Thursday, April 28, 2016

Trip to Perhentian: Bersnorkeling Sambil Membelai Ikan Kaloi. Eheh

Pagi-pagi plannya nak nengok sunrise. Tapi mesti la berdaya melangkah kaki, sebab tidur lebih indah. Gather untuk pergi snorkeling around 10 am. Without breakfast, berjuang jugak nak bersnorkeling. Telan 2 keping biskut je. 


cantiknyaa pemandangan live depan mata ni haaaa adoi







Nak breakfast, rasa berdosa terhadap account bank. Ada benda yang tak berapa best kalau pergi group kecil ni. Korang takkan di “spot” oleh orang lain sebab korang tak ramai. Rasa macam strangers. Hello, I bayar pakej ye. Harap maklum. Nasib baik di tengah lautan manusia ni kitorg kenal dengan kakak-kakak yang datang dari group kecil jugak. Tapi under same package. Hah bergabung la jadi 6. Terus Nampak ramai! Hihihih

Pakej ni sama je macam biasa, 5 points snorkeling, sewa gugel semuaa dan juga life jacket + lepak-lepak kampung nelayan.


Turtle Beach

Basically, kat sini untuk water confidence je. Cetek dan jernih! Cuma tak biru. Kohkoh. Kat sini, guider tu ajar macam mana teknik bersnorkeling dengan betul. Teknik pernafasan dan macam mana nak sedut udara kat nozzle tu. The last time aku snorkeling, aku tak pakai pagar ni lagi. So, aku sangat menghadapi kesukaran sebab tak boleh gigit nozzle dengan baik. Akibatnya air masuk dalam hidung. Jadi, tak dapat nak join pergi tengah laut. Dah timbul rasa penyesalan dalam jiwa.


konon berseni ke ambek gambar blur ni





Turtle Bay

Sampai point yang ni pakcik tu cakap dasar dia around 6 km. hahahahah ingat kelakar ke. “terjun lah” dia cakap. Aku lupa, aku snorkeling 3 tahun lepas pun tinggi macam ni. Biasalah, faktor usia. Mula-mula sangat la tak yakin nak terjun sebab gigi ni sakit melampau. Tapi macam geram je semua orang turun. Aku pun dengan yakin, pakai gugel dan terjun! Muahahahahhaa sakit gigi ni aku diam kan saje dan layan kehendak hati yang membuak-buak. Syukurrr, Nampak turtle berenang kat bawah tu. Yahuuu! Kebanggaan buat diri. Tak Nampak coral, Cuma Nampak objek hitam berenang je. hihi




Shark point

Lagi satu cerita aib, sebelum sampai this point. Baru perasan yang seluar aku koyak besar gila! Sangat mengaibkan -..- Mood mati sekali lagi, rapuh hati ni tak boleh turun. Terpaksa dengar kehendak hati dan terjun dengan seluar koyak besar gajah. Berenang dengan penuh keyakinan di dada dengan harapan nak tengok shark. Tapi tak nampak, coral pun okay lah! Muahaha tapi ceritanya, aku tak boleh berenang balik ke boat sebab ombak dah ganas menentang arus. Berapa kali aku menyerah, berhenti tengah laut buat gaya tenang, Padahal tangan dah tak termampu nak mendayung kahkahkah berbekalkan semangat waja, akhirnya sampai jugak kat boat. Tapi segan-segan nak naik, seluar koyak kannn. Hehheee


Takde gambar shark. Nemo pun okay la

Cover seluar koyak


Fisherman Village

Ni la point aku nanti-nantikan sebab nak beli seluar! Before turun, aku dah merayu kay pakcik, nak tunggu kejap dalam boat sementara nak dapat seluar baru. Tapi pakcik cakap takleh, takpe dia carikkan kain batik jap. Lalu aku pun turun dari boat pakai kain batik. Rare ke tidak?!

Tak jalan kat kampong nelayan ni pun tak sempat sebab dah lambat. Snorkeling punya pasal, lama sangat! So dapat la makan nass campur dekat sini dengan harga yang… erm boleh tahan mahal. Tapi kat coral bay, long beach lagi mahal nak mam. Pemandangan kat kampong nelayan ni, cantik sangat sangat sangat. Terasa berada di Bora-bora Island. Ecehhh





The Lighthouse Coral Reef

Nama pun lighthouse, daripada jauh dah nampak bangunan tinggi tercacak di tengah laut. Ikut hati nak terjun jugak. Tapi satu boat macam taknak turun, dorang cakap ombak macam kuat -,-‘ I bayar okehh pakej ni. Tapi dah kalau 1 lawan 10 memang la 1 kalah. Kakkakakaka so kitorg skip point ni and direct pergi romantic beach. Orang cakap coral cantik dekat lighthouse ni. Oh kecewa.



Romantic Beach

Dari kejauhan ku terlihan pasir memutih. Tapi panassss gila. Romantic beach ni apa yang romantic tu aku kurang pasti la, sini banyak coral tapi air tak berapa jernih. Cetek je sebab macam mandi pinggir pantai. Sempat la buat aksi yoga dan usap-usap timun laut. Hikhik.








Balik!

Sampai dekat Coral Bay around 4.30 – 5 pm macam tu la. Sampai je bilik terus terbongkang tak ingat diri. Padahal petang tu dah janji dengan kengkawan nak lepak long beach. Cehhh kengkawan sangat. Dapat kawan baru okehhh *jelling sikit. Pukul 5.50 macam tu baru la nak celik mata, malasnyaaa mengenangkan nak jalan kaki lagi pergi long beach tu. Penat! Badan dah sakit-sakit tapi gagahkan jugak diri sebab bukan selalu pun dating sini, so kena la fully utilized! Gituhaaa





Budak-budak ni plan nak mandi dekat long beach, nak main jet ski tu apetah nama lantak engko la pape pun. Tapi.. tak jadi sebab semua close pukul 5! Petang sangat ni ombak kuat. So hanya mampu jadi freelance model je ah. Muahahahaha Sempat jugak la menonton parti api petang tu. Disebabkan kelaparan tahap teruk, terpaksa la melangkah kai dengan lebih awal dan makan puas-puas dekat Ewan’s CafĂ©. Mahal *nangis. Tapi sebab lapar, tak mengapa. Perut lebih utama. Cehcehcehh tu pun kongsi, balik sambung megi. Sadissss.


Malamnya, masih aktiviti seperti biasa yakni heart to heart session. Cewahh tak de maknanya! Tapi kali ni dimeriahkan lagi dengan kengkawan yang semakin ramai. Tah siapa-siapa la kitorg kenal. 


Tiba-tiba menjelma macam re-union SMK. Pulau Perhentian. Lol.






nasib baik ketiak tak basah. leh posing sesuka sukaaa

(total hangus: entry terakhir)

No comments:

Post a Comment