Monday, December 23, 2019

Beijing Winter 2019 | Mengejar Tembok Besar China di Mutianyu

Syukur, hari ni kami berjaya menawan Tembok Besar Cina. Iaitu salah satu keajaiban dunia. Untuk naik ke sini, ada banyak pilihan. Tapi yang paling terkenal ialah Badaling dan Mutianyu. Kami pilih untuk naik di Mutianyu, sebab orang kata kat Badaling terlalu sesak dengan pelancong. Nak lari dari crowd yang ramai, jadi kita naik kat sini je la. Mudah pun mudah.





Sebelum pergi tu, aku ada tengok-tengok jugak kalau ikut pakej berapa. Okay boleh tahan, mahal juga. Jadi kami decide pergi sendiri je. Murah dan tak sangka, memang mudah sangat. Korang pun patut cuba pergi sendiri. Yang penting tak terikat dengan masa. Suka hati korang la nak duduk berapa lama kat atas tu haha!😋

**********************************************

Cara ke Mutianyu Great Wall 

Mula-mula sekali, laluan ni korang kena pahat dalam otak.

Laluan Subway ➩ Dongsi - Dongzhimen - Huairou - Mutianyu Greal Wall

1. Dari Beijing City, pergi ke Dongzhimen station by Subway dan exit B (4¥).
2. Berjalan ke depan sedikit ikut jalan cari Dongzhimen Bus Transport Hall di sebelah kiri, keluar dari exit B tadi korang toleh je ke kiri. Macam ada laluan ke dalam, terus je.

Dari sini terus je

3. Untuk ke Mutianyu ada 2 options iaitu bas 867 akan direct ke Mutianyu di mana cost lebih kurang 16¥/RM10 dan perjalanan mengambil masa 2 jam 30 min. Bas 867 tu kena keluar kawasan bas tu. Maknanya keluar dari subway, terus ikut signboard tempat bas. Dia kawasan outdoor.

ATAU bas express 916(å¿«) yang mengambil masa 1 jam 30 min dan harga 12¥ tetapi bas 916(å¿«) ini akan berhenti di Huiarou Bei Dajie - Option ni aku guna, sebab masa winter takde bas 867 tu.

4. Diingatkan, jangan salah ambik bas sebab ada dua bas 916 dan bas 916(å¿«). Ambik bas 916(å¿«).

Ikut yang express

5. Setibanya di Huiarou Bei Dajie, ambil taxi atau minivan yang harga nya lebih kurang 20¥/RM12 per taxi dan perjalanan ke Mutianyu adalah lebih kurang 20 min - Kami dapat 50¥ satu van, share 4 orang. Aunty jual sayur tu taknak kurang langsung. Boleh juga naik bas H23/H24. Masa kami baru turun bas dari Beijing, ada uncle ni nak buat cubaan nak scam kami. Dia kata ada 2 bas je sehari. lepastu caj 20 Dollars untuk pergi Mutianyu. Stupid! 


Selfie sekeping dua dalam bas// Bas yang agak selesa. Boleh la buat tidur sejam


Jalan sekitar Huairou

Jalan sekitar Huairou

Kalau tak tau kat mana nak turun, pastikan korang turun depan bangunan ni. Maknanya sebelah sana la. Kat sini ada dua bus stop. Masa balik kami duduk dari arah gambar diambil.

6. Setibanya di pintu masuk Mutianyu beli tiket masuk 45¥/RM28 dan shuttle bas 15¥.
  • Anda diberi pilihan sama ada naik cable car atau boleh memanjat sampai ke atas
  • Bagi Cable car cost 100¥ untuk perjalanan pergi balik
  • Kami pilih naik chairlift dan turun guna toboggan - 120¥
  • Shuttle bus ke cable car/ chairlift adalah 15¥
Total semua termasuk entrance fee 180¥.


Pintu masuk Mutianyu// Tiket Masuk. Pastikan 3 keping!

7. Cable car terakhir adalah pada pukul 5.00 pm. Jadi kepada yang ambil cable car tu kena turun sebelum pukul 5.00 pm melainkan korang nak bazir duit dan jalan kaki hehe.

8. Setibanya di bawah, anda akan di sapa oleh ramai gila yang menawarkan minivan/taxi. Harga selalunya 60¥ tapi bargain la gaduh sikit mintak 20¥-30¥ per car untuk ke Huiarou Bei Dajie. Tapi kami naik bas H23 ke Huiarou Bei Dajie. Saje nak try hehehe (4¥).

