Saturday, October 24, 2015

Inspirasi: Photoshoot Pre-Convo with Artistic Eye Studio

Bersempena dengan majlis konvokesyen yang bakal berlangsung tak lama lagi, kami decide untuk luangkan sedikit masa untuk outdoor photoshoot. sedikit masa pun, basah tak basah la ketiak ni kakakakakaa


sebagai inspirasi korang akan bakal mungkin akan konvo, apa kata korang hambek tepon tu pm je terus photographer kami ni; Artistic Eye Studio,  https://www.facebook.com/ArtisticEyeStudio/?fref=ts

sesuai la untuk kami yang baru berjinak-jinak dan jenis pemalu depan kamera. gitteww. Sebab photographer sangat sudi la melayan karenah korang yang entah pape tu.

So session ni Khadijah yang booked. Kami bayar RM 200, then bahagi la 4 orang. RM 50 je sorang. berbaloi-baloi!!! Shoot dari pagi dalam pukul 9 pagi, sampai pukul 6-7 petang macam tu dan unlimited photo.

Tak kesah la kalau korang ada 100 orang pun, RM 200 bahagi la 100. ha centu aaaa. dan pakej tu nanti korang akan dapat gambar 8R siap frame and gambar 4R (takde frame). Lepastu dapat CD untuk softcopy gambar korang yang terkinja-kinja tu.



As conversation dengan one of their photographer, diorang pun baru jugak dalam bidang ni. so takde la nak letak harga tinggi sangat. Yang penting, every week ada job. Begitu la prinsip mereka selain daripada memahami kami student yang uwangnya gak begitu menyebelahi kami.

Rasanya tak guna jugak bebel panjang-panjang. Ayuh la layankan sajorkkk hasil tangan Abe Fuad niewwww. 







Eh yeksaited jugak sorang ni huahuahua

Kami shoot daripada UKM sampai la keluar UKM dah macam tak cukup tanah nak jejak. Nasib baik befuad tabah melayan kepala gila kekanak ini. Gambar-gambar kat atas ni semua dah filter dengan jayanya. So yang bawah ni semua tak filter lagi di mana-mana.

Antara tips yang boleh aku kongsikan adalah, pakai baju yang nampak menyerlah berbanding jubah konvo engkau tu dan pakai la tudung yang striking macam kami kayhhh kakakaka haruslah memuji diri sendiri. Kalau tak, nanti kau akan kelihatan tenggelam di hari bersejarah engkorang.





















In the making!!!! Tak boleh bukak mata sebab manabahkan diri baring tengah panassss



















Actually ada beratus lagi, tapi takkan nak haplod semua lakk. Tak tidur malam kang engkorang. Oh ye, jangan lupa mintak maaf kebenaran masa nak shoot dalam masjid putra tu dari guard kat sana. Takut diorang tak bagi. Mana la tauuu kan.

Masa kami shoot dalam masjid tu, semua orang pelik. Dah tu orang lain semua jubah merah. tetiba kau jubah biru kakakaka! pastu takyah nak melompat sangat kat masjid tew. Tak senonoh pulak nampaknya hahahaha

Jangan lupa jugak bawak la apa-apa prop kalau nak cantikkan gambar. One day before sempat la kami order helium ballon tu. Then, payung tu terjumpa dalam kereta Ain. 

Berbaloi-baloi!!

Thursday, October 15, 2015

Short Escape: Auni's Bachelorette Party

Tempat: Bandaraya Melaka
Tarikh: 10 & 11 Oktober 2015
Tentera: Wawa Dijah Auni

Last minute planning! Masih berkira-kira mana la nak pegi untuk Bachelorette Party Versi super sederhana ni di samping menyambut birthday Wawa hehe. Gigih menggugel dan mengewaze mana yang paling dekat.


Akhirnya ambek yang paling jauh yakni Melaka! hakhak berbekalkan enjin poshee, berjaya kami sampai Melaka dalam masa 1 jam setengah perjalanan. Khadijah boleh tibai ponteng kerja hari sabtu tu dengan alasan berak hijau -,,- 

Jadi terbatal lah niat nak renew driving license. Bertahan sehari je memandu dengan cara yang sah.

Padahal Melaka tu dekat je, menggetik jugak nak singgah rnr Seremban. Lapar memasing. Biasalah, buaya jadian.


Kami walk in je book hotel, Hotel tu owner dia orang Islam. Maka dengan yakinnya tanya bilik kosong. Ada!! korang boleh google ZZZ hotel atau cari FB beliau.

Satu malam kami dapat RM48 dan bahagi la 3 orang Ngahahaha begitu budget sekali ye.

Sumber: Google

Sumber: Google

Bilik kami dapat tu ada katil queen. Ada tv, aircond. Aaaa tu je la, water heater, iron, tab mandi and peti besi takde. Iron kami dah siap-siap bawak dari rumah untuk segala kemungkinan yang berlaku. Begitu mempersiapkan diri yee. 

Agak menarik sebab walaupun kecik je lobby dia, dihias begitu cantik dan tak muntah la kalau datang. Sesuai untuk umur muda remaja macam kami yang tak kesah bersempit sehari dua. Yang penting, disediakan breakfast tau!

Jangan lupa jugak, parking tak disediakan. kau kena berjuang merebut parking dan jangan lupa bayar parking tu pakai kupon heehheee murah sajork 

Selesai je check in, macam biasalah melantak asam pedas dekat kedai tepi jalan favourite kami. dekat area taming sari tu memang banyak asam pedas. tinggal pandai pilih dan ikut test tekak je.


