Monday, May 29, 2017

Korea Selatan (Day 1) - Sesat Menjejak Namsan Seoul Tower & Kisah Sendu Tengah Malam

Ramadhan datang lagi. Seminggu kepulangan dari Bumi Korea Selatan. Perasaan, bau udara yang pahit masih menyinggah kat hidung ni 😆 Sistur akan kongsikan all the experience and challenging sepanjang kat sana. Disebabkan trip ni adalah 100% berdasarkan kajian sendiri. Jadi terlalu banyak dugaan dan pancaroba yang dihadapi  *jeling ahli jemaah*

Itaewon Subway Station

Babak Jam 3 Pagi


Hari ni adalah hari pertama untuk depart dari KL. Seawal jam 3 pagi dah gerak pergi Airport. Demi mengelakkan adegan terlarang (baca: terlepas flight). Pendek kata, pagi tu kitorang memang takde masalah untuk check in luggage dan boarding.

Pose wajib setiap insan
Pecah bebenau gambar mungkin sebab subuh waktu ni kakakakaka kaitan?


Dan tak mandi hewhew

Cumanya, sehari sebelum tu kitorang last minute add on luggage. Kendian takleh buat payment. Ah sudahhh 樂 Aku macam biasa, menjalinkan hubungan dengan Live Chat Air Asia dan berhubung dengan Abang Sobri *abang la sangat*

Tips: Sobri cakap, kalau system ada problem.. kita boleh book via live chat sahaja dengan harga pre-book! Maknanya, kat airport nanti, kau carik je sales counter dia dan bayar kat sana. Tak perlu bayar kat check in luggage counter which is harga dia berganda mahal. Cuma perlu bawak copy Travel Itinerary, oh ye dan bawak duit. Hehe

Sales counter dia senang je nak carik. Masuk je departure hall, kat screen besar gedabak tu, belok kanan. Jalan sampai hujung, then counter dia kat bahu kanan. Tak jumpa, sila la tanya orang 


While waiting for boarding and before terlelap sebelum kena halau hehe


Selain daripada tu, sempat jugak kitorang pegi pick up Wifi dari Travel Recommend (len entri kang aku cerita). Dan kitorang masuk boarding awal gila. Sejurus subuh je dah get ready. Siap aku tertidur lagi! Hahaha sambil charge handphone tu, tertidur kakak di tepi tembok. Lalu di kejutkan oleh seorang lelaki yakni guest service agaknya. Maka, terbuka aib jam 6.30 pagi  Bila mana, dikejutkan dalam keadaan muka hauk maksima.

Aktiviti dalam flight adalah seperti biasa: Makan & Tidur & Makan & Tidur Lagi & Sampai ke Destinasi. Tak perlu ulas panjang.

Incheon Airport, Kita dah sampaiiii 珞

Landed je, untuk sampai ke immigration kena naik train. Hahah kitorang dah macam eh betul ke ni? Takkan dah nak naik pegi Itaewon??! Hahah Okay rupanya memang kena transfer by train.

Sebab jarak tempat boarding dengan arrival tu memang jauhh. Pastu tengok orang lain pun naik train, kitorang pun naik je lah kekekeke Agak ramai, tapi tak perlu bimbang sebab the next train tu cepat je sampai hehe


Pecah sekali lagi gahahaha apeni gambar pecah je erm

Setelah bertarung lebih kurang 6 jalan dalam flight, finallyyyyy we safely arrived. Immigration dia boleh tahan loghat lagi poyo. Kitorang berlima beratur line yang berbeza. Adik Farah sangkut. Farah dah selamat pergi toilet. Kakak immigration tu buat hal pulakk. 

"Where you stay?"
"Itaewon Inn"
"Where in Itaewon?"

Itaewon Inn la kopahal hak alahhh. Adik ni dah termangu-mangu la. Menjadi pening disebabkan soalan kurang cerdik immigration. Kendian adik panggil Kakak Wawa yang dah lepas ni. Dia tanya lagi soalan yang sama, dan aku jawab yang sama.

