Saturday, November 26, 2016

Yogyakarta: Lawatan Sekolah Candi Borobudur

Everybody this is #tandadijokja yang paling utama. Kalau sebut Borobudur, satu dunia tau. The biggest buddhist temple. Andai kata korang fokus time kelas sejarah masa sekolah dulu, korang akan selalu dengar nama candi ni. hihi jadi kalau je jogja, harus ke mari ya!

Candi ni terletak dekat Magelang, jauh sikit la dari Jogja. 



Baca sejarah penuh
dekat sini:


Masa pergi tu tak terserempak pulak dengan kepala dia ni hihi 

Borobudur ni menarik untuk korang explore, cuma kadang tu bingung sebab rasa macam hmm siapa sebenarnya bercakap benar dan tiada bohong belaka. Kalau tengok dekat youtube tu, macam macam diorang buat perbandingan kononya Borobudur ni sebenarnya tempat Nabi Sulaiman dan Ratu Boko tu Istana Ratu Balqis. Pakar matematik, buat kajian melalui number stupa yang ada dengan number surah dalam al-quran.

Takde siapa yang tahu kecuali Tuhan kita ye. Untuk korang baca dan tambah pengetahuan, sila la korek mana mana library. Sejauh mana kebenaran dia, ittew pun tak pasti.

Apa yang pasti, bangunan dan ukiran memang unik dan tak tercapai dalam fikiran. Acane ekk orang zaman dulu buat semua ni?! Hhahahahahah garu kepala kat situ


FEE
Ada local fee dengan foreigner fee. Kalau kau rasa muka kau macam masyarakat kat sana boleh la menyamar ye. Hahaha Pak supir dah offer, nak pakai tiket local tak? mesti la nak, separuh harga okayyy.

"hmm kalau kena tangkap macam mana?"
"bayar aja, tambah duit untuk foreigner" - kata pak supir

Tapi sebab kita tak nak menconteng arang ke muka sendiri, kita beli la tiket foreigner. Sebab pak supir kata, gaya baju kita terbang terbang tu tak macam orang local. Kakakkakaa

Dari pintu masuk


Actually, kawasan dia luas. Tapi kau takkan sesat. Sebab, kau ikut je la orang lain! hahaha
Haaa nampak dah borobudur, hati bunga bunga. Selama ni nengok dalam buku teks je hahaa



nahh map pun ada jalan masuk dengan keluar tak sama ye



People selfie and berfoto is everywhere
Yang belakang tu, stupa paling besar tu la di panggil stupa induk


banyak gila stupaaaa. intai gak dalam dia. Ada patung budha tu, yg takde kepala pun ada. uhuk syeramm iolss




Bahagian ke 2 bangunan borobudur



mm tengah buat apetu aalaa kompews sejenak




Bahagian bawah candi


Dari pintu belakang. Kalau kita tau belakang ni takde orang sangat, dah lama kita posing posing lupa diri kat sini



3 bahagian candi


Ada jugak papan informasi yang korang boleh refer. Tapi kat pintu keluar candi! Hahaha patut kat pintu masuk la. ye dak. Ke haku yang tak perasan whehehe


Orang cakap nak pusing candi ni kena ambek masa 2 jam. Tapi sebab masa pegi tu pun dah petang, hujan pulak masa dah nak keluar tu. Nasib baik masih sempat tengok borobudur puas puas. Huahua. 

Kalau pegi candi ni, sama la macam kita pegi melawat masjid. Kena jaga tingkah laku tu. Jangan jadik macam kita, disebabkan nak buat aksi yoga. Sami yang melawat tu, usha panas je kat kita. Maap la, kita ingat boleh nak yoga yoga. huhuhu. 

Before pegi jokja, ada baca review. Dia kata kalau bukan local, kena pakai kain biru tu kan... Time pegi ni, takdek pun aku pakai. dia kata, kain biru tu kalau seluar kau tak menutup aurat. Kahkah macam kau pegi masjid putrajaya tapi kena pakai jubah konvo merah. Heheh

Image
jubah merah hihi

Kita tak bawak mak ayah kita pun datang sini. Kang tercabut kaki mereka naik tangga. Jadi lepas pegi gunung merapi sebelah pagi, kita terus hantar mak ayah rehat kat hotel. Malam tu baru keluar lagi shopping dan makan!!! 

No comments:

Post a Comment