Thursday, July 20, 2017

Korea Selatan (Day 5) - Itaewon Central Mosque & K-pop Site Visit

Salam hari ke lima

Hari ke 5 kitorang banyak ke kompeni kompeni artis K-pop. Hehe ni semua demi memenuhi kemahuan dan keiinginan para jemaah yang gila k-pop.


Hari ke 5 juga, hari yang santai ngat dan tenang terlebih. Kitorang keluar pukul 12 camtu. Bertenang bukan? Huhu. Kalau dah itinerary pack cam jadual tentera haruslah para jemaah pancit. Makanya hari ke-5 nie semua tido mati tak nak bangun pagi. Capek banget.

Sebab dah kul 12, perut pun cam kena rasuk minta makanan jadinya weolls cari kedai makan sebelum start jenjalan. Itaewon banyak kedai makanan halal jadi tak susah pasal makan ni. Kalau sedap ke tak sedap, bergantung la pada tekak dan selera enko tu ha. Kedai makan yang bertuah menerima the divas yang cantik-cantik adalah *drum roll* kedai ‘Muree Muslim Food’. Huhu

Cara nak ke Muree Muslim Food dari Itaewon Inn

· Dari Itaewon Inn lintas ke seberang jalan
· Then jalan terus sampai jumpa lorong ke kanan
· Masuk lorong tu then jalan terus lagi – jalan dia mendaki sikit
· OTW akan jumpa bnyak kedai2 (Btw focus kedai belah bahu kanan ye sebab kedai Muree belah bahu kanan)
· Dalam 5-10 minit jalan nnti jumpalah Muree Muslim Food 


Menu

 
Makanan yang sempat hambek gambar. Yelah perut dah kena rasuk. Gelojoh sikit makan. hewhew

Seolah kedai sendiri kahkah. by the time kitorang sampai tu, takdelah ramai. Ingatkan kedai scam! Kahkah Tak lama pastu ramai pulaaaa

Muree Muslim Food kedai yang jual makanan Korea yang halal dan sedap. Sistur rate kan kedai nie 8/10. Kurang 2 mata sebab mahal sikit tapi sebenarnya still affordable, hmm boleh la.. Yang bestnya kedai nie sebab ada variety of foods dalam menu dia. 

Kenyang makan dekat muree, sistur2 sekalian ke Seoul Central Mosque untuk solat pulak. Masjid ni tak jauh pun dari kedai Muree. Kena jalan dalam 5-10 minit je. Cumanya perjalanan dia mendaki juga.

Cara nak ke Seoul Central Mosque dari Muree Muslim Food

· Dari Muree Muslim Food jalan terus ke depan (Pastikan Muree Muslim Food di bahu kanan)
· Jalan dalam 200 meter pastu belok kiri (Jalan tu memang bentuk dia akan menghala ke kiri)
· Jalan lagi dalam 100-200 meter then dah nampak Seoul Central Mosque

Dekat Seoul Central Mosque sistur2 solat and amik-amik gambar sikit. Meh sistur lanjew sikit gambar dekat masjid.


Dekat sini bukan takat ada orang islam je untuk datang solat or lawat masjid, orang Korea yang non-muslim pun ada. Masa aku pergi ni ada budak-budak tadika korea buat lawatan sambil belajar kat masjid ni. 

View depan masjid

Lepas solat the divas menyinggah pula ke mart yang jual makanan-makanan halal. Kebanyakkan makanan yang dijual jajan2 la. Tak kenyang tapi lepas la tuk kunyah2 buat taik gigi. Kedai ni dekat je dengan masjid. 

Sis tak mampu nak explain macam mana nak gi kedai ni, sebab dah lupa tapi yang pentingnya dekat2 area masjid. Dekat kedai ni jangan risau kalau nak beli jajan2, kudap2 DIULANG sebab semuanya HALAL. Harga pun murah meriah, hehe.

Meh tengok ciked apa dalam kedai






 
Yummy yummyy

Dah cam kanak2 riang dapat beli air and makan ice cream barulah syiok nak sambung jenjalan kannn. Sambil pekena eskem kitorang berjalan ke Itaewon Station untuk ke JYP. Untuk ke JYP kena turun dekat Apgujeongrodeo Station pastu kena berjalan lagi sikit

Map jikalau anda mahu pusing Itaewon

Untuk ke Apgujeongrodeo Area

Ada banyak cara sebenarya nak sampai JYP ni. Kitorang pilih cara yang agak susah and mengelirukan jadi rasanya tak perlulah cerita sebab nanti korang muntah pulak nak hadam. Jadi cut story short kitorang pun sampai lah area2 bangunan ni by bus. Hahah balik Malaysia, terus nyanyuk tak ingat lah cmne weolls boleh sampai sana!