"Itaewon Inn, Itaewon Inn Hostel"

Sebut hostel baru dia aaaa, okay. Eyyyy Inn, bukan In (dalam). Yang empat lain lepas je. Kau je yang macam-macam kan?!  Kau tak tau kan Itaewon Inn tu kat mana? kakakaaa

Lepas ambek bag terus je la keluar. Kalau tak silap, takde kena scan bag lagi ke apa ke. hehe


Mana nak top up T-Money? 

Jadi untuk memudahkan pergerakan, para jemaah sesiap top up t-money dekat airport. Iyaa, mudah banget. keluar je dari arrival gate, pusing kiri ye.

Sampai la sebelah kiri korang lalu starbucks. Lepas tu terus lagi

Haa nampak la kedai C4U ke cu ke cusoon ke apetah nak sebut

 Ini haaaa 


Dihembus angin pahit Itaewon - Itaewon Inn

Setibanya depan exit 4 Itaewon Station, masing masing mengah macam nak muntah lepas angkut beg berkilo naik tangga (fuhhhh tinggi nak mati) -- di akhir-akhir pecutan ada oppa ke ahjussi entah tolong angkat kan beg kita yang besar gedabak. hehe! Kendian ada 2-3 orang perempuan jugak tolong angkat naik atas. Ini antara point sisi baik tentang Korea

Tangga dia punya lah buat rasa nak mencarut gais 

 
Si cantiks

Cara pergi ke Itaewon Inn dari Airport
  • Ambek Incheon Int Aiport Railroad (to Seoul Station)
  • Transit Gongdeouk Station
  • Carik line 6 (to Bonghwasan)
  • Turun Itaewon Station - Exit 4

Depan hostel

Ada dua cara kalau by train guys, which is express or lompat-lompat. Tapi kitorang yang kedekut ni akan naik lompat-lompat pasal lagi murah wheehhe

Aton pun tanya la sorang ahjussi, kat mana Itaewon Inn?

"Ini la Itaewon" -- Sambil depa depa tangan dan cakap bahasa korea lah kehkeh

Hahahahahahahahhaahhahahaha Aton terus speechless lalu bukak Waze. Ikut je arah dalam tu.

Cara pergi ke Itaewon Inn
  • Keluar exit 4, pastikan Baskin Robbin kat bahu kanan korang
  • Jalan straight je, takyah melintas
  • Jalan lebih kurang 3 minit terus sampai hostel

Sampai!!


So dah siap siap check in, terus la berehat-rehat di bilik. Bertenang, solat, mandi. Kita review Itaewon Inn hostel ni lain waktu kayh.

Pemandangan dari bilik kakakaka indah bukan?

Sesat dalam menjejak Namsan Seoul Tower

Mula-mula ada la terdetik kat hati, eh nak pegi ke eh Namsan. Cam penat jek hahahaha jijik betul perangai. Dah tu fikir balik, ko dah kenapa travel tapi nak duduk bilik?! hehehe jadi setelah bermuhasabah, para jemaah decide untuk keluar cari Namsan.

 Itaewon Station


Wajah-wajah sebelum kenal erti barai 





Cara pergi ke Namsan Seoul Tower
  • Train Itaewon Station (to) - Line 6
  • Transit Samgajki
  • Carik line 4 (to Eungam)
  • Turun Myeong Deong - Exit 4
Note: boleh jugak turun Hoehyeon Exit 1.

Hari pertama dah sesat! Hahahah terhibur la dengan diri sendiri. ermm Secara jujurnya, dari arah Exit 4 tadi untuk ke Oreumi - Namsan Seoul Tower agak jauh. Mungkin sebab semua dah pancit.

Sepatutnya keluar exit 4 tu, straight je sampai jumpa intersection. Kendian belok kiri. Sampai la Oreumi. Tapi sebab tak study betul-betul, masih tergaru-garu kepala hotak kat sana  maka terjadi lah adegan sesat geleng kepala.

