Saturday, July 29, 2017

Korea Selatan (Day 6) - Syurga Beli, Poket Terbelah

Salam gais siaran langsung untuk episode yang kesekian kali tergendala

Kalau nak diikutkan Seoul lebih banyak tempat menarik untuk shopping berbanding Tokyo. Hehe. Jadi hari berikutnya adalah misi kempiskan poket sebab dah lama sangat duit ni duduk dalam purse. Mesti dia sesak nafas bukan?!

Kasi chance ahjusii entah sape ni interframe

Hari ni semua bangun lambat lagi. Tapi taklah selambat semalam. Disebabkan semangat beli belah tu agak membuak buak. Jadi para jemaah mendapat satu spirit luar biasa. Dalam penat-penat, badan sakit. Masih terus kekal bertenaga! Hiks

Jadi berikut adalah lokasi yang sempat weolls terjah sempena hari shopping sedunia bagi the diva jemaah sekalian;



  • Lotte Mart
  • Gwanjang Market
  • Namdaemon
  • Hongik University
  • Dongdaemon
  • Cheonggyecheon Stream 

Yang sebenarnya, ada satu tragedi yang jadi masa spot pertama. Iaitu; lotte mart. Tragedi di mana, jemaah semua terasuk jin shopping yang amat dahsyat! Sampai terpaksa balik rumah dulu. Hantar barang berkotak-kotak. Hahahah! Pastu lapar, tersinggah makan pulak  Pasal makan kita cerita entry lain kang eh heeeeee. Dah ada babak makan, jadi jadual kitorang ter drag leww. 

A) Lotte Mart 


Kalau korang tertanya-tanya benda apa yang ada dalam lotte mart ni? Dia sebenarnya hanya lah mart biasa. Macam Tesco dan Jusco. Everything is there! Dari kosmetik, makanan dan macam-macam lagi. Heheh Tapi jangan risau , untuk foreigner korang entitle untuk dapat tax refund. 


Cara ke Lotte Mart dari Itaewon

  • Train Itaewon Station (to Eungam) - Line 6
  • Transit Samgakji (to Oido) - Line 4
  • Transit Sadang (to Counter Clockwise) - Line 2
  • Turun kat Jamsil

Lepas je kau turun kat Jamsil Station tu, boleh tengok dekat sign board untuk pergi Lotte Mart. Kalau tak silap sis, korang kena naik escalator naik ke atas. Sebab Lotte Mart ni bukan under ground. Dekat sangat dengan subway. Jalan kaki dalam 2-3 minit untuk sampai entrance gate.


Hiii okay jadi aiyoh lihat apa yang ada!

 


  

 
Bebarang kosmetik

Tips: Harga? okay la. not bad. tak murah tak mahal. Tapi aku lagi suka nak sarankan untuk beli dekat aiport je. Dekat departure hall. Lagi lah murah. Nyesal sedikit sisturrrrr.

 


 
Biskut dan makanan dan coklat

 
Hasil coppingg



Tips: Okay macam mana nak tau halal ke tak? Sebelum pergi tu, google siap-siap kat Malaysia. Kalau dah sampai dalam tu, baru nak google, patplohtahun kendian baru ko balik kang.

Tips: Bawak luggage kalau korang berniat nak shopping banyak. Lagi Banyak soping, lagi besar luggage yang diperlukan.

Tips: Dekat luar area cashier tu ada tempat wrapping and kotak provided. Jadiknya korang boleh pakai banyak mana yang korang nak. Tapinyaaaa, kalau banyak sangat kotak.. korang akan menerima nasib macam kitorang hakhakk

Disebabkan barang belian terlalu banyak, kotak terlalu berat. Para jemaah terpaksa balik bilik untuk hantar barang-barang sebelum pergi ke lokasi shopping yang berikutnya. Hakahkah punya la nak patah jari jemari yang cantik ni. Terpaksa cabut stokin, buat lapik nak angkat tali kotak. Hahahahahahhaha  Sebab kitorang nak kena turun naik subway, amatlah sengsara satu badan. Huhuhuhu baru lokasi pertama dah hazab cenngini.

 
Babak patah pinggang tepi subway. Harap netizen tak kecam sebab duduk kat lantai hehe

Ko nampak sikit kan. Tapi diseumbat dengan uyu uyu sedap. Berat terukssss boleh ganti pakej gym setahun kadar kepenatan luar biasa ni.

Jadi pulang bilik tu, kitorang singgah makan jap isi tenaga yang hilang tadi. hahaha. kendian baru la sambung je Gwangjang Market.

