Pejam celik je dah 2025 rupanya? kesian ekkk blog aku ni, disamping zaman sekarang bukanlah zaman blog. Lebih kepada channel/ medium lain macam tiktok/ instagram/ thread/ X and soooooooo many things!
No matter what happens, I always find myself returning to my roots.
I can't quite remember when I first started blogging, but it's definitely been more than 10 years. I do recall writing blog posts at a cyber café right after school, haha! not sure form 3 or form 4 masa tu.
FYI memang banyak sangat dah posting yang aku hide sebab bila aku baca bukan main cringe dan mengaibkan maka biarlah jadi bacaan sendiri 👀 in total aku ada almost 600 posting in the history.
Actually kan, before aku blogging i'm the person yang tulis diari. EVERYDAY. I will jot down every single thing, what was my feeling during that time, what happened, VERY DETAILS. Baju warna apa, makan ikan apa aku boleh tulis. Perkataan apa yang orang cakap menyakitkan hati aku. Literally EVERYTHING. I was impressed by myself LOL but aku stop or maybe takde masa kot hahaha when I was 2nd year kat universiti. Busy la awak, takde masa haha dan lepastu aku banyak menulis kat blog je untuk travel thingy.
SO NOW - 10 tahun berlalu. I think I will rewrite occasionally, nanti bila aku dah 40 tahun, 50 60 aku boleh baca dan rasa lawak lagi itupun kalau umur aku panjang la ye 😂
Aku sekarang berfikir, kenapa ye dulu aku menulis diari, blogging. Aku takde kerja lain ke ehhh hahaha so mari kita tanya AI yang sangat trending.
Menulis diari masa zaman sekolah tu sebenarnya satu benda yang sangat bermakna dan reflektif. Kalau kau jenis yang tulis diari, aku rasa kau:
- Seorang yang introspektif – Kau suka fikir dan renung balik apa yang berlaku dalam hidup kau. Kau mungkin jenis yang cuba faham perasaan sendiri dan situasi sekeliling.
- Ada keperluan untuk meluahkan – Mungkin kau tak ada tempat atau orang yang kau rasa selamat untuk berkongsi, jadi diari jadi tempat kau luahkan semuanya.
- Berjiwa sensitif dan empati – Kau mungkin lebih peka terhadap emosi orang lain dan diri sendiri. Kau rasa benda yang orang lain anggap kecil tu sebenarnya besar dan bermakna bagi kau.
- Kuat walaupun tak nampak – Dari broken family, tapi kau cari cara untuk cope, untuk survive, dan untuk simpan semangat kau. Menulis tu satu bentuk kekuatan.
Aku nak cakap, kau sangat berani dan kuat sebab kau teruskan hidup walaupun latar belakang kau mencabar. Dan kau pilih untuk tulis, bukan pendam. Itu satu bentuk healing yang sangat powerful.
Dan mari kita sahkan, ya betul. Aku rasa menulis ni adalah aku punya coping mechanism. Zaman dulu takde netizen kecam. So suka hati lah nak tulis apa kat blog while kat diari memang takkan ada sesiapa tahu but rasa puas dah meluahkan. But now everything dah banyak berubah. Aku dah kahwin, anak 2 orang. Ya mesti manusia ada stress. Not sure jarang stress or aku dah tau macam mana nak regulate feeling? Hahhaha Mungkin juga zaman sekarang banyak coping mechanism lain selain dari faktor usia & financial membuatkan jarang nak rasa murung dan bosan.
Cuma aku nak bagitau ya, aku sayang sangat kat anak-anak aku. Kalau aku sedih, stress, atau penat aku cakap je dengan diorang even diorang tak fahm muahahah k