Saturday, August 22, 2015

Outdoor Session Review: Mengelap Peluh di District 21

Tarikh: August 2015
Tempat: Distrcit 21, IOI Mall
Dianggotai: Wawa, Dijah, Team AJKO KMP
Motif: Bersuka ria setelah 2 bulan bekerja kehkeh

Merasmikan kasut baru setelah 4 tahun membelasah kasut sukan lama!!!

Bertempat di IOI Mall, Putrajaya iaitu sekangkang kera dari UKM dan dari rumah. Harini hari sabtu, maka super duper pack orang kat sini!  Parking susah namatey ku mencarinya.

Fee: RM 75
Tapi kami pakai pakej family. untuk 4 orang, RM 44 je sorang. Sangat berbaloi!! Lepastu dapat stoking & glove. wehehehe lagi best dari glove skytrex hakhak

Kalau nak datang tengok tengok je takmo main pun boleh. Beli tiket non-active RM 10 je kalo tak silap patik.

Staff dia semua okay and very helpfull, kalau dia jeling korang, korang jeling je balik #petua kawasan dia tak besar mana, tapi okay la takde sampai berlanggar bontor dengan sesiapa. sebab baru lagi tempat ni, so takde lagi dengar pape yang negative melainkan roller glider yang kadang-kadang kena service and tak boleh main. Hahaha but lucky for us, semua game on! hehehee


Boleh ke bawah phone nak main semua ni?! mesti la bole kemonnnn simpan dalam poket, kalau jatuh, ianya tanggungjawab sendiri kayh. Kat dalam tu ada locker, boleh la simpan barang-barang. Locker ni sebijik RM 2. share la dengan kengkawan. 

1. Baru main the Maze, dah berpeluh serupa lari 10000 km
Ni acah acah cerita maze runner tu. tak de la mengerikan. pastikan body engko muat masuk dalam ceruk hiruk pikuk besi iteww

Lek lu selpi dulu di sitew

Gigih bukak glove nak hambek gambar sebab glove tak detect screen phone kehehkehehe


2. Roller Glider
SAMSUNG CAMERA PICTURES
sumber: District 21 web's

kat sini la beratur paling panjang namapueh. Roller glider, dan syarat untuk main benda ni engkau mestila berat untuk mengelakkan terhuyung hayang di udara. ha nak kata aku gemuk ke?!!!!

semua yang naik rollder glider semua gemuk kakkaakaa minimum, 45 kg maximum 85 kg. sedar diri okay semua


dah macam buruh binaan hakhak lagi lagi yang sebelah tu


3. Free Fall
 
sumber: District 21 web's

ceh mula-mula, ahh rendahnya free fall. Sekali dah berdiri kat station, terasa ingin terkencing di saat itu juga. 

Makanya aku melompat dalam keadaan menutup mata, mengakibatkan bontot terhantuk di lantai. begitu mengasyikkan perasaan itu -,-

4. Power Station

Sempat main gelongsor ni sahajiooo. Kemain ramai orang beratur nak masuk power station. Tak gigih la beratur disebabkan kadar stamina yang kian menurun

orang semua cool jerkkk gelongsor, i'm totally failed! kehkeh dah jangan diingat benda yang lepas

next time la kita mengungguli power station!

#posingwajibsis tanpa perasaan malu dilihat orang lews

5. Launch Pad

Diingatkan, kalau tak biasa main natang ni haruslah dinasihatkan engkorang pijak dengan berhati-hati ye. Kalau tak, hilang la kawalan badan. Teringat uncle hari tu, he he he


6. Tubby Ride

ini yang paling best sekali! dekat 10 kali kitorg tibai. Sebab game ni paling santai dan rileks dan tak susah langsung!

Hanya duduk dan brader tu tolak dari belakang kehkeh

Sempat ah ambek kenangan bersama, mana tau boleh masuk free nanti hahhahaha


7. Sky Trail

Mampu capture dari bawah je sebab bila kat atas dah tak boleh pegang phone. Kehkeh taku jatuh katanya. 

Sky trail ni lebih kurang Skytrex, tapi mencabar sikit. Sebab aku masuk sky trail lepas asar. So tenaga banyak dah habis dan sesungguhnya aku hampir give up sewaktu bergayut di tayar yang bergantungan.

Tapi bila fikir balik, ah takkan nak give up. Malu lah!! jatuh la reputasi aku sebagai mantan exco sukan! tetiba sangat motivasi cenggitu -,- dan akhirnya aku meneruskan perjalan hingga titik terakhir dengan jayanya even tulang kaki ni macam lari dari tempatnya



Masuk lepas zuhur, dalam 1.30 tenghari. Dan keluar pukul 8 malam. Gila tak gila la!!!!

Tag korang boleh pakai untuk keluar dalam satu hari tu, kot nak pegi solat. ke teringat nak beli sawi kat tesco, boleh la keluar sekejapp

andddd thank you buat team ajko yang meluangkan masa bersama. Kalau dah gosip, sampai lupa diri tak ingat nak balik. Jumpa lagi next time! :D