Thursday, May 04, 2017

Kolej Matrikulasi Perlis: Throwback Version untuk adik adik yang baru nak masuk matrik 2017

Disebabkan sekarang musim orang baru dapat result kemasukan matrik begitu hit sekali. Jadi kakak tak ketinggalan la untuk hapdet belog jugak pasal matrik yang super duper best.

Tengok trafik pun agak kencang ye you gais search pasal matrik. Hahaha okay kita lupakan sebentar entry pasal percutian yang sekian lama tertangguh 

Library kegemaran kitorg kekeke

hauk hamat pesyen jaman matrik. kakak kena tapis betul-betul gambar dolu kala


Jadi tak perlu la kakak ulas panjang sangat untuk mukadimah ni sebab korang pun dah eksaited sangat nak masuk matrik kan?? Lagi lagi yang dapat jauh namatik dari rumah tu. Muahaha

Kalau hari tu aku ada bukak satu entri fakta tentang matrik. Kali ni aku upgrade sikit. FAQ tentang matrik. Gittewh. First and foremost, tahniah dan selamat datang for those yang berjaya menakluki program matrikulasi. Lagi-lagi KMP - Kolej Matrikulasi Perlis! Syabasss sebab masa zaman aku belajar dulu hanya digembar gemburkan betapa hebatnya matrik. 

Kalau nak tau apa yang hebat, kena baca entri sampai titik terakhir okay! 

Dalam entri ni kakak takkan explain pasal program lain, sebab kakak tak tau menau. Kang fitnah lakk kakakaka

Nak masuk matrik ke tak?


Yang ni takleh nak tolong. Korang yang dapat pelbagai offer, form 6 ke, diploma, asasi, tamhidi whatsoever. Boleh la buat pilihan. Bergantung apa yang kau nak. Semua pun okay.

Apa yang aku boleh katakan, siapa yang ambek program matrikulasi ni dia belum nampak apa yang dia nak pursue dalam career dia. Langkah selamat adalah masuk matrik.

 Ajk blok A3 versi muda remaja 18 tahun tapi sekarang dah 24 tahun

Sijil Matrikulasi dah laku


Ha baru baru ni, which is beberapa bulan lepas kot hahaha aku dapat tahu sijil matrik dah boleh digunakan untuk memohon kerja gred 29 kerajaan! Sesiapa lepasan matrik yang belum memohon boleh la berbuat demikian dengan menghubungi matrik masing-masing. Ada link dia, tapi aku lupa lah hahahah. Tapi untuk kakak? Lupakan je la, kalau ada sijil tu aku nak buat apa?! Basi dahhh

zaman muda you gaiss. Rindu!

A5T2, Gen 12. Tak femes lah kuliah ni. Tapi dak dak dia nakal macam puaka sikit

Sejauh mana kebenaran belajar di matrik adalah sukar


Dalam entry sebelum ni kakak ada explain sikit, tapi kat sini kakak akan memperhalusi lagi apa yang dimaksudkan dengan sukar. Untuk kos Account, setiap sem ada 4 kos wajib (masuk dalam transkrip untuk kira pointer), and 2-3 subjek elektif – macam dinamika, kokurikulum, English, pendidikan islam/moral (masuk dalam transkrip tapi tak kira untuk pointer).

Contoh: Sem 1
Wajib
Mikroekonomi
Mathematics
Pengurusan Perniagaan
Perakaunan
Elektif
Kemahiran Dinamika
Pendidikan Islam

Takde la banyak sangat kan? hahaha selalunya aku akan fokus paper masuk pointer je. Yang lain-lain tu baca gitu gitu je. Tak la susah sangat pun muahahah sama jugak sem 2, 4 paper je masuk pointer. Secara jujurnya pada pendapat kakak, subjek paling susah adalah.... takdek! sebab semua sama susah  

