la . LUPA kot -,- tapi alhamudlillah saya boleh jawab walau dengan suara amy search ni :)


hay ni Pensyarah Ekonomi saya :)
Pn Normi binti Hamid.


Tuesday, December 06, 2011

5 PERKARA YANG MESTI KITA JAGA SEBAGAI ORG ISLAM



 HARI SELASA lepas, ada kelas agama. so aku dapat info yang tak pernah pula aku tahu sebelum ni :) nah, share dengan anda :)


 cunkan pokok aku. hahahaha  ^_^

ada 5 PERKARA yang perlu kita jaga sendiri as a muslim. *ehem, baru masuk kelas agama kan :) ustazah kata, 5 PERKARA tu adalah :_

AGAMA/AQIDAH
haa, diri kita sendiri yang akan menjaga agama dan aqidah kita. orang lain tak boleh nak jaga ke nak kawal aqidah kita. jadi, kita kena la sentiasa buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang.

NYAWA
sebab tu adanya larangan membunuh diri, nyawa kita satu je. tak de tukar ganti. sebenarnya, dalam kita tak sedar, tiap tiap hari kita menjaga nyawa. contohnya, mandi.. MAKAN dengan cukup.. haa, tu kira menjaga nyawa lah :)

AKAL
arak adalah minuman yang memabukkan, bukan setakat arak, tapi kita tak bole ambil sebarang benda yang mengkhayalkan. macam dadah.. sengaja overdose ubat pun tak bole tau. sebab nanti akal kita rosak. akal adalah anugerah kepada manusia. jadi kena jaga baik baik

KETURUNAN
larangan berzina pula wujud supaya keturunan kita sentiasa.. er. ape ea nak kata ? supaya lahir zuriat yang baik baik. kalau zina berleluasa, tu yang lahir anak luar nikah dan keturunan kita akan.rosak. eh ? betul ke ayat tu --'

HARTA
haaa, kita kena jaga harta kita dari kena curi.
#ehem najwa, tolong simpan handphone baik baik, suka sangat letak merata --'

INFO : USTAZAH SAYA USTAZAH HALIMAH

:)