9. Dari Huiarou Bei Dajie ambil bus 916(å¿«) untuk pulang ke Dongzhimen Bus Transport Hall cost 12¥.

10. Bas terakhir dari Mutianyu pukul 6.30 pm

Opening Hours:
Site: 07:30-17:00
Caber Car: 08:00-17:00 (Mar 16 to Nov 15); 08:30-16:30 (Nov 16 to Mar 15)
Pulley and Slideway: 08:00-16:00

**********************************************

Overall Cost to Mutianyu Great Wall

  • Bas 916(å¿«) pergi – 12¥
  • Taxi pergi – 12.5¥
  • Ticket masuk – 45¥
  • Shuttle bus ke pintu masuk – 15¥
  • Lift and Toboggan return – 120¥
  • Bas balik – 4¥
  • Bas 916(å¿«) balik – 12¥

TOTAL COST: 220.5¥/ RM132.30


**********************************************

Akhir sekali, marilah menikmati keindahan Great Wall bersama kami!


Sebelum tu, memetik kenyataan laman wikipedia:

Tembok Besar China merupakan satu kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM. Semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.

Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km daripada Shanhguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang china yang cantik berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 mi).

Seronok nampak dia

Jalan masuk menuju ke shuttle bus

Kedai-kedai tepi jalan sepanjang ke shuttle bus

Okay sampai. Sebelah tu ada toilet, boleh la membuang apa-apa yang patut sebelum siri penjelajahan diteruskan.

Tunggu bas penuh baru gerak

Hmmm cepat la gais. Tak sabar ni 

Bas tu akan berhenti kat sini nanti

Jualan. Tapi tak tau la harga, tak tanya.

Mari berjalan menuju ke chairlift

Selamat datang youuu

Peta kawasan

Tadaaa! Ni dia tempat nak naik. Kalau naik cable car kena ke depan lagi. Naik bukit.

Excited yaww

Heheheheheh

Yeay dah naik!

Husband cakap "awak jangan nervous tau". Kahkah padahal dia yang takut

We were here 

 Dah sampai!!

Subhanallah. magnificent view!

Kami sampai ni dalam pukul 11-12 tengahari macam tu. Alhamdulillah cuaca baik sangat. Walaupun suhu -2, tapi kat atas ni tak rasa menggelupur sejuk sangat. Maybe sebab penat mendaki 

Let's enjoy our moment!

Wah gaya cekta di siturrrrr


Kat sini ada banyak sangat tower. Kami larat jalan 3 biji tower je. Tu pun cukup jauh dah rasanya. Hahha

Matahari pagi

Macam dalam lukisan pulak kamera i ni

Langit pun biru

Menghirup udara segar ke ni

Hikhik

Jauh jugak kitorang berjalan, sampai hujung sana 

Korang mesti nampak lengang je great wall ni kan? Haaaaa. Memang kami sampai tu macam terkejut gak, sebab orang cakap memang selalu crowded even di Mutianyu. Mungkin sebab cuaca sejuk, orang pun tak ingin nak pergi sini. Haha. Pelancong ada je, tapi korang still boleh bergambar dengan gembira masa ni. Yehuuuu

Ada la sorang dua kannn

Salji pun bersepah kat sini. Takyah cari tempat main salji.

Posing tengok jam ï¤”

Kenapa i nampak seolah-olah mengandungi sesuatu???? Mungkin sebab selalu menganjing perut suami. lol

View from other tower

Bantuan monopod dan ada mat salleh offer ambil kan gambar. Kita mesti la on je kann hehehhe

Thank you yanggg setting monopod. I tak larat sebab tangan sejuk kahkah

Last selfie from us




Okay dah boleh balik

Jalan menuju ke toboggan


Tunggu la nanti bila-bila sis upload video larangan naik toboggan. Ye sebenarnya tak boleh ambil video. Tapi handphone i gantung kat leher, ter"on" pula kamera. Tunggang terbalik visual 

Let's go home!!


Tempat tunggu bas. Depan Mutianyu. Kena jalan dalam 200-300 meter je.

Dalam bas, bersama orang tempatan. Semua macam kenal, sembang macam orang kampung. Musykil la. hahahahha

Suhu hari ini

Ikut pemerhatian aku, korang boleh spend 2-3 jam kat sini. Kalau nak jalan sepanjang tower, mungkin lebih lama la.

Kami naik bas pukul 10 dari Bejing dan sampai Beijing petang tu pukul 4.30 petang macam tu. Jadi pandai-pandai la korang anggarkan masa ye.

Oh ye, sebelum tu.. lupa pula nak cerita tragedi kami scam diri sendiri. Hahhahaha!! Kami beli benda alah ni satu 30¥. Jadi, sebab taknak ketinggalan ada gambar yang menarik.. dan  sebagai kenang-kenangan katanya youuuu.




Sebab rasa muka cute, maka yakin je borong semua gambar ni


Semua berjumlah 90¥! Bersamaan dengan RM 53. Kalau kat Malaysia, harga ni dapat sekeping je hakhak. Alhamdulillah scam diri sendiri lol.

Thank you!


No comments:

Post a Comment