Naik bas puaka. Pakcik driver sana boleh tahan eh skill pemanduan mereka. mengerikan!

Okay dah sampai. By the way, plastik hitam tu, sis isikan dengan segala bentuk map, biskut dan air mineral. Jua ipad. Hahahah! Hmmm  mesti orang tak sangka dalam plastik buruk tu ada ipad kehkeh

Heading to Cafe Bene!

Hotel Prima

Bus tu berhenti dekat dengan Hotel Prima. Turun je dari bus kitorang nampak Caffe Bene at seberang jalan. Eeh tetiba rasa lapar balik. Huhuhu… padahal baru je melantakss. Caffe Bene nie sejenis kedai yang jual shaved ice. Orang korea panggil Bingsu kalau at Malaysia senang cite ABC la ye. 

Kat kedai ni, kitorang order dua jenis bingsu. Bingsu yang menjadi mangsa lahap kitorang adalah Bingsu Mangga dengan Bingsu Original. Asalnya nak Bingsu Green Tea tapi sold out pulak jadinya kitorang amik Bingsu Original. Tak sia-sia amik Bingsu Original ni sebabnya rasa dia dap ngat ngat. Sumpah dap. Recommended.

Original. I thought it was cooconut at first hahahahahahahaha

Mangga

keindahan duniawi!!!

Bingsu Mangga plak tak tau la mangga negara mana dorang pakai. Masam gila!!! Macam dah kena tabor cuka je mangga tu. Kalau nak try gak boleh, tapi mangga tak yah makan. Makan shaved ice dia je, hehe. 

Kenyang sekali lagi, sistur semakin semangat nak wat lawatan ke kompeni artis2 k-pop. So first sekali kitorang plan nak gi banggunan JYP dulu. Tapi before sampai JYP ni kitorang cam biasa, sempat menyinggah dulu at tempat lain. 

Time jalan nak ke JYP terjumpa plak K-Star Road untuk group 2PM. Dia cam kedai tapi kat luar ada letak handprint member2 2PM. Sistur sekalian ofkoses la gi amik gambar dengan handprint Oppa2 kacak. Nak pegang tangan ori haram plak kan, jadi dapat pegang handprint pun kira okay dah. Hehe



 


Cara nak ke JYP dari Caffe Bene

· Pastikan Caffe Bene belah bahu kanan
· Jalan sampai jumpa kedai K-Star Road 2PM (kalau nak amik gmbr dengan handprint Oppa leh la singgah, hehe)
· Then jalan je terus lagi sampai jumpa Baskin Robin 
· Sampai kedai Baskin Robin masuk lorong kecik sebelah kanan tepi BR tu 
· Pastu terus lagi sampai nampak kedai Dunkin Donut sebelah kiri
· JYP betul2 depan kedai Dunkin Donut

Dekat sini tetiba ada turun satu Oppa nie dari van besar yang selalu retis-retis Korea pakai tu. Tak tau la Oppa ke, abang cleaner ke, adik Farah main snap je gambar. Say hi to Oppa!

   
berlatar belakang JYP lah konon


Guwe yang lagi setiaaaaa banget nungguin temen2 selpi-oppa's bangunan kakakaka

Hmmm, bangunan JYP nie, macam yang boleh ditengok dalam gambar, tak lawa mana pun jadi tak yah lelama at sini. Pas dah amik-amik gambar tanda kitorang penah jejak kaki at sini, kitorang ke FNC Entertainment pulak.

Cara ke FNC Entertainment dari JYP

· Pastikan JYP sebelah bahu kanan
· Jalan terus nanti akan lalu kedai Lee Sang
· Terus lagi sampai jumpa bangunan yg ada kedai Chicken Doo(1st floor) and CU Mart (Ground Floor) kendian belok kanan
· Pastu jalan je terus dalam 200 meter nanti jumpalah FNC Entertainment belah bahu kanan

Kedai Lee Sang kesukaan korang

Ha cennilah wajah FNC tu


Tumpang hambek gambar jap kat tembok rumah orang

Di FNC Entertainment sistur lepak-lepak jap amik gambar. Tak wat pape sangat at sini. Next sistur ke SM Entertainment lak

Cara ke SM Entertainment dari FNC Entertainment

· Pastikan FNC Entertainment sebelah bahu kanan
· Jalan terus sampai hujung jalan (depan tu ada taman) pastu belok kanan
· Then jalan terus lagi sampai jumpa bangunan Riverside Ritzvil
· Dah smpai. SM Entertainment sebelah kanan bangunanan Riverside Ritzvil nie je

Sistur tak minat nak amik pape gambar depan bangunan nie jadi sistur pun melepak at taman. Exerciese jap at negara Korea ni. Udara at sini pun nyaman. Bukan senang nak cari tempat yang bau pahit tak beraksi. Huk huk. Yang sibuk amik gambar Farah dengan Keila je


Ni dekat laman dia. Macam rumah orang jekk hehe

SME checked next plan nak gi K-Star Road yang nampak masa atas bas time datang tadi. Jadi tuk ke K-Star Road kitorang jalan balik ke kedai Baskin Robin yang awal-awal kitorang jumpa masa nak ke JYP. Sampai je dekat Baskin Robin (BR belah bahu kiri), then kitorang belok kanan. Pastu jalan straight je. 