B) Gwangjang Market


Operations hour: 9 pagi - 11 malam

Hokeh Gwangjang Market ni kalau kat Malaysia.. macam pasar Siti Khadijah kat Kelantan tu. Cumanya kat sini takde lah kain ela batik semua tu ye. Tapi kalau tak silap ada kain sutera. Gwangjang market ni famous dengan kain cotton dan hanbook. Selain tu ada jugak jual makanan yang definitely takleh makan lah eh! Hahahah Mostly dia jual barang barang tenunan, jarum, benang yang seumpama dengannya.

Cara ke Gwangjang Market dari Itaewon
  • Train Itaewon Station (to Bonghwasan) - Line 6
  • Transit Dongmyo (to Sinchang) - Line 1
  • Turun kat Jogno5(o)-ga


Pastikan ambek exit yang betul. Lepas keluar je exit 8 tu, kau  jalan straight je dalam 200-300 meter. Lepastu nanti kau nampak macam kedai jual makanan yang kau tak boleh makan tadi. hehehe sebelah kiri ye. 

Dari sini terusss sajeee

 
   
Hanbook untuk kawen. Di buka juga untuk tempahan - costum made
Kalau agak agak nak kawen bertema kan Korea, leh la datang ehhh

 
Apron dengan baju melayu pun hado hahaha


Hanbook adik adik

     
Cantik bukan kalau buat baju kurung?
4 meter KRW10,000 hehehe!

Dah shopping, ambek gambar dengan ahjummaa pullekss

C) Namdaemon Market


Selalu kita dengar dan baca orang selalu cakap market ni antara yang termurah untuk shopping souviner. I don't know. Tapi murah dari tepi jalan masa on the way nak pegi Gwanghamu Square tuari. Hahaha. Kat sini diorang jual macam flea market atau bahasa melayunya "pasar lambak". Ada jual makanan jugak. Macam uptown lah senang cerita. 

Cara ke Namdaemon Market dari Gwangjang Market tadik
  • Train Jogno5(o)-ga Station (to Sinchang) - Line 1
  • Transit Seoul Station (to Danggogae) - Line 4
  • Turun kat Hoehyeon - probably exit 5. Adoi lupa haha
Nanti turun kau ikut la sign board Namdaemon market. Kalau ikut daya ingatan aku ni, tak jauh dari subway. Sekitar 5 minit jalan kaki. Hehe Masa mula mula masuk simpang ke Namdaemon market ni, kitoranh dah sangkut kat satu kedai ni. Hakhak! Cepat cepat sistur mengucap. Jadi terselamat duit sis. Cuma beli seketui dua je sebeniyur untuk peminat ai dekat Malaysia.

Dekat kedai pertama tadi kelihatan oppa kacak. Kami cuba nasib mintak kurang. Tapi dia, dengan muka bajet comel tu cakap takleh. huhuhuhuhu

Makanya, ayuh lihat dongg apa yang adaa ~

Kami masuk dari sini

 
 

 
Soo weolls beli kat kedai ahjussi ni la!! boleh tawar kalau beli banyak. Share la dengan kenkawan eh

 

Ahjussi yang terpaksa kurang kan harga hasil clingy buatan Malaysia
*asal muka kitorg menjelma menjadi gelap ni?

Ahjussi ni boleh la cakap melayu sikit-sikit. Aku syak ramai orang Malaysia beli kat sini jugak! Okay. Get ready to the next tempat shopping.

Sekali lagi terduduk kat subway. Capek banget

C) Hongik University


Kitorang gerak dari Namdaemon market tadi pun lambat jugak dah, dekat-dekat senja nak maghrib. Hongik university ni tempat dia sumpah, superb happening! Nama pun university. Memang ramai dak dak uni melepak gais. Untuk golongan muda belia amat la sesuai kalau nak berjimba tu. Ada buskers jugak di sini. Barang-2 yang dia jual takde lah murah sangat. Seingat aku, kat sini bersepah jugak caffee ala hipster centu.

Cara ke Hongik Market dari Namdaemon Market 
  • Train Hoehyeon Station (to Oido) - Line 4
  • Transit Seoul Station (to Incheon Int'l Airport) - Airport Railroad
  • Turun kat Hongik Univ 
Maafkan sis, sebab sis sangat lupa exit berapa. Yang penting jikalau anda nampak atau dengar muzik yang kuat, ramai orang. Maka betul lah tu. Haha. Tempat ni macam block kedai je. Tapi meriah. Hmm macam jalan masjid india? Area depan Sogo. ye begitulah.

One of the shoplots

 
FYI, korea ni sangat famous amous dgn stokin comel comel ni. Sepasang 1,000 Won.


And aslo kita jumpa topeng mulut sebijik kita punya! hahahahah kat Malaysia beli RM 5 jekk. Sampai sana RM 12.

 


So gais. ni lah antara acara malam dekat area sini. Happening!

