Saturday, December 19, 2015

Braces dan Makan (Part 2)

Tatkala pagar indah tersemat di gigi, maka segala syurga makanan di dunia harus di kawal buat seketika.

4 bulan pertama, aku pakai rubber band yang getah seketul-ketul tu. mula-mula kaler pink, biru, hijau pucuk pisang, purple, biru pekat. Hahaha semua kaler nak belasah. 2nd year nanti nak pakai ranbow pulak. hukhukhuk. Yang ni kesakitan dia masih boleh diterima akal. 


The first week aku masih bila melantak pelbagai jenis makanan di atas muka bumi ini. Ayam daging kambing burger lembu dan seumpamanya. Every month kita akan tukar getah sebab getah tu dah longgar kan. So orang cakap the first week akan sakit sikit sebab dia tegang dan ketat balik. But i don't think soooo. Aku rasa biasa je hahahahahahahahha jadi makan tanpa rasa bersalah langsung

Sepanjang 4 bulan ni pernah 2-3 kali bracket tercabut. Kahkah 1st, sebab makan kacang keras kat office, 2nd, sebab makan kerepek dengan anak buah. Hahahahahha ganas kemain. jadi teori pakai braces boleh kurus, amatlah ditolak.

 
gini la jadinya kalau tercabut

apa nak buat kalau bracket tercabut? Buat biasa je, rileks. Tarik nafas dan pergi klinik, tampal balik. Boleh je kalau tak betulkan as soon as possible, tapi gigi lambat gerak nanti sebab longgar.

Kesimpulannya, semua benda kau boleh makan. Kecuali yang besar macam ayam, daging burger, sayur ke hape semua kena potong kecik tau. Kalau tak, memang rasa sakit bila kau gigit besar-besar. Senang cite, gigi berpagar tak boleh potong makanan bersaiz besar. gittew. 

Dan jaga-jaga kalau makan benda keras macam kacang-kacang. gigit slow. Jangan gelojoh.

Yang penting jangan lupa gosok gigi, pakai berus kecik tu jugak tau untuk cuci dicelah-celah gigi di bahagian pedalaman.

Image result for berus gigi braces

Ni contohnya. kat watson bersepah-sepah jangan risau yeaaaaa.

Thursday, December 17, 2015

Nak Pakai Braces. Apa yang kena tau? (Part 1)

Before uolls nak pasang pagar pada gigi yakni braces yang indah lagi menawan, engkorang mestilah mempreparekan diri dengan beberapa perkara bagi memastikan perjalanan pagar korang berjalan dengan lancar. Oleh ituuu, di sini aku akan share beberapa tips berguna untuk bakal pemakai pagar.

1. Buat Research

Sebelum pagar besi ni tersemat pada gigi, actually aku dah buat research almost 2 years. bapak lama gila okay tapi aku tak pakai pun sebab ada cakap hukum dia haram kalau nak cantik apa semua. So di tangguhkan saja sampai ketika bila check kat doktor, dia cakap ada gigi susu. kakakaka nak tak nak kena berpagar akhirnya. Based on research korang ni la korang akan dapat tau information jenis-2 braces,  harga, step, pantang larang dan sebagainya. Moral dia, kena rajin membaca dan menggugel.

2. Persediaan Duit

Kalau rasa keberadaan wang tak begitu mencukupi untuk ke swasta, pegi la kerajaan. Tapi kerajaan terima pesakit bawah 18 tahun sajaaa. kalau tak silap. kalau rasa diri tu dah tua macam I, uolls kena buat kat swasta. Cost dia ikut kawasan. Sekitar lembah klang masih RM4000- RM6000 kalau tak silap. KL RM 10,000 kot kakakakaka. Ikut klinik, mana korang boleh kenyit mata dengan doktor, kot dapat free of charge walawehhh. Jangan risau, boleh bayar ansuran. 

3. Persediaan Perut

Kenapa dengan persediaan perut? Yelah kang dah pakai pagar takleh makan sedap-2. PLEASE JANGAN PERCAYA. kau akan melantak dengan sangat dasyat tanpa rasa bersalah terhadap gigi dan perut. Cuma sekejap je la tak boleh makan sedap-2 tu. Taklah seneraka yang kau bayangkan.

4. Persediaan Mental

Jangan ikut sangat emosi tu. Sakit-2 tu kejap, nak cantik selamanya. Ewahhh kau cakap taknak kalah. Yang penting kena sentiasa positif. Abaikan kata-kata orang yang tak membantu tu. Kalau dah nekad nak pasang, ha pergi ambek phone buat appointment. Takyah fikir panjang, takyah fikir banyak.