Hmmm penat nak mampus syai.. (kerja kat korea asyik nak penat je) Rupanya jauh gila K-Star Road tu. Masa dalam bas tadi nampak cam dekat je. Dah 30 minit jalan tak sampai-sampai pun lagi. Hari dah nak malam. Aton pulak nak menyinggah ke toilet lagi mahu pipis. Jadinya jemaah pun menyinggah la ke Mcd. 

Settle shishi semua weolls give up nak ke K-Star Road. Rasa cam separuh mati dah. Cancel K-Star Road next nak gi SM Town COEX Artium pulak. So plan nya cari bus station terdekat dulu. Jadi pas dah jenjalan depan sikit jumpa la bus station nama Dosan Park Sageori.

Kat sini kitorang google la cara yang paling senang tuk gi SM Town COEX Artium ni. Kalau boleh nak naik subway la. Baca dekat blog-blog orang lain bangunan nie bersambung dengan subway. Kalau naik subway, sampai je terus masuk dalam kawasan bangunan jadi kurang la possibility tuk sesat tu.

Lepas dah google akhirnya kitorang dapat la cari cara senang nak ke SM Town COEX Artium

  

Ni contoh interface kalau kau pakai google maps! Mudahhhhhh tapi failed nak determine arah bas hakhak sejuta kali la nak lintas jalan. cehh.


Cara pergi ke SM Town COEX dari Dosan Park Sageori

· Bus 145 (to Gangnam Station)
· Turun Gangnam Station Hana Bank

Then amik subway. Turun dari bus je terus nampak subway – Gangnam Station 

· Train Gangnam Station (to Seongsu Station) 
· Turun Samseong – Exit 6

Okay jadi lepas dah amik exit 6 nie akan naik tangga and ada laluan yang bawa kita ke kawasan lapang yang tak berbumbung. Lepas tu jalan je straight dalam 100 meter. Then taraaa.. SM Town COEX Artium. Ground floor bangunan nie tak de pape.

Nampak mewah eh tempat dia. Pasal harga barang pun mewah!

Udah sampee ibu ibu bapak bapak

Jadi silalah naik escalator yang ada at depan pintu tu untuk melawat setiap tingkat kayyy. Selamat membeli belah di sini. Barang semua mahal nak mamp… sis mampu beli cermin je. Huhu. Dasar kedekut.


 
Cermin bertuah yang menjadi pilihan sistur. Henfon tu tak mampu beli hakhakkk

Let's look around dalam bangunan ni sikit







 


Jadi lepas dah puas hati (puas hati la barang memahal, x de la sistur yang kedekut nie rasa nak keluarkan duit beli barang bebanyak, jimat duit, huhu) jenjalan dalam SM Town COEX Artium ni, cadangnya nak gi la area Hongik University ke, Dongademun ke… kannnn

Tapi bila tanya je noona noona yang keje situ kebanyakkannya kata time-time camnie dah tutup dah kedai2 at sana. What the???? Time tu baru pukul 9 lebih camtu. Kecewa hati sistur. Hmmm fikir2 tak guna gak gi kalau dah tutup, jadinya jemaah pun balik la awal. Nie first time balik awal. Huhu

Time balik ni, kitorang ke kedai feveret adik2 Farah. Kedai kebab ‘Anakara Picnic’ namanya. Kedai nie dekat je dengan subway. Kalau korang nak singgah kedai nie, sampai je Itaewon Station kena amik exit nombor 3. Exit ni paling dekat dengan kedai kebab ni kalau exit lain boleh je tapi nanti kena lintas jalan. 

Keluar je dari exit tu then pusing ke kanan then jalan terus je dalam 30 meter. Nanti jumpalah kedai kebab yang tersedap di Itaewon ni. Kebab dia memang Daebak!!! Kakak sanggup terbang Korea balik tuk beli kebab dia, huhu.

Inilah kebab tersebut!! eheh dapppnyeww awww

Rupa bentuk bila take away hehe

Makanya, sekian untuk hari ke lima. Hari yang sangat bertenang. Tapi penat teruk dekat Apgujeongrodeo area ni. Patah kaki pinggang sistem pencernaan semuanya kesakitan. 

Good night from lovely selfie-oppa!
*this oppa is everywhere*







No comments:

Post a Comment