Mathematics sumpah sebijik Add Math time spm. Tapi senang sikit. Sebab apa? Sebab lecturer ajar jalan pendek. Dah kenapa la time spm jalan kerja sampai 13 muka surat. Kat matrik, boleh buat 3 baris je. Eheh

Pengurusan perniagaan memerlukan kebolehupayaan untuk menghafal sebab banyak teori kau kena ingat. Tapi ni sikit okayh, bila kau buat degree lagi banyak namatik serious koyak mata kau baca buku tebal 3 inci. Matrik terlampau mudah terbanding degree (Eh memang la hahaha)

Subjek ekonomi aku takleh komen because i don't ever got the basic time spm. Jadi memang aku start from zero. Even kau background science stream, percayalah yang kau boleh survive! Tapi case budak account transfer pergi aliran science tu jarang la terjadi. hehe

Kesimpulannya, the subject itself memang akan susah kalau kau kerja nak tangguh, taknak belajar. Kalau jenis lambat digest macam aku ni, boleh la kau baca buku kau tu everyday. Ulangan: Everyday. Jangan tunggu masa dekat exam. Apa yang aku dengan room mate buat dulu, time bukan musim exam pakai gear 1-2. Still gerak. Sekali dekat exam, tiba-tiba gear 5  Musim study week, guna sebaiknya. Dating tu dating jugak, jangan lupa bukak buku. Kakakaa

Dalam kuliah gais, tempat fevret kakak adalah atas sekali pasal ada agenda tersembunyi

 Musim musim study week






Apa kau dapat lepas jadik Alumni?


FYI, after a year kauorang punya program matrikulasi. Pentadbir akan open application untuk jadi AJKO (Ahli Jawatankuasa Orientasi). Time aku masuk KMP sebaik aku tak begitu mencerca derang kakak fasi ni semua. Sebab akhirnya, aku jadi AJKO jugak! ermm sampai 2 kali jugaklah muahaha. For the rest activity tahunan, macam Program Integrasi Alumni (PIA), Road to University and Road to Career (R2U & R2C). Korang boleh apply jugak setelah menjadi alumni. Dannn kakak masih join lagi hingga usia emas kakak ni hehe

PIA 2014 edisi rendam budak dalam selut. nasib baik tak masuk harian metro

kakak yang eksaited nak game dak dak emm

adik adik, ingat kakak dan abang yasiaq? eheh

Okay tak nak bercinta masa kat matrik ni ha?


Kakak nasihatkan takyah, sebab kebanyakkan kawan kakak yang bercinta time matrik ni putusss! hahahaha (asal ko gelak wawa erm) Bercinta bagai nak rak time kat matrik yang setahun tu, akhirnya putus sebab kat u jumpa lagi helok. Kakkaka bercinta sikit-sikit dah la. tak takk maksud kakak.. kalau dah suka tu nak buat camne ye dak. Sukati korang la, tapi jangan cakap kakak tak payung. Kakak dah kasi nasihat baik punya. Matrik tu hanyalah syurga yang benar benar sementara. 

Yang ikhlas, kakak yang tak bercinta kat matrik kat u kat tempat kerja 

Dulu senanye time matrik kakak rajin la update blog, pasal life kakak time kat matrik. Tapi kakak dah hapuskan sedikit demi sedikit angkara perangai yang bbnu (baca: budak budak baru nak up). Kendian haruslah cara penulisan blog sangat rasa nak muntah bila baca balik.

Tatkala aku taip ni, aku dah mula rasa bahang kerinduan KMP. tahun ni belum pegi sana lagi. For me, tiap tahun aku wajib pegi KMP. Tak kesah la untuk aktiviti apa pun. Yang penting pegi, pasal takleh move on kahkahkah. 

Apa lagi ehhhh, ah kalau kauorang ada nak tau pape. Tanya je lah ye!

Daaa babai from kakak yang berjaya score 3.92 time matrik! 

No comments:

Post a Comment