Monday, December 12, 2016

Krabi Dec 2016, Day 2 -- Jungle Trekking Tour

Well well well, hari ni kitorang akan menjalani satu aktiviti. Menjalani la sangat puih puihhhh puihhh. Actually, kalau korang rajin korang boleh free and easy which is sewa je kereta/moto lepastu pegi kat semua spot yang korang nak.

Tapi disebabkan tempoh beli tiket flight dengan actual date ni dekat sangat jadiknya kita tak sempat nak study lebih lebih. Lebih afdholl kiranya kita, pakai package je!!!


kitorang pilih pakej one day full jungle trekking tour. korg akan pergi tempat ni;

1. Hot Spring
2. Emerald Pool
3. Elephant Trekking 
4. Tiger Cave Temple

Dengan bayaran 750 thb sahaja. I don't think the price is really affordable. Tapi takpelah, sape suruh kau malas study. Kakakakaka. Jangan lupa ye, kalau nak nego dengan agent, nego sampai dia benci tengok muka kau.

Trip ni kami bercampur dengan orang lain jugekk. Mostly dari China, pastu tak habis nak memekak dalam van ;')

Dalam Van. Cantik ye van kat sini

1. Hot Spring



Sangat la tak best sebab hari hujan. Nasib baik kita ni pintar sikit, bawak selipar spare. Takleh kena korbankan sport shoe. Hihihihi


tengok belakang tu dah macam pingu warna pink main air






Personally, aku tak rasa best pun air panas kat sini. Sebab dia just air panas, dalam swimming pool. Pekebendee, baik aku mandi dalam bath tub. Emm

2. Emerald Pool

gigih cina ni pakai kasut tinggi, dengan skirt dia nak masuk hutan

Nak sampai ke Emerald Pool ni, kena jalan kaki jauh gilaaaa. Tak pasti berapa km, tapi sempat basah la ketiak. Not recommended kalau kau kena dokong baby.



masa jalan kaki tu, still hujan. Sampai je kat pool. Hujan pun stop. Seolah memberi ruang kat diri sendiri untuk mandi. Hahaha tapiii tak mandi pun! Sebab apa?! Sebab pakai agent. Aduh stress dan fed up gila nak cerita pasal agent ni.

Asek suruh jalan cepat je. Tak kuasa aku.




kalau pergi sendiri, nescaya kau boleh berendam lama-lama kat siniiii


mampu buat Yoga je hekhek


tatkala orang tak pro ambek gambo, jari pun kacau ermmm






dekat sini ada banyak pool kau boleh pegi. Blue pool ni yang paling cantik orang cakap. Tapi sebab aku pegi dgn agen ni ha (sakit hati lagi), memang tak dapat nak pegi mana-mana! Tak make sense langsung, ingat kita bodoh ke. You have 5 minutes only, it's okay if you wanna go Blue Pool. Pak hang!







berlecak-lecak jalan lepas hujan


oh ye sebelum terlupa. Pakej ni sediakan lunch sekali, lepas dah penat-penat berendam kat pool. Di jamahkan nasi goreng. hmm okay la not bad. bila campur dengan sos, baru la sedap :')

3. Elephant Trekking

Before fly, aku ada baca jugak ada golongan yang taknak naik gajah ni. Sebab kesian dengan gajah bawak kita ni.

Yelah nengok muka gajah ni sedih je. Tapi sebab teringin bebenooo, dan mengenangkan badan iolls ni ringan je. Harap gajah tak sakit la. Sooo kita pun naik dengan penuh bergaya!




cantikkan hutan ni?! macam kawasan kebun getah


acah acah hutan pinus



konon nak ambek gambar gajah tiga sekawan. Tapi gajah yang aku naik ni macam tak dibedung, kerja nak makan je 😀


Okay secara jujurnya, bila tunggang gajah sendiri ni extra mega takut dan scary! 
dengan selipar nak tercabut banyak kali, dengan kulit gajah yang tajam terukk menyakitkan bontot -,-

4. Tiger Cave Temple

the last destination, actually kita boleh tengok sunset kat atas tuuu. Ada pemandangan cantik. Macam biasa, agent ni kasi iolls setengah jam je untuk mendaki beribu anak tangga tu. Seriousshit. Apa dia ingat sempat?!! dengan nak pause, nak pancit, minum air. Mau sejam. Kang tak pasal ada yang kena tinggal, balik jalan kaki.

Jadi aku decide untuk jalan-jalan kat sekitar temple je. Kat bawah tu. Anjing banyak!

Yelah nama pun temple. Kalau masjid anjing banyak haruslah aku pelik ye dokk.



tangga untuk naik puncak


tempat cik nyet bermaharaja lela.
FYI, dalam bahasa thai; Monyet = Ling

Terus aku teringat rancangan semanis kurma, sebab dia panggil seben dia Ling. Gahahahhaha. k babai


tempat diorang semayang nihh. Time aku masuk, ramai jugak ye jemaah sedang semayang. Sebenarnya, teringin ye nak sentuh pantung tu. Daripada emas ke?

Tapi kang tertelek-telek, terusha-usha macam jakun terukkk



okay this is the last day lah. Around 6 petang centu, dah gerak balik hotel. Capek amettt. malam tu keluar lagi untuk makan. Oh yek, untuk malam ke dua dan ke tiga, kitorg dah tukar hotel; Aonang Smile. Terletak betul-betul kang Aonang Street. Dekat gila nak akses semua tempat. Recommended!



Gajah tunggu kat bilik

Pergi dinner kat satu kedai ni, dekat je dengan hotel. Yang bestnya, ada wifi!
Dan yang paling sedap, Nasi Goreng Seafood! Wuhuuu



Busy pilih makanan 


carik pancake lagi! tapi yang ni kat Aonang Street je. Bukan yaminlah. Tapi rasa dia not bad, okay je aaah hewhew



lepastu try Aiskrim Kelapa! Sumpahhh sedap gila...
Kalau kau datang Krabi, pelis la try Aiskrim ni. Halusss banget texture dia

lepastu dengan harga 200 thb kita massage sikit-sikit


pilih the very basic package! fuh, dia muathai nye kita macam nak terlipat tulang belulang -,,-



kendian dapat air!

End of day 2 activities! dah penat gila satu hari, emangnya pas banget pergi massage. 
Lepastu balik bilik, tidur!

No comments:

Post a Comment