Tuesday, August 01, 2017

Korea Selatan (Day 2) - Myeong-Dong Night Market

Entri yang satu ni khas untuk Myeong-Dong night market je. Boleh pula tercicir cerita dia. Hekhek

Cedapp. Sumpah.

Okay kakak pun tak berniat nak membebel panjang, kita straight to the point jek.


Myeong-Dong Night Market

Disebabkan kitorang tadi ni dari Nami Island. So, enkorang boleh refer entry sebelum ni eh dekat perenggan bawah sekali.  Yang penting turun dekat station Myeong-Dong.

Keluar daripada exit 6 tu. Takyah lintas, straight je. Sampai satu lorong ni. Kau kena belok kiri. Aku tak berapa tau macam mana describe, kena jalan around 300 meter macam tu la. Lorong dia macam tak sibuk sangat. Susah sangat, tanya je orang kat situ. Dorang mesti tolong.

Apa yang menarik kat sini, banyak gila kedai kosmetik! Tak lupa jugak pelbagai makanan, baju, kasut. Heheh masa ni nafsu shopping aku belum keluar lagi, saka masih duduk baik-baik. Jadi takde la nak beli sangat. Setakat tengok tengok. Beli makanan sikit. Haha

Nah nengok la gambo.

   
  
Uncle yang buat pertunjukan buat kuih sarang apetah eh. Hahaha lupa lah!
Ada jugak nutella pancake. Ingat kat krabi je! whehe

  
Bebarang kosmetik

Tak kurang juga penjual aiskrim yang begitu try hard sibuk nak pusing2 aiskrim. Dia cakap, kalau kitorang dapat tangkap eskrem. Dapat free. Kalau tak pat, kena beli. Dua. Hahhaha dua??! terus batalkan hajat disebabkan perangai kedekut haji bakhil masih membelenggu diri.

 
Haritu Taiyaki tak dapat kat Jepun. So beli kat Korea. Hahah mahal ya ampun.

 
Kena paksa pakai benda natang hitam teww. Apa mata kitorang nampak cam panda sangat ke??!

 
Bebarang kosmetik lagi

 
Macam flea market pun ada jugak. Topeng mulut ni banyak kali jumpa! heh

 
Casing yang cecantik dalam kedai line awww 

 

Market ni sepanjang jalan tu tau. So untuk carik subway, korang boleh pergi je dekat area tepi jalan utama. Kat situ boleh cari subway. So easy!

Cara Balik dari Myeong-dong ke Itaewom
  • Line 4  -Train Myeong-dong Station (to Oido)
  • Transit Samgakji
  • Carik line 6 (to Bonghwasan)
  • Turun Itaewon Station 
Hasil tangkapan harini takde lah banyak sangat. Tak puas sebenarnya jalan lagi, tapi dah penggerai dah mula tarik kain tutup jualan diorang 

Ini view dari tepi jalan berdekatan Myeong Dong market. Boleh nampak Namsan Seoul Tower! hehe

So malam tu, disudahi dengan rasa penat yang memang penat. Hahaha. esoknya nak pegi Everland. Jadi haruslah para jemaah bersiap sedia mental dan fizikal! (Padahal tiap malam balik lambat). Mmmmkaylah!

2 comments:

  1. Tak kan sampai Day 2 jer... Mane yg lain? Bukan ke pergi lama sampai 4 Hari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heh. ni entry tercicir lah!. dah siap pun sampai last day eeehehhe

      Delete