Setel mengisi minyak dalam perut, bergegas la kami ke Pantai Klebang yang kononya tujuan utama ke Melaka untuk meraikan hari jadi ku yang indah .


Walaupun dah melantak asam pedas, masih tetap nak membeli kerepok lekor la coconut shake la apa la itu la ini la. Kami tak singgah pun coconut klebang tepi jalan yang beratur panjang namatey itew. Cause my thoughts, biasa je rasanya. Nothing special selain daripada tarikan orang beratur panjang hewww


Lepas dah selpi sana sini kat tepi pantai, nampak ada brader jual belon terbang tu dan kami saje la menggatalkan diri nak acah remaja. 

Berapa bayaran? RM 5 jerkk untuk satu besen dan jenis lubang satu

Lepastu brader tu belanja lak lubang banyak yang panjang ni. Berbesen-besen kitorg bedal for freee :D


Tak pasti umur berapa semua ni

Apa yang best adalah, takde orang lain masa kami datang tu dalam pukul 4 petang. Mana tah semua orang, masih makan asam pedas agaknya.

Dah boring-boring main belon, mencari la kat mana padang pasir yang hangat diperkatakan tu. Di tunjukkan arah oleh brader jual belon tadi. Murah betul rezeki hari tu.


Setelah mengharungi jalanan berliku, meredah lautan pasir. sampai lah kat padang pasir. amboi rupanya semua orang kat sini. patut la kat pantai klebang sepi jew. Kat sini punya la melimpah ruah manusia. Padiaa buat kat sini, tak tau lah. Mungkin berniat sama seperti kami; tiada hala tuju.


Sengaja boh gambaq hodoh

Feeling nak buat tarian arab

Pasir ni bukan macam pasir buat rumah, pasirnya panas.. jerlus.. dan suci #Eh

Finallywe manage to get selfie of the day!!

On the way nak balik tu, kereta tak boleh gerak. Stuck terjerlus ke dalam banjir pasir. Okay ni insiden kereta sangkut yang tak dapat dilupakan di mana aku berjuang menakan pedal minyak sampai habis sambil Auni dan Dijah tolak kereta dari belakang diperhatikan oleh seluruh rakyat jelata.

dah malu-malu sebenarnya. lalu datang lah dua orang hero menyelamatkan keadaan. hero siapa tah kami terpaksa pinjam untuk tolak kereta kehkehkeh



Masa nak balik tu nampak orang berhenti rama-ramai kat semak samun ni. Ingat buat apa. Rupanya tangkap gambar je pun hekelehh =,= kami pun tumpang sekaki even hanya lalang yang ada belakang rumah tu, cuma lalang kat sini membesar dengan sihat.


Selesai je menjadi kana-kanak riang, terus balik ke hotel. Kayhh nak buat apa ha. Hmm sangat tiba-tiba, mendecide kan diri naik menara taming sari. Punya la susah carik parking, last-last parking kat hotel, menapak je ke depan sikit. Sampai la. dekat sangat rupanya hahaha kalau tau takyah pusing 6 kali carik parking -,-

Dan dengan sekelip mata, tiba-tiba dah naik benda bulat pusing-pusing tu. Selama ni tengok je dari jauh. Tak rasa nak naik pun. kehkeh


dan hasilnyaaa. Tadaaa!! dapat la dua keping gambar. Sekeping dia jual RM 5. Overrr namapueh. Takpee takpeeee, bukan selalu dapat gambaq gini enn lews. 

Malam tu, masing-masing melahap dekat soul garden dekat mahkota parade. Apa yang mengejutkan, kalau nak minum air, charge dia lain. Ewah kauuuu, mestila orang datang nak minum air kan dah tu takkan nak biar mati tersedak??! 

Hotel je yang budget, makanan tak budget pun ngahaahaa

Plan nak pergi Jonker Walk tapi begitu menghampakan bila parking sangat penuh padat dan mampat even pusing 4 kali. So kami decide jalan-jalan kat depan hotel jewww ada pasar malam kat situ 

Dah nama pun bachelorette party, mesti la malam-malam kami dihiasi dengan gosip-gosip remaja kehkehkeh



Hari kedua pulak tak banyal benda nak buat melainkan jalan-jalan kat depan hotel. Hotel ni betul-betul strategik. Dekat sajoo nak kemana-mana even A-famosa.

Tapi sebelum tu pegi hidupkan lesen kat UTC Melaka. Hahhahaha motif sangat jauh bebeno hidupkan lesen hekelehhh UTC yang super selesa tauuu dan besar di tambah milo ais yang sedap



Orang kata aiskrim and abc dekat denga muzium samudera ni sedap. Jadi wajib la try.

Memang sedap tapi muak sebab banyak sangat!! mebi kena beli satu share 3 orang hauhuahuahuaa




Jadi, masing-masing pun dah kena balik awal pasal besoknya nak kerja. Ewahh kengkonon pekerja berwawasan. Cun jugakkan idea bachelorette party kat Melaka ni? :D

Even dua hari je, terasa dua tahun. hee. Melaka ni dekat jerk dengan KL so nak balik hari pun okay. demi mendatangkan kepuasa berganda, next time kita datang 5 hari pulakksss.