Hey reader. Sejak kepulangan dari Krabi, masih terbayang-bayang lagi pancake Yaminlah emmm. Adakah diletak pelaris? Takpe, Krabi tu dekat jehh anytime boleh terbang makan Yaminlah (Yakin).
This is a few tips yang boleh diguna pakai untuk you guys yang nak pergi Krabi. Even kita pun baru sekali pegi, well it's doesn't matter. hihihii
Cek musim hujan/panas. Bila waktu paling sesuai?
Krabi jugak macam Malaysia, ada masa panas, ada masa hujan lebat. Jadiii adalah amat penting untuk korang study bab ni kalau kau nak hasil gambar mega memuaskan!
Satu lagi, biasanya musim panas ni (Peak Season) hotel dan pakej-pakej harga dia melambung naik. Tapi kalau musim hujan (Low Season) dia akan mark down harga-harga.
untuk keselamatan, let's assume musim hujan adalah Mei- November. Jadi masa ni hujan akan turun dan menyukarkan untuk buat aktiviti.
Cerita sedih sepintas lalu: Even aku pegi bulan doblas, hujan still turun. Orang tempatan pun pelik. Kami tanya, memang hujan ke bulan doblas. Dia kata dia pun pelik kenapa hujan. Kakakakaa dan paling mendukacitakan, kami book hotel dengan harga peak season. Sangat la sedih. Tapi syukur ye sebab bila nak island hoping je, hujan stop! hehe
--- korang boleh rujuk entry 4 Islands kat sini
Korang boleh beli baju hujan dekat family mart dengan harga 30 Thb sahaja.
Baju Hujan ahaksss comel ke tidakkk
Beli Pakej Hanya di Aonang Street
Sesampai je kat airport, akan ada kaunter yang offer package. Biasanya lebih mahal, tepuk dada tanya selera. Sampai je kat Aonang tu, mata kau mula lah tak boleh duduk tempatnya. Terlalu banyak yee, terlalu banyak orang open kiosk for tour. Dari island hoping, Jungle Tour, Atv dan sebagainya.
Itulah pentingnya study before pergi melancong! Ada satu kedai ni, kalau kau google memang ramai orang rocommend dia. Kiosk dia dekat dengan pantai. Lebih kurang 3-4 kedai dari hujung pantai, kalau hadap pantai dia belah kanan. Yang penting kedai dia colour pink!
Untuk 4 islands by speedboat: 800 thb (excluded National Park Fee 400 thb),
Jungle Trekking: 750 thb
3 tahun ke bawah free
Semua pakej ni termasuk lunch dgn van shuttle transfer.
Aku rasa harga dia takla murah sangat pun. Tapi sebab aku beli ikut naluri dan hati. Jadi kalau jumpa pakej lain, aku takkan tanya harga pakej diorang (kaedah sedapkan hati sendiri) puih puihh
Tawar harga barang sampai lebam
Tak kisah la any package, baju, seluar atau souvenir. konsep kat sini kau memang boleh tawar menawar. Ada satu kedai ni, dia jual waterproof bag dengan harga 500 thb. Mahal nokharomm. Aku pun cakap it's okay then blah. Tiba tiba dia panggil lagi, "Miss i give you 300 thb".
Tapi sebab iollss taknak nampak miskin, iolls bla je tinggal dia -- bila balik Malaysia menyesal sebab tak beli kakakakak -..-
Souvenir agak mahal kat sini. 5 keychain, dengan harga 100 thb @ RM 12 . Masa pegi Jogjakarta, murahhh sangat. 5 keychain, dengan harga 10,000 rupiah @ RM 3. Berkira-kira aku nak beli ke tak. Kebanyakan kedai memang jual harga yang sama.
Jauh jugak aku jalan, sampai ada satu kedai ni macam suram takde pembeli, takde tanda harga. Aku tanya la sis tu, berapa harga keychain. 80 thb @ RM 10 saje!! Wuhuhu terus sakan beli belah. Sebab harga barang kat situ memang murah. Kedai dia menghadap pantai.
Agent vs Sendiri
Sebab aku pegi dengan kakak, dan last minute planning. Ada la half activities by agent. Kalau ikutkan hati, memang suka nak redah sendiri. Kalau pegi dengan agent ni yelah, kau takyah susah payah nak fikir macam-macam. Bayar, dan letak penggung je. Tapi yang tak best, sangat tak bebas dan waktu yang sangat terbatas!!
Kalau redah sendiri, which is kau sewa moto dan kau pegi la spot tu semuanya sendiri. Lagi murah sebenarnya.
So i'm choosing redah sendiri selagi hayat dikandung badan. Eheh
Hotel yang menyediakan barang untuk pegi island hoping
Hotel yang kitorg stay ni, dia ada satu spot kat dalam hote. Yang sediakan barang-barang untuk pegi island, wahhh berbunga riang hati ini. Tak payah susah payah beli tikar, topi, bola, kereta mainan. Just pinjam je dari hotel! Sangat jimat hehehe
tikar, payung, topi, snorkeling equipment haa pinjam la mana nak
Stay dekat Aonang Street
Jangan pulak kau datang, stay dekat Krabi town. Yeahh, kalau nak feeling macam uptown girl boleh la stay kat situ (uptown la sangat). Then, dekat aonang ye aonang. Jangan stay jauh sangat dari aonang. Nanti kena ambek tuk tuk pulak nak ulang alik.