5. Step yang korang kena tau

First, mestilah consultation dengan doktor. Berapa gigi nak cabut, teruk ke masalah, separator perlu ke, metal band kena pasang tak, berapa lama ambek masa, bila nak pakai, bayaran macam mana. X-ray dan sebagainya.  pastu buat mold.

Tahap kesakitan: Tak sakit langsung cuma rasa gigi nak gugur semuanya bila dia keluarkan mold. tasabaq nak tengok hasil mold nanti. wehheheheeheee

Second, kalau ada ada gigi kena cabut. korang akan rongak dalam masa beberapa minggu. Paling banyak doktor boleh cabut, 2 pasang dalam satu masa. Take a week, cabut lagi. kalau 10 batang kena cabut, tunggu la 5 minggu. Melampau lak kakakkaaaka

Tahap kesakitan: Masa cucuk jarum kasi kebas je macam acah-acah kena gigit semut. Tapi doktor cakap, gigi atas cabut ke inject ke memang sakit sikit berbanding bawah. Orang cakpa the most painful pakai braces ni masa pasang separator. Thank god i tak kena huahuahua.

Jijik ke tidak? bukan gambar I kayhh


Third, bermula la sesi pasang pagar. Almost 2 hours jugak kau kena nganga tadah mulut kat doktor.

Tahap Kesakitan: Dah lupa la rasa dia, yang penting taklah sakit gila macam nak lempang orang. hmm tak sakit sebenarnya.

And then korang akan check up la tiap-tiap bulan untuk check pergerakan gigi. Yang paling best adalah.... boleh tukar warna getah tiap bulan yohooooo!


Sumber: ihsan ustaz google

Rasanya setakat ni saja ye info braces part 1 kita. Nanti ada masa dan idea kita sambung lagik hakhakhak.

Monday, November 16, 2015

Family Potret

hellioo everyone!! since dah bercuti kira-kira 4 hari jugaklah akibat MC ehrherrr tak best pun MC ni sebenarnya siapa cakap besssst. Duduk rumah bergolek sana sini and... sakit badan sebab tak bergerakk. Jadi ayuh la kita merempat kat UKM lelepak sikit parti parti duluu kohkohkohh

Tak makan sayur sebab tu selalu sakit faham tak?!!! kayhh 


Finallyyy siap pun Family Potret kehkeh baik punya touch up uncle ni. Tapi masalahnyaaaaaaa macam terover lakk touch up dia. sampai kan...

Hilang sebaris besi kat gigi!! Gigi dah la belum siap operate lagikk. Uncle mesti tak tau kan saya bayar mahal tau kat besi tu. belum habis bayar lagi. Benda mahal mesti kena tunjukkkk tau eherher lempangnakkewawaaa

Kayh pape je la uncle. Yang pastiii Kak Nana jerkk takde kat dalam gambiaqq. Pehal la pegi Korea masa orang konvo pehal la weyhhhhh ko dah kenapa macam takde hari lain nak pegi korea ha?!!!! jangan lupa komen blog aku hehehe


Tapi dalam gambar kau konvo pun aku cam takdekk je kan?!! kahkah baru la fair and square. lews. Beza dia Shah dgn Kak Nini double and triple jerkk. Sokay, Master Kak Nini nanti aku tengah pregnant anak 1st masa tu muahahahahahaaaaaaa Nanot anak 2. Ninik anak 2 pastu tengah pregnant kehkehhh

Dah. 

Friday, November 06, 2015

Konvokesyen UKM ke-43!

hi assalamualaikum. last tuesday, our batch which is 2012/2013 session already done our convocation! Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik baik belaka. #SisCubaTaipDenganMatang Well, this is first time aku konvo seumur hidup. Masa tadika manadaaaaa konvo, spm pun takdekk, matrik pun takdekk. Sedihhhh ahahhahaha

Majlis Konvokesyen UKM ke-43  take place on 3rd Nov 2015. Berkobar-kobar semangat lain macam, ye lah dah lama tak duduk nyanyi lagu UKM dalam DECTAR. Feeling-2 orientasi sikit. Mak kita je datang since yang lain semua busy, tapi sis okay. Dah biasa bersendirian. ecehcehcehhh so so soooo, this entry i dedicate untuk mereka-2 insan tersayanggggggg yang tah aku pun tak tau nak cakap macam mana yang korang memang superb power hebat amazing. ah dah dah puji.

First of all, must be for you! My backbone, my blood, my air, my oxygen, my lung, my heart. Kahkahkah hambek. dasat gila.

