Saturday, January 05, 2019

Review: Hotel Walan Syariah, Surabaya | December 2017

Hey, Ola! Segmen kali ini aku kongsikan hotel yang kitorang duduk kat sana. Mungkin juga boleh bagi idea untuk sesiapa rancang nak pergi tu. Disebabkan trip kami ni perlu bergerak banyak tempat, jadi hotel pun berpindah randah 

Pagi!






Kami naik flight petang. Perjalanan dari KLIA ke Juanda International Airport, Surabaya sekitar 2 jam. Eh, aku terkejut sebab aku ingat dalam sejam. Hahah! kenapa ni tak sampai-sampai gaiz....

Surabaya | Hotel Walan Syariah

Kami pilih hotel ni disebabkan lokasinya yang agak berdekatan dengan airport. Mengambil kira masa juga sebab sampai petang tu pun waktu maghrib.

Hari pertama ni takde aktiviti, re-charge untuk besok je.

Gambar malam masa sampai. so kepam!

WiFi disediakan. Tapi seingat aku, taklah kuat sangat coverage dia. Ikut bilik juga kat area mana

 Ready nak tidur!

 Kami pilih bilik yang satu rumah ada 2 bilik. Luas. Tapi personally, perabot dia agak lama. Sesuai dengan harga.

Kelengkapan semua pun cukup je. Okay la kalau korang jenis budget traveller

 Kitchenette. Tapi takde la nak masak apa pun. Esok paginya nak keluar dah hahah

Tandas pun bersih je

 Okay la kan? sesuai dan muat untuk berdua

Wardrobe

Bilik kami dah sekali dengan sarapan. Boleh tahan, sedap juga. Pagi kami dimulai dengan menu dari Indonesia. Set ayam penyet dan mee goreng. Oh ye, boleh pilih nak menu apa masa check in semalam tu. Korang jangan expect breakfast buffet pulak.

 Breakfast

 Tok Abah dan cucunda hihi

 #TeamMM

 #TeamII

Rate masa ni, sebuah bilik boleh dapat RM 64. Maknanya kalau satu rumah tu RM 128 la. Gila tak murah, bukan nak buat apa. Untuk tidur je. Jadi sangat la berbaloi. Yang penting staff okay dan proses check in & out mudah. Breakfast pun okay. Recommended! 😘


I dengan kakak pagi-pagi keluar cari kedai runcit 



Lepas check out, kami terus ke wilayah Bromo untuk menyaksikan matahari pagi lah! Seronoknyaaaaa. Nak taip pun excited even 2 tahun dah berlalu ðŸ˜Œ

Disclaimer: Gambar ada yang diambil dari blog abang i sebab i tak sempat ambil hihi


No comments:

Post a Comment