Tuesday, December 06, 2011

5 PERKARA YANG MESTI KITA JAGA SEBAGAI ORG ISLAM



 HARI SELASA lepas, ada kelas agama. so aku dapat info yang tak pernah pula aku tahu sebelum ni :) nah, share dengan anda :)


 cunkan pokok aku. hahahaha  ^_^

ada 5 PERKARA yang perlu kita jaga sendiri as a muslim. *ehem, baru masuk kelas agama kan :) ustazah kata, 5 PERKARA tu adalah :_

AGAMA/AQIDAH
haa, diri kita sendiri yang akan menjaga agama dan aqidah kita. orang lain tak boleh nak jaga ke nak kawal aqidah kita. jadi, kita kena la sentiasa buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang.

NYAWA
sebab tu adanya larangan membunuh diri, nyawa kita satu je. tak de tukar ganti. sebenarnya, dalam kita tak sedar, tiap tiap hari kita menjaga nyawa. contohnya, mandi.. MAKAN dengan cukup.. haa, tu kira menjaga nyawa lah :)

AKAL
arak adalah minuman yang memabukkan, bukan setakat arak, tapi kita tak bole ambil sebarang benda yang mengkhayalkan. macam dadah.. sengaja overdose ubat pun tak bole tau. sebab nanti akal kita rosak. akal adalah anugerah kepada manusia. jadi kena jaga baik baik

KETURUNAN
larangan berzina pula wujud supaya keturunan kita sentiasa.. er. ape ea nak kata ? supaya lahir zuriat yang baik baik. kalau zina berleluasa, tu yang lahir anak luar nikah dan keturunan kita akan.rosak. eh ? betul ke ayat tu --'

HARTA
haaa, kita kena jaga harta kita dari kena curi.
#ehem najwa, tolong simpan handphone baik baik, suka sangat letak merata --'

INFO : USTAZAH SAYA USTAZAH HALIMAH

:)