D) Dongdaemon Market


Ni bukan market macam pasar jumaat depan sekolah belakang rumah ko eh. Dia mcm satu district yang ada banyak mall. And kat depan mall tu ada flea market yang terjaga dan attractive. You gais boleh tengok kat sini untuk maklumat lanjut. Aku dah tak berapa nak ingat camne kitorang pergi Dongdaemon. Haha korang boleh turun dekat dua station; Dongdaemon or Dongdaemon Historical & Culture Park (Ada dua line subway kalau merujuk map bawah ni).


So i would like to advise you gais untuk turun je mana-mana station yang senang daripada arah korang sebelum tu. Faham ke aku cakap apeni? Hahahah maksudnya, kalau kau senang pegi Dongdaemon terus, pegi je. Mana-mana tak kisah. Jarak dia lebih kurang bila kau jalan kaki tu. 

Cumaa, kalau kau macam dah ada tempat yang kau nak tuju macam DDP ke, and dah tau nearest station. Pegi yang paling dekat. Macam kitorang, pakai redah je. Jadi tak kesah la mana-mana (Faham ke tak sebenarnya?). lews.

Kalau tak silap, kitorang turun kat Dongdaemon Historical Park and culture station. 

So aku takyah la constrcut camne nak naik train sbb nanti ko pening pulek. ehhehee



Time ni dah malam sangat. Jadi gambar pun tak berapa nak hado. Capekkk sekali lagi. Hakhkahka


Masih lagi berstokin


Sekitar Dongdaemon


Sempat lagi lalu Cheonggyecheon Stream kahkah. tak larat dah nak turun bawah untuk shooting. Makanya warga jemaah decide untuk pulang.


Kisah Sayu Tengah Malam

Ni sekadar experience sebagai seorang pengembara bebas yang taknak pakai agent kononnya. Kahkah. Time balik malam tu, semua memang dah tak larat nak turun naik subway. Jadi, kitorang cuba nasib untuk naik bas.

Lepas je search dekat Google Map. Kitorang pun dapat la route untuk balik Itaewon. Tunggu bas tu sekejap je sebab bas dia memang banyak. Naik je bas, driver macam kena rasuk jin. Laju nak mampos, lepastu tiba tiba brek. Sakit jantung kakak. Ada le beberapa kali badan tersentak ke depan. 

Aku duduk seat depan, Farah yakni co-presiden duduk dekat seat belakang. Tiba-tiba dapat wasep dari Farah; bas ni tak ikut route dalam google map tadi. Semakin jauh dari arah tujuan sebenar. Lepas tu aku cek balik. Ye memang betul kitorang dah menghala arah entah mana!! Iolls wasep dengan Farah. Apekejadian semua ni?? and discuss nak buat apa ni. Hahahah takkan nakt tepuk pakcik bas "eh, patah balik boleh?" kekekekeke

So both of us decide untuk turun je mana-mana station and nanti fikir lain. Nak naik bas ke subway ke or taxi. Lepas je turun, asal tempat ni senyap gila? Apa nama tempat ni? Asal takde orang? Sekali lagi di dunia berbeza. Masa ni aku agak dah pukul 11.30 malam. 

Terserempak sorang Unni, tanya dia cmne nak pegi Itaewon. Bas ada tak? dia cakap. Bas takde. Subway ada. Station Anam. Tapi kena jalan kaki. Dia cakap subway tutup pukul 12. OMG masa tu 11.30 malam dah, sempat ke nak lari nak carik-carik jalan. Maka kat situ bermula lahl episod berlari explorace. Kahkahkah!

Lepas Unni kasi direction, kitorang pun ada search kat Google Maps. Dah, ape lagi. pecut je lah. Waduhh penat la syaii..... dalam on the way berlari ni sempat stop kejap beli mineral. Penat (bape kali nak cakap?). Dan masa ni la kitorang jumpa satu kawasan yang happening gila nokss. Tempat apetah. Nak kata bar bukan, Zouk bukan, tapi happening macam dekat Hongik University tadi.

Jam masih terus berdetak (kaki ku juga terus melangkah ahhhh kakakaa). Hasil larian marathon seperti tertelan pil kuda kepang sebentar tadi mengakibatkan kitorang berhasil sampai ke subway dalam jam 11.57 begitu. Station hampir je tutup! Ada 4 exit, and masa tu mata punya meliar cari tangga paling dekat. Kalau tak jumpa tuuu, mungkin kitorang dah balik naik teksi dan duit terkorban begitu saje.

Heh, bila balik Malaysia... curious tu tempat apa. Jadik setelah siasatan dilakukan oleh inspektor Farah, kat situ ada university. Patut la meriah. So, kalau pegi Korea lagi lepas ni, or yougais yang ada plan, boleh leww masukkan Anam ni dalam bakul ye!

Adiosss capekkkk sekali adui.







No comments:

Post a Comment