Wednesday, March 21, 2018

Melbourne Winter Tour: Victoria Market dan Lunch @ Block M

Aktiviti harini agak pack dan memenatkan sebab harini adalah hari untuk menerjah Kota Melbourne. Bermula dengan menghabiskan duit di Victoria Market atau nama manjanya VicMark. Kami naik tram betul-betul depan hotel. Jalan dalam dua minit je terus sampai kat tempat tunggu tram.

By the way, myki kami dapat sebab dah masuk siap siap dalam City Tour Package yang di booking dengan Rantau Melbourne.


Soooo best sebab aku tak payah susah-susah fikir. Kakakkaa. Hulur je duit, diorang settle kan. Cumanya, kita kena ikut lah diorang nak bawak pegi mana. Mungkin kalau korang ada destinasi pilihan, boleh bagitau dorang siap-siap kot, Sis pun kurang pasti berapa kredit dalam kad ni, sebab pakai touch sesuka hati aje 


Myki!


While waiting for the tram


Okay tram dah sampai wahahhahaa. Aku begitu teruja naik tram ni sebenarnya. Sebab yang pertama, that is the first time. Second, merasa naik keretapi atas jalan raya. Hakhak.


Excited teruks. Jadi, macam ni la seat dalam tram. Lebih kurang macam bas je. Tapi sejuk (memang la dah la musim sejuk) dan laju. Takde masalah trafik oke.


Okay sikit lagi nak sampai


Well, ni la VicMark kalau dari luar. Pasar biasa je.

Tapi cukup famous dengan pelancong dari merata tempat. Dia ada beberapa block, jadi kau jangan sesat ye. Takpayah susah-susah datang hari Isnin dan Rabu, sebab dia tutup untuk sesi pembersihan.

 
Dari makanan kering ke makanan basah semuanya ada


Jual sayur dan buah buahan yang segar dan manis!


Pilih dan terus makan 




Boleh la pilih mana-mana untuk dihadikan pada peminat-peminat di Malaysia. Aicewah! 


Kat sini kita share kan antara momen momen yang sempat kita rakamkan ye

 





Pening nak pilih sebab cikgu sekolah kan, nak kena fikir berapa banyak nak beli untuk cikgu cikgi kat sekolah tu ha hehe




Done. Selamat membeli belah dan melaburkan duit di bumi bertuah Australia 

Masa untuk membeli belah je dah ambil 3-4 jam. Eh kalau tak ikut tour ni, mau duduk sampai malam kat situ. Ada hikmah juga la ikut tour ni sebelum dengan lebih banyak duit yang terkorban  *sis insaf*


Saya selaku bibik membawa barang-barang majikah di sana ye 

Time for lunch!!!

Yesss, tiba la masa yang dinanti-nantikan! Perut pun dah tak tentu hala macam nak mengamuk. Maki kita diamkan dia dengan isi sedikit alas perut (tak berapa nak alas sebab melantak boleh tahan). Sooo, here we go!

Blok M, restoran yang menyajikan makanan dari negara seberang. Indonesia 

 
Sempat lagi  ----- Izzat, nape tu ? hihi


Ni menu yang boleh korang pilih. To be honest, seperti mana yang sis dah cerita kat entry lepas... portion dia banyak hokeh. Tapi kali ni, rasa tak cukup lak. Alas perut lah sangat


Untuk order, dia macam Salam Noodle. Kau kena bayar dulu kat cashier. Nanti dia hantar la.



  
Lama jugak la memilih. Memilih mana yang cukup dengan bajet. Maklum la kan, dah menggila macam lupa mata wang dorg tu AUD, bukan RM.


Okay dah dapat!

Let's check it out.

 
Nampak hodoh kan? Tapi sebenarnya sedap!! Ni adalah nasi goreng dan mee goreng.

 
Dua ni pun sedap! Iga bakar dan ayam balado kalau tak silap sis


Jadi, ni la hasil lesap untuk Blok M. Tapi memang sedappppp. Yummys.

\
Family Portrait!

Dah. selesai tunaikan tanggungjawab pada perut, boleh la kita teruskan perjalanan. Jadi, berikutnya kami pergi berjalan-jalan disekita Kota Melbourne ni, contohnya macam Flinders Street Station, Hosier Lane, The Shrine of Remembrance dan banyak lagi sebenarnya..... tunggu entry akan datang!

Sekitar Kota Melbourne 


Langit yang cantik


One with sistarrr 

 

Tapi sebelum tu, sis kongsikan dulu video penuh untuk City Tour ni! hihi



No comments:

Post a Comment