Saturday, July 15, 2017

Korea Selatan (day 4) - KTO, Cheonggyecheon Stream, Insadong

Ini adalah kesinambungan daripada entri lalu.

Sebab panjang sangat nak cover, satu hari bertrilion tempat enko nak jejak. Kot ada yang curious; eh korang ni semayang ke tak. Kang tak cerita, fitnah kitorang terpesong dari agama pulak.


Jadi entri ni khas untuk sesiapa nak cari tempat semayang area kawasan ni. Sesiapa yang taknak, boleh la abaikan entri ni hiks.

KTO (Korea Tourism Organization)


All the way from that dataran tadi (Gwanghamun Square), korang kena jalan terus sampai nampak monumen yang macam bentuk ulat kaler biru merah. Jenuh jugak weolls carik keberadaan ulat tersebut, Rupanya under construction.

Soo, kalau korang nak pergi KTO dari Palace tu, just jalan terus sampai simpang yang ada ulat tu, kendian belok kiri. Tak jauh dari simpang tu ada 7E sebelah bahu kanan. Lepas tu jalan sikit je lagi dalam 300 meter jumpa la bangunan KTO, Sebaris je dengan 7E tadi.

Ulat under construction hehe (view dari 7E - lepas duduk termenung baru la perasan ini adalah ulat yang perkatakan)

Ulat sebelum construction kehkeh

Isi tenaga depan 7E hehe

mungkin 2018 adalah tahun melawat Korea?

Tujuan pegi KTO tak lain tak bukan adalah untuk semayang je hehehe. Tapi, masing-masing tersekat kat dalam tu. Banyak benda rupanya boleh buat kat KTO. Ada 4 tingkat kalau tak silap. Masa kitorang pegi tu, dia ada kasi macam kertas.. So kena visit to all level, ambek stamping, pastu dapat hadiah! Best kannnn hehehe 

Kalau tau, cop banyak-banyak pastu dapat banyak hadiah! Kahkahkah







Banyak aktiviti enkorang boleh buat dalam ni. Each level mewakili tema tersendiri, contohnya makanan dan herba tradisi Korea. hehe Kalau nak tau, meh leww. Buat pencinta kpop, ini adalah tempat yang sesuai untuk korang berangan mat jenin untuk ambek gambar dengan crush korang.


Sape entah dia ni. Aku follow kakak sebelah suruh pose je hakhak


Sesuai kan untuk angan mat jenin terlebih? hakhak



Hah centu la, ko boleh pilih ko nak berangan dengan siapa heheh

Lupa pula, dalam ni ada jugak tempat untuk pakai hanbook. Free! Tapi ada timing dia. Masa kitorang sampai tu, dah nak tutup. Tapi ada sorg lagi yang incharge tu, dia kasi je kitorg pakai. Kalau si ajet sorg tu yang jaga, nampaknya tak dapat la kitorang melaram dengan free hanbook ni. Kahkah

Boleh pilih kaler ape kenkawan nak heheheh


Cheonggyecheon Stream


Oh ye, sepanjang jalan ni la kau akan jumpa Cheonggyecheon Stream. Sebab dia hanyalah sejenis longkang. Tapi di jaga elok. Ramai nampak orang beriadah di tepian longkang. Heheh tapi kitorang pun tak menyempat nak beraksi kat longkang tu.

Tak turun bawah pun sebab.... entah sebab ape ek??!

Sepanjang stream tu ada kedai/stall yang jual makanan. Lebih kurang macam street food. Food truck yang macam depan PKNS Bangi tu ehehehe. Tapi yang sadisnya, macam takde yang boleh kitorang telan. Semua macam tak meyakinkan. Level kebulur dah melepasi kadar normal.

Jadi kitorang decide untuk lepak sambil hirup udara segar dan shopping dekat Insadong. Untuk pergi sana, sebenarnya boleh je jalan kaki. Agak jauh. Tapi kalau kudrat ni ada and perut tak berapa nak lapar boleh je berdaya nak jalan. Makanya perut dan kaki sama naik sama pedih, kitorang decide untuk naik bas. Kakakakaka nak explain direction kat sini pun tak reti. Sebab sampai je penghujung Stream tu, dekat intersection tu, kitorang bukak Google Maps and ikut je arah dia bagi. Kakakak

Cerita Ringkas: Ada warga Indonesia datang tegur, ingat nak tunjuk kedai makan. Rupanya, tanya kitorang mana kedai halal. Kahkahkah muka kitorang ada nampak macam dak dak genius belajar oversea ke ermmm

Insadong


Kalau tak silap, kitorang turun bas dekat Anguk Station Exit 3 or 4. Tak ingat. Tapi turun je, kitorang nampak ada la satu dua flea market. Tapi macam dah tutup. Mana nihh Insadong tempat shopping?! Enggak kelihatan, waduhhh. Silap satu je, aku tak study betul-betul pasal Insadong ni. Baca sepintas lalu. Farah yang dah study pun malam tu hilang arah. Semuanya sebab penat la konon-konon. Hahah kitorang cari kedai makan by walking. Jumpa la tempat makan, tapi macam tak menarik perhatian untuk makan katanya. Hahaha and tempat tu a bit scary.

Rupanya, Insadong takdela sampai larut malam. Bila cek balik rupanya sampai pukul 5.30 petang sahajooooo. Baca kat sini: http://english.visitkorea.or.kr/enu/SH/SH_EN_7_2_2_1.jsp atau ni http://www.theseoulguide.com/sights/neighborhoods-and-districts/insadong/

Aktiviti malam tu hanya la carik kedai makan tapi tak jumpa. Lalu pulang terus ke Itaewon. Nak carik jalan balik pun macam-macam drama. Point utama adalah tak tau diri sendiri ada kat mana. hahah jadi macam biasa bukak je la Google Maps and carik Subway Station 

***takde gambar, sebab penat dan.... takde ape yang menarik! hakhak tapi kalau terjumpa gambar, kita hapdet hehe




Adioss kenkawan





















No comments:

Post a Comment