Wednesday, April 27, 2016

Trip to Perhentian: ImpianTerealisasi!

Akhirnya trip ke Perhentian berjaya dilancarkan setelah bermati-matian nak re-trip! Hihi orang cakap, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Ecewhahahaaa. Trip kali ni sebenarnya unplanned, tiba-tiba je “ter”pergi dengan geng jemah masa intern. After a year tak jumpa budak-budak ni. Saje la cakap jom reunion woi. Tak sampai 15 minutes discuss, terus book tiket flight! Sangat pantas membuat keputusan. Kebetulan ada tiket murah. Not really murah, tapi berbaloi!


Masa book pakej, flight semua bulan 2. Nak menunggu bulan 4 alahai lama gila -,- Okay mukadimah yang sangat panjang. So the first day, macam biasa park kereta dekat ERL.
Cuma kali ni dekat Putrajaya Sentral pulak. Harga kita cerita nanti ekk.




Flight pukul 1.25 petang. Kalau tau cuti, aku ambek flight pagi. Boleh jimba-jimba. Even aku baru lepas accident, semangat berjalan masih terus berkobar-kobar. Kekekkee. Sampai airport Kota Bharu dalam 2.20 petang. Airport kecik je. Zup zapp jumpa jalan keluar. Ni yang senang tak masuk barang dalam kabin, takyah beria nak tunggu beg tak kunjung tiba hihi.


Tips ni amatlah penting bagi sesiapa yang tak ada kawan dekat Pantai Timur. Standard rate teksi Airport KB – K. Besut: RM 78 satu kereta. Mana-mana yang offer lebih dari tu, engkorang sila la beransur maju kehadapan. Actually, before landing aku ada search a few teksi. Mana tau murah, sekali dia charge RM 90! Jadi aku putuskan menggunakan konsep “redah dan belasah”. Sampai je pintu ketibaan, memang ada dah kaunter teksi, boat service, Perhentian Island Package, segala kejadah ada kat situ. Beli je tiket teksi, terus shoot pergi Jeti. Teksi cantik, dan seat yang sangat lembut. Suka!

Actually ada pilihan lain lebih murah, tapi sebab kami naik flight lambat dan last boat pukul 4, terpaksa mengorban duit. Korang boleh naik teksi dari Airport KB – Hentian Bas KB (dekat dengan Parkson): RM 25 satu teksi dan ambil bas direct jeti: RM 6/orang. Pilihan ni kami guna masa balik sebab banyak masa terluang. Hoho.

Selamat sampai jeti, pergi office Sealife Inn buat balance payment. Dekat je dengan jeti office ni. Dahtu kakak agen pun hantar la kitorg naik boat. Janji pukul 4. Tak sampai-sampai lagi boat. Mata dah sayu-sayu. Sebelum tu jangan lupa, bayar RM 5, upah taman laut. Dalam 4.30 petang jugak baru naik boat. Boleh tahan ramai orang petang-petang macam ni. Mat saleh pun kemain cam taknak pakai baju, tau la panas. Nasib baik kacak.




Sekitar 30 minutes berjuang atas boat membelah laut badai. Ombak agak ganas sebenarnya nak tangkap gambar pun tak tentu hala dah. Lepastu hati kecewa sikit.. hmm “kenapa hijau. Tak biru  pun?!” Kami book bilik dekat area Coray Bay *rasa tak sanggup nak haplod gambar bilik. Tapi okay la untuk mandi dan tidur. Lepas check in, dapat bilik hujung ke dalam sana. Hati rasa tak best je. Tapi gagahkan diri pasal bertiga. Ah okay la ni. Lepas letak beg, melabuhkan badan atas katil. Aduhhhh. Keras! Hahahahaa sebab confidence tu sangat penting. 







Bilik cantik kitorg - Aurbay Chalet Review sikit eh kengkonon ni

other review for Aur Bay

Lepas solat, masih berkira-kira. Apa nak buat petang ni.. nak tengok sunset macam lambat lagi. Takpela, usha long beach kejap. Masa tu dah pukul 6 lebih. Lalu jalan tengah tu, dalam 5 minit jugak jalan kaki, macam hiking la kengkonon. Naik bukit sikit je pun hekeleh. Tengah jalan dalam hutan tu, dah dengar music-music liar gittew. Makin curious nak tau apa kebenda la kat pantai sebelah ni. Sampai-sampai je… mak aihhhhhhhhhh birunya!



Bermula aksi kanak-kanak bagi individu berusia 23 tahun. Sangat la meriah gila. Tak tau nak cakap macam mana, sangat la saujana mata memandang. 









Nak beli makanan? Memang tak lah. Mahal nak mampuih. Fikir berkali-kali nak makan ke tak. Lepas tu baru teringat nak pergi tengok sunset. Beria jalan laju-laju kejar sunset dekat pantai sebelah. Leka sangat jadi model, terlepas sunset. Yang ada hanyalah cebisan cahaya yang mula melabuhkan tirai. Kecewa sikit. Hihi Actually, kitorg bawak megi sikit sebab orang cakap makanan mahal. Tapi, berlidahkan melayu ni mana mampu tak telan nasi. Ter”order” la nasi goring pataya dan 2 gelas Teh Ais. Share beramai-ramai okay demi mengawal bajet.



Aktiviti seterusnya hanyalah, membuka cerita dari zaman intern sampai la sekarang! Terbuka lagi cerita basi zaman intern. Hahaha dekat pukul 12 tengah malam baru tidur. Oh ye, dalam bilik takde sebarang plug. Jadi terpaksa tunggu nak charge phone dekat kaunter check in. Sangat menyeksakan. Nasib baik wifi kedai sebelah tu laju sikit malam-malam. Mampu mengubat luka di hati. Kehkehkeh. Line 3g keluar, tapi slowwww cam hanetzz. 

No comments:

Post a Comment