Wednesday, November 30, 2016

Yogyakarta: Taman Sari & Underground Mosque

Pagi tu gerak pergi taman sari awal ye, lepas breakfast terus supir ambek. Taman sari ni bukak pukul 9 pagi. Tapi kitorg sampai awal, dalam pukul 8.30 pagi dah sampai dan taman tu belum bukak. kakakaa


bila kau orang sampai sana, nanti ada la orang ikut korang. Kenkonon macam tour guide la centu. Tapi kau jangan ingat free, bayo tips ye. Hahaha aku tak terkejut sangat kena bayar tips, sebab before fly aku dah study cukup cukup pasal jogja. Gahahaha - cukup tak cukup jugak la, yakin beno tatkala menaip

So ikut pengalaman aku ni, bagus jugak ada guider sebab kau tak masuk taman ni bodoh bodoh je. At least ada la orang explain kat kau pasal ape kejadah taman ni, kenapa ada muka patung sebegitu dan sebagainya.

Kalau kau taknak guider, kau cakapje la siap siap aku enggak butuh. Ehehe cakap elok elok. Jangan makin hamun ye.


aku rasa, time aku sampai pagi tu.. guide tu bawak aku ikut jalan belakang. Pasalnya, kitorg macam pusing ke belakang istana. Then kitorg keluar kat pintu masuk tu.. baru la bayar entrance fee! Aneh bukan?

Jalan masuk pintu belakang
Macam kawasan perumahan. Rupanya, rumah kat sini di bina atas bekas tanah istana@keraton

Curious gila nampak benda ni. Pondok pengawal rupanya -,,-

Telaga Sultan mandi katanyeww

Library - Sultan pun baca buku. kau bila lagi

Kawasan luar istana, kalau peratikan bumbung dia.. ada unsur macam cina bukan. Yang melentik ittew

pengaruh hindu dan buddha kata pak guider


Bilik sultan. Ada 2 katil sebenarnya. Satu untuk musim panas, dan satu untuk musim sejuk. 

Katil musim sejuk - bawah tu boh arang ala ala sauna
Katil musim panas - bawah tu air sungai mengalir

okay iolls pun tak terfikir actually gahaha

Ruang tengah istana

Dalam kawasan istana ni, ada tempat orang jual lukisan. Cantik, tapi memikirkan.. diri ni bukan la penyimpan lukisan dengan macam mana pulak nak angkut naik flight, hihi so mampu nengok sajew. Kalau kau taknak beli pun takpe, dia tak marah. Lukisan ni cuma antara hasil pendapatan orang kampung.

Kononnya, perempuan yang cantik dalam sejarah diorang cerita ni. hmm Lupa dah nama dia ni 

Lukisam ni semua korang boleh beli


Tak pulak kita tanya harga dia. Sebab kita bukan pencinta seni pun wahhahaa hmm


Atap istana ni antara benda yang menarik perhatian aku. Kononnya, dia lukis objek macam ni untuk halau jin/kuasa jahat. Tapi bila nengok objek ni, macam scary sendiri. Adakah aku kuasa jahat? hehehe

Haa, nampak objek seram tu. Ni dekat kawasan taman sari


Tempat Sultan mandi. ikut sejarah, sultan ni ada 1 isteri, tapi ramai gundik. Jadi, gundik akan mandi dekat kolam. Sultan baling bunga, siapa dapat. Dia la yang boleh mandi dengan sultan dekat private pool. Ewahh gittuh

Kat mana orang larang, kat situ la nak buat 😑

Tempat sultan intai gundik. Hahah kat sini la kot dia baling bunga

Satu kolam untuk gundik, satu kolam untuk anak anak sultan

Ni private pool sultan. Dasat sultan ni ye

Pintu masuk istana - baru nak keluar dari pintu masuk, pasal lalu jalan belakang tadi hahahaha

Untuk pergi underground mosque, kena jalan kaki dari taman sari kira kira 5 minit je. Dekaaaat, kawasan yang sama cuma bangunan lain. Masjid ni ada 2 tingkat, bentuk bulatan. 

ada yang kata, atas perempuan, bawah lelaki. ada yang kata, saf terputus sebab dua tingkat, jadiknya level satu lagi ada imam lain. Hmm kalau dorang tipu aku, aku tipu jugak lah ye hahaha

Laluan underground mosque

bahagian tengah masjid

Actually bawah tangga ni, tempat ambek wudhuk
Cantik benarrrr rekaan dia. Tapi sekarang hanya tinggalan sejarah

Dekat underground mosque juga terletak laluan bawah tanah yang jadi laluan rahsia kalau ada peperangan. Sultan nyorok bawah tu kononnya.Tapi laluan tu dah tutup, sebab kalau orang masuk confirm sesat!

Tak jauh dari underground mosque, ada satu bangunan. Kalau tak silap, bangunan pentadbiran. Jadiknya, kalau kerja kat bangunan ni. Kalau rehat, kat taman sari. Centu la kesimpulan dia.

Jumpa lagi benda alah ni kat pintu masuk. Asalnya kat tingkat atas patung ni, tapi sebab gempa bumi.. terjatuh menyembah bumi


Pemandangan dari kawasan istana. Katanya, antara kawasan tertinggi keraton

bekas runtuhan masa gempa bumi 

ukiran bangunan di keraton

Agak la kan, kalau zaman sekolah ada suruh buat folio sejarah pasal sultan semua. Boleh la enkorang buat kajian kat sini. Cuma kena fly jauh sikit lah hehe

Kalau kau jenis tak minat sejarah, kau tak payah datang sini. Nanti kau bosan. Tapi kalau memiliki curiosity tahap kritikal macam aku, boleh ah datang sebab memiliki rasa ingin tahu yang mendalam ahaks! adiosss

untuk lebih maklumat: baca kat sini ye, tapi bahasa indonesia hehe

No comments:

Post a Comment