Mum, even mak selalu emosi emosi.. Wa tak kisah, sebab Wa tau sebenarnya mak tak emosi. Memang keturunan kita ditakdirkan dengan muka yang konon emosi. Sebenarnya tak pun! ekekekeke. Mak, Wa dah tak tau nak cakap apa sebab perasaan ni sangat amazing! Rasa baru semalam pergi sekolah naik kereta dengan Mak. Hahaha. Rasa baru semalam mak hantar pergi Perlis, baru semalam mak hantar pergi Bangi.

Sekarang ni dah genggam segulung ijazah <----- ni kan ayat cliche. Ijazah aku dapat tu petak jee, tak bergulung pun hohohohohohoooooo dah la mak, i love you.

for buddyzz sekalian, malas la nak bagi ucapan. Thank you je la. boleh? kahkahkah

limited sangat laki yang berguna kat ukm ni. kalau jumpa tu kira bersyukur. Well, diorang la antara manusia yang menyumbang dalam kehidupan aku dekat kampusss behahahahaa. 
dah. malas cakap banyak. Kawen jemput!

dia kata, kawan bukan selalu di sisi. tapi yang selalu mendoakan di hati.
Wew, first time Wawa sweet. Setahun sekali je nak sweet. 

Auni, teringat kita ponteng kelas bila parking takde. terus je pegi Alamanda. Perangai paling tak senonoh dan paling susah nak lupa Hahahah. Tah macam mana boleh jadi roomate masa 2nd year. Mana kita kenal tah?! PMF ke sbb Za'ba? hahaha mental blocked. Auni, thanks tiap subuh kejut Wawa. Thanks selalu bagi nasihat, thanks sebab selalu bersihkan toilet. Thanks sebab masak sedap. Thanks sebab selalu rasa apa Wawa rasa. Auni, kita nak jujur something. Dulu sebenarnya kita pernah tak suka Auni. Sebab.......... Auni pembersih sangat!!! hahahahahahaha Sorry sebab Wawa kadang tu suka sepah selekeh tapi Wawa baik kan? Ngaku je aaaaaaaaaaaaa. Auni. Thanks for everything. Even kita penah tegang satu masa dulu, percayalah jauh disudut hatiku aku merindui dan menyayangimuuuuuuuuuuuuuuuuu kakakakakaka

Aien pulak, manusia paling garang pelindung sejati. pantang kawan kena usik, makan penumbuk dia. kau nampak dia garang sebenarnya dia super sweet sumpah tak tipu! dulu masa matrik dengar-dengarnya dia benci aku. Masa matrik semua orang benci aku hahahahahahah termasukla dia pehalkopehal tapi aku tak begitu kenal dia jadi gagal untuk ada apa-apa perasaan. See dekat UKM dah sayang-sayang. Jangan muntah please. Aien thanks sebab jadi kawan yang sangat protective. Even kita tak selalu bersama, hopefully kita sentiasa bersama dalam whatsapp. lol. Maaf kalau kadang-kadang aku menyusahkan kau buat tersinggung mana-mana kecik hati dengan panahan kata-katakuuu hahahahahah akhir kata, loveyou muahmuahhh kehkeh 

Untuk Ijah, lagi la takde ucapan. dah aku copy ni jerk

From: Jijah
"Why do I need a boyfriend if I already have this crazy girlfriend that I can treat like a boyfriend?! Aherherher 
Dear Najwaq,
Thank you for always being there for me. Keep listening to my never-ending-love-hate-story 
💔
 my problems & everythingssss! Thank you for this past 2 years. Hope our relationship will last foreverrrr till Jannah gittewwww 
😂
 In shaa Allah cause a good friend will lead to Jannah 😇

Oh btw, THIS IS THE GIRL THAT I HATE AT KMP & NOW SHE IS MY BESTFRIEND kahkahkahkah
Tu orang kata, jangan benci sangat nanti sayang haaa gituuuu. Dah engkorang yang benci kitorang tu, udahlah tu kang saiyangg kakakakakakaka"

Hi ijah, thank you sebab sudi menerima kentut-kentut dan sendawa ku diiringi dengan tingkap kereta yang ku kunci rapi. Thanks sebab menjadi onggile dalam hidupkuuuu.


Untuk sir pun penat la hari-hari berucap bagi ucapan. hahaha Thank you menjadikan saya dan Jijah terus hidup! hero sangat tauuuuu tak sempat nak crop gambar. Hahahha pape jelahh sir. Lecturer yang paling dahsyattt di alam semesta. lecturer yang paling pelik. lecturer yang... orang tanya balik, eh lecturer ke tu?! kakakakakakakakaka dah la, malas nak puji sir. kang terkembang-kembang.