Map
Maap takleh kasi kredit sebab tak tau Farah rembat dari blog mana 

Nak naik atas tu boleh naik tangga atau Oreumi (Elevator - Free). Lepastu nak sampai dekat area kaki menara tower boleh jalan kaki which is naik tangga (lagi) atau naik cable car. Dah kitorang badan pun macam nak putus dua dah, haruslah naik cable car! Haha

Nak naik Oreumi tu lalu sini hokeh

Oreumi ni boleh tampung dalam 20 orang. Beroperasi tiap hari dari 9 pagi - 11 malam. Isnin dari 9 pagi- 2 petang, pastu dia tutup untuk servis lif

Note Operation Hour: 
Cable Car : 10 pagi - 11 malam.
Observatory: 10 pagi - 11 malam (Sunday - Friday), 10 pagi - 12 tengah malam (Saturday)
*Last admission 30 minutes before closing
* Operation hours are subject to change depending on weather or business schedules


Cakap apetah

Tempat tunggu cable car dan bau pahit menjelma. hanat betul macam ada bangkai yang sedang mereput

Sesampai je kat sana. Nak naik menara, harga lain pulak. Mesti la tak untuk naik menara ala-ala menara KL and KLCC. Hehehe

Busy selpi

Antara adegan yang berjaya dirakamkan 

Konon nak nampak cerah tapi dah macam gambar prektis nak jadi model kereta hehe 

Close up sikit Namsan pujaan ramai ni

Nahh kakak kasi chance kenkawan beraksi sikit hehe 





tengok apebende enkorg ni


Roof Terrace


Roof Terrace ni pun boleh tengok scenery Seoul. Sebab kitorang naik waktu malam, dapat lah suasana malam! Kata orang waktu terbaik adalah waktu matahari terbenam.

Selain daripada tu kat sini ada Teddy Bear Museum. Entrance fee 8,000 KRW, 10:00-22:00 (Last entry: 21:00).

Kisah Sendu Sesat Tengah Malam

Berkali-kali juga dengar suara orang suruh turun. Disebabkan kitorang jakun teruk dan takde kesedaran untuk turun. Konon kitorang punyai kulit yang tebal dan acah foreigner kitorang buat buat tak faham dan teruskan sesi bergambar.

on the way turun tangga tu dapat la view ni hehe cantiknya sesuai pasangan sejoli berpacaran

Kitorang turun daripada situ memang dah lambat. Dalam pukul 11 malam kalau tak silap. Oreumi dah tutup, nak naik cable car pun tak boleh sebab beli cable car one way instead of return  Sebab ingatkan tak sempat nak kejar.

Kaedah yang boleh digunakan hanyalah turun anak tangga yang beribu tu! Siap terserempak dengan anjing yang mengah bilamana tuan dia obses nak kurus berlari-lari bersama anjing tersebut!

Alasan turun lambat erm 

Sesi photoshoot sama teman-temannya guwe

Sampai je tangga terakhir, terus hilang arah tuju. Terasa macam sampai ke alam bunian. Ada tanah lapang, ada tapak pelupusan sampah, ada kawasan construction. Entah mana patut pegi. Kitorang jalan ikut arah google map. Sampai la kitorang jalan kat tempat yang agak meriah. Rupanya Myeong-dong dengan Namdaemon.

Hahaha tanya la orang sekeliling. The worst part adalah bila aku tanya je Korean kat sini, dioarang tak faham. Haha jadi kena guna English se"basic" mungkin. Lepastu dia reply balik dalam bahasa korea dengan sangat yakin!

Kau ingat aku faham ke ha?!!!! 

Dan akhirnya kami menemui jalan kebenaran tatkala bertemu dengan Hoehyeon station. Exit berapa tah. Kakaka.

Damai sekali gittewhh - seharum bungaa yang menggoda

Cara pergi ke Itaewon Inn setelah sesat
  • Train Hoehyeon Station (to Oido) - Line 4
  • Transit Samgajki
  • Carik line 4 (to Bonghwasan)
  • Turun Itaewon Station - Exit 4
Salah satu kejayaan terbesar ahli jemaah adalah tak pernah lagi terlepeas train sampai kena naik teksi. kekekeke


Bersambung lenkali untuk Nami Island! Stay Tune kenkawan  

No comments:

Post a Comment