Macam kitorg, first night stay kat Ananta Burin. So nak pegi aonang, boleh je nak jalan kaki. Tapi pasti ketiak akan melecak. Dengan tuk tuk, perlu bayar 120 thb -- kalau tak silap. Untuk sebijik tuk tuk. Jadi naik 5 orang, agak jimat la kan?
Jungle Trekking
Ni adalah tips yang amat penting. Kalau kau pakai pakej untuk join trip ni, masa yang dia kasi tak banyak ye. Jadi aku memang tak mandi pun dekat pool tu. Dengan aku malas nengok muka agent tu lagi. Meluatsss iolls kakkaka. Dia baik je actually, tapi dia nak kejar sangat masa dia tu (plot twist). Arghhh aku memang tak suka la rushing-rushing. This is bercuti okayh!
Sila bawa tuala, baju extra dan bagi perempuan boleh la pakai tudung yang selesa untuk mandi tapi kekal kelihatan anggun gituh. Yek.
Krabi Night Market
Review pasal krabi night market sangat menarik. Kat sana souviner murah-murah tapi susah sikit carik makanan halal. Night market only happened Friday-Sunday je ye. Jangan pulak kau datang rabu, pastu nak pegi night market. Memang kau kena flush muka dalam jamban nak tahan malu.
Night market ni dekat Krabi Town, jadi untuk pergi situ kena naik kereta la. Kalau kau sewa moto, lagi baik! Kalau pakai pakej, 200 thb per person then nanti dia hantar ambek kau la.
Makanan Halal
Banyak je kedai makanan halal, tapi kena carik betul-betul. Kalau dalam restoran, harga makanan mahal sikit tapi still sedap. Yang paling best, try dekat street food tu!
Must Try
Street food dekat tepi pantai aonang, banyak sangat pilihan!! dan yang penting murah bangettt.
Ada satu kedai ni, jual Thai Tea. Sedappppppppppppppp dan murah okay. 20 thb sajeeee.
Nah ni benda kena cuba dan aku akan repeat lagi untuk jjcm saje harharhar
1. Yaminlah!
2. Thai Tea
3. Nasi Goreng Seafood
4. Aiskrim Kelapa
yummyss
makcik tengah buat thai tea untuk si manisss
Gabungan Thai Tea dan Yaminlah = PERFECT!
Masa order Thai Tea, irfan merengek nak tu nak tuu sambil tunjuk jug dekat situ. Dah beli, aku sua kan kat Irfan. Tapi dia nak yang hijau! Mengada. Lepastu makcik tu pun kasi la free kat Irfan. Baik gila!!!!
On the way balik hotel, ingat nak singgah lagi beli 4 cup (over), tapi makcik tu dah balikkkk. Persoalannya, betul ke makcik tu orang? Gahahahha
saya berpeluang ke Krabi Mac lepas dan it is a wonderful place! kami pun plan nak ke sana lagi, insya Allah.
ReplyDeletePaling tak boleh lupa, confirm la pancake Krabi dan Padthai. Sedapnya!
Best kan! Sy paling suka gabungan pancake dan thai milk tea. Confirm repeat lagiiii wehehehe
DeleteSusah tak kalau nak redah sendiri? Saya plan nak ke krabi jugak next month.
ReplyDeleteOkay je. sy rasa dia lebih mudah dari phuket. Takyah ambek pakej. Dapatkan map, sewa lah moto. boleh pusing satu Krabi.
DeleteContohnya nak naik gajah; Lagi murah kalau pegi sendiri tempat tu, instead of ambek pakej.
:)
tau tak range harga kalau sewa motor?
ReplyDelete150-200 thb sehari. Ini range dia.
DeleteKalau sewa motor, dorg mintak photocopy lesen x?
Deletedia mintak photocopy passport je :)
Deleteboleh tak nak tahu hotel apa yg awak stay tu?
ReplyDeleteKalau hotel yang provide barang-barang tu, Aonang Smile Hotel.
DeleteNampak creepy sikit, tapi selesaaaa dan strategik.
Antra Jogja dan krabi which one lagi best ye? kos yang murah
ReplyDeleteDua dua ada keistimewaan tersendiri. Kalau murah, tentu la Krabi.
DeleteJogja best! tapi banyak kena bayar fee.
Kalau suka laut, boleh pegi krabi.
Kalau suka historical place, boleh pegi Jogja.
:)
Hi ms...sorry nak tanya...tau x kalau pegi January hujan ke? Kalau hujan mmg susah nak buat ape2 ke?
ReplyDeletelebih kurang malaysia. kalau hujan renyai2 ok je, kalau lebat tu yg tak boleh buat pape heheh
DeleteHi Ms. Boleh saya tahu bajet Miss kat sana denga actual bajet sama tak?
ReplyDeleteHi. sy tak bajet, sy kira2 orang lain punya trip je. almost the same kalau utk 3 hari 2 malam, dalam RM 600 ok. kalau shopping banyak, banyak la belanja.
DeleteRm600 tu bermaksud flight, hotel, makan and pakej ke sis?
Deletehi @karel man. RM 600 without flight dan hotel. FLight boleh dapat below Rm 200 time promo. Hotel pulak average boleh dapat below RM 100 utk satu malam. Hotel kat sana harga dia masuk akal :)
DeleteHi, nak tanya. Overall trip ke Krabi best tak experience dekat sana?
ReplyDeleteHi. Overall okay je. Best :)
DeleteMemang terbaik tips ni cik Bunga Merah, sangat sesuai untuk yang pertama kali nak melancong ke Krabi
ReplyDeletethank you :)
Delete