Sunday, January 03, 2016

Paling Amazing Dalam Sejarah Braces (Part 3)

we move to the next topic. Diingatkan sekali lagi, semua orang pakai braces akan melalui pengalaman yang berbeza. bergantung pada ketahanan dan kekuatan mental juga gusi serta gigi.

Masuk bulan ke lima, aku dah start pakai getah berantai@power chain yang sakit lagi hazab. yang mana power chain ni? nama pun chain, mestila yang bersambung-sambung tu. 

Kalau nak ikutkan, cepat jugak aku pakai power chain ni. Ada orang lepas setahun baru pakai. Ada orang pakai bawah dulu, sebab takut tak tahan sakit. Tapi aku pakai atas bawah serentak. Ooemgeee


Fungsi: Menarik gigi dengan lebih kuat padu power dan dahsyat! (baca: sakit namateyy)

WRAP UP
contohnya, bagi kes yang gigi bersimpang siur tu, doktor akan bagi pakai getah seketul @ rubber band untuk betulkan kedudukan supaya ahli jemaah berada dalam saf yang betul. dan bila dia dah betul, barula pakai power chain untuk rapatkan balik. Ha begitu la

kalau tak faham jugak, boleh tengok video ni;

berbalik kepada emosi yang tak menentu tatkala dipasang power chain. Malam tu tak boleh tidur. Sakit dia punya amazing! tak pernah terfikir sakit macam ni. Lagi sakit daripada cabut gigi. Haha haaa takut la tu takut la tu nak pakai. berdenyut-denyut! menikam-nikam otot kepala. mulut ni rasa macam tak boleh cakap elok-elok. Cakap pun macam tersembur sikit. Hehehehehehehehehhee

Balik tu, aku tengok gusi ni merah-merah. Maybe tekanan gigi kuat sangat. gigi yang sihat, lepastu kena paksa bergerak. Cuba kau tolak gigi kau yang sihat tu ke kiri ke kanan. camtu aa sakit diaaa oh men melebihi kadar normal haruslah aku gigi aku sakit macam nak tumbuk muka orang.

Tapi takpe, jangan risau. Seminggu okay la. Makan benda yang lembut je, boleh kalau nak makan yang keras-keras. Tapi gusi kau sakit la. Dia ibarat gigi kau tu longgar macam nak tercabut. huhuhu itu la perasaan kuu.

Ada orang cakap, paling sakit adalah pakai seperator. Sebab aku tak kena pakai separator, so aku rasa power chain ni la paling azab setakat ni!


Separator yang kaler biru tu. Boleh tahan ye sakit dia orang cakap. Aku tak pakai, sebab doktor cakap tak perlu. hehehehehee