Thanks Elah sebab susah datang dari Terengganu tu sampai kena tinggal bas. Hahahaha Thanks for the gift. tersentuh dan tersentap. Hahhaha nanti kita buat serangan balas untuk ucapan tu, kita private kayh! Good luck intern tuuu. bebaik belajar satu sem lagi. kehekeh saje aaa bakar line sikit. InsyaAllah ada jodoh, kita jumpa lagi. So, bila nak tinggi?


Alamak wakkk, akak lupa kita snap guna kamera siapa. Banyak sangat kamera tadi. Hahahah okay la ni. Gambar gelap sikit jerkkk tapi awak tetap menyinari hidup akak. Ewahh kau hahahaha rilekss okay. Tak lama lagi habis lah belajar tu :) Pape hal whatsapp lah akak, akak sentiasa ada untukmuuuu kurkurkur


Tak lupa buat team KMP dari UM yang gigih datang tengahari buta. Hahaha thanks korang! next year korang pulak. Kalo berkesempatan, I ponteng la kerja. lews, Semoga terus mengharumkan nama KMP! 


Nah belanja selfie of the yearrrrrrr!


Thanks semua yang datang peluk cium and thanks for all wishes. 
Without all of you, seriously.. i'm nothing.

Saturday, October 24, 2015

Inspirasi: Photoshoot Pre-Convo with Artistic Eye Studio

Bersempena dengan majlis konvokesyen yang bakal berlangsung tak lama lagi, kami decide untuk luangkan sedikit masa untuk outdoor photoshoot. sedikit masa pun, basah tak basah la ketiak ni kakakakakaa


sebagai inspirasi korang akan bakal mungkin akan konvo, apa kata korang hambek tepon tu pm je terus photographer kami ni; Artistic Eye Studio,  https://www.facebook.com/ArtisticEyeStudio/?fref=ts

sesuai la untuk kami yang baru berjinak-jinak dan jenis pemalu depan kamera. gitteww. Sebab photographer sangat sudi la melayan karenah korang yang entah pape tu.

So session ni Khadijah yang booked. Kami bayar RM 200, then bahagi la 4 orang. RM 50 je sorang. berbaloi-baloi!!! Shoot dari pagi dalam pukul 9 pagi, sampai pukul 6-7 petang macam tu dan unlimited photo.

Tak kesah la kalau korang ada 100 orang pun, RM 200 bahagi la 100. ha centu aaaa. dan pakej tu nanti korang akan dapat gambar 8R siap frame and gambar 4R (takde frame). Lepastu dapat CD untuk softcopy gambar korang yang terkinja-kinja tu.



As conversation dengan one of their photographer, diorang pun baru jugak dalam bidang ni. so takde la nak letak harga tinggi sangat. Yang penting, every week ada job. Begitu la prinsip mereka selain daripada memahami kami student yang uwangnya gak begitu menyebelahi kami.

Rasanya tak guna jugak bebel panjang-panjang. Ayuh la layankan sajorkkk hasil tangan Abe Fuad niewwww. 







Eh yeksaited jugak sorang ni huahuahua

Kami shoot daripada UKM sampai la keluar UKM dah macam tak cukup tanah nak jejak. Nasib baik befuad tabah melayan kepala gila kekanak ini. Gambar-gambar kat atas ni semua dah filter dengan jayanya. So yang bawah ni semua tak filter lagi di mana-mana.

Antara tips yang boleh aku kongsikan adalah, pakai baju yang nampak menyerlah berbanding jubah konvo engkau tu dan pakai la tudung yang striking macam kami kayhhh kakakaka haruslah memuji diri sendiri. Kalau tak, nanti kau akan kelihatan tenggelam di hari bersejarah engkorang.





















In the making!!!! Tak boleh bukak mata sebab manabahkan diri baring tengah panassss



















Actually ada beratus lagi, tapi takkan nak haplod semua lakk. Tak tidur malam kang engkorang. Oh ye, jangan lupa mintak maaf kebenaran masa nak shoot dalam masjid putra tu dari guard kat sana. Takut diorang tak bagi. Mana la tauuu kan.

Masa kami shoot dalam masjid tu, semua orang pelik. Dah tu orang lain semua jubah merah. tetiba kau jubah biru kakakaka! pastu takyah nak melompat sangat kat masjid tew. Tak senonoh pulak nampaknya hahahaha

Jangan lupa jugak bawak la apa-apa prop kalau nak cantikkan gambar. One day before sempat la kami order helium ballon tu. Then, payung tu terjumpa dalam kereta Ain. 

Berbaloi-baloi!!