Thursday, December 17, 2015

Nak Pakai Braces. Apa yang kena tau? (Part 1)

Before uolls nak pasang pagar pada gigi yakni braces yang indah lagi menawan, engkorang mestilah mempreparekan diri dengan beberapa perkara bagi memastikan perjalanan pagar korang berjalan dengan lancar. Oleh ituuu, di sini aku akan share beberapa tips berguna untuk bakal pemakai pagar.

1. Buat Research

Sebelum pagar besi ni tersemat pada gigi, actually aku dah buat research almost 2 years. bapak lama gila okay tapi aku tak pakai pun sebab ada cakap hukum dia haram kalau nak cantik apa semua. So di tangguhkan saja sampai ketika bila check kat doktor, dia cakap ada gigi susu. kakakaka nak tak nak kena berpagar akhirnya. Based on research korang ni la korang akan dapat tau information jenis-2 braces,  harga, step, pantang larang dan sebagainya. Moral dia, kena rajin membaca dan menggugel.

2. Persediaan Duit

Kalau rasa keberadaan wang tak begitu mencukupi untuk ke swasta, pegi la kerajaan. Tapi kerajaan terima pesakit bawah 18 tahun sajaaa. kalau tak silap. kalau rasa diri tu dah tua macam I, uolls kena buat kat swasta. Cost dia ikut kawasan. Sekitar lembah klang masih RM4000- RM6000 kalau tak silap. KL RM 10,000 kot kakakakaka. Ikut klinik, mana korang boleh kenyit mata dengan doktor, kot dapat free of charge walawehhh. Jangan risau, boleh bayar ansuran. 

3. Persediaan Perut

Kenapa dengan persediaan perut? Yelah kang dah pakai pagar takleh makan sedap-2. PLEASE JANGAN PERCAYA. kau akan melantak dengan sangat dasyat tanpa rasa bersalah terhadap gigi dan perut. Cuma sekejap je la tak boleh makan sedap-2 tu. Taklah seneraka yang kau bayangkan.

4. Persediaan Mental

Jangan ikut sangat emosi tu. Sakit-2 tu kejap, nak cantik selamanya. Ewahhh kau cakap taknak kalah. Yang penting kena sentiasa positif. Abaikan kata-kata orang yang tak membantu tu. Kalau dah nekad nak pasang, ha pergi ambek phone buat appointment. Takyah fikir panjang, takyah fikir banyak.

5. Step yang korang kena tau

First, mestilah consultation dengan doktor. Berapa gigi nak cabut, teruk ke masalah, separator perlu ke, metal band kena pasang tak, berapa lama ambek masa, bila nak pakai, bayaran macam mana. X-ray dan sebagainya.  pastu buat mold.

Tahap kesakitan: Tak sakit langsung cuma rasa gigi nak gugur semuanya bila dia keluarkan mold. tasabaq nak tengok hasil mold nanti. wehheheheeheee

Second, kalau ada ada gigi kena cabut. korang akan rongak dalam masa beberapa minggu. Paling banyak doktor boleh cabut, 2 pasang dalam satu masa. Take a week, cabut lagi. kalau 10 batang kena cabut, tunggu la 5 minggu. Melampau lak kakakkaaaka

Tahap kesakitan: Masa cucuk jarum kasi kebas je macam acah-acah kena gigit semut. Tapi doktor cakap, gigi atas cabut ke inject ke memang sakit sikit berbanding bawah. Orang cakpa the most painful pakai braces ni masa pasang separator. Thank god i tak kena huahuahua.

Jijik ke tidak? bukan gambar I kayhh


Third, bermula la sesi pasang pagar. Almost 2 hours jugak kau kena nganga tadah mulut kat doktor.

Tahap Kesakitan: Dah lupa la rasa dia, yang penting taklah sakit gila macam nak lempang orang. hmm tak sakit sebenarnya.

And then korang akan check up la tiap-tiap bulan untuk check pergerakan gigi. Yang paling best adalah.... boleh tukar warna getah tiap bulan yohooooo!


Sumber: ihsan ustaz google

Rasanya setakat ni saja ye info braces part 1 kita. Nanti ada masa dan idea kita sambung lagik hakhakhak.

No comments:

Post a Comment