Okeh actually tak tau nak gelak ke nak menangis mengenangkan trip
kali ni. Serioussssss memang perasaan yang bercampur baur. Tapi demi pengajaran
kita bersama, tak salah kiranya kita berkongsi pengalaman suka dan duka. Hahaha
Last year kami booked pakej pergi perhentian RM 350*, dengan
yeksaited namatey lah semangat berapi-api kempunan dah setahun tak masuk laut
masing-masing. Booked tiket bas a month before sebab CNY confirm tiket laju je
habis! Nak beli tiket flight, mahal hazab kemahen.
A week before, kelihatan cuaca tak begitu bekerjasama. Jadi wasep
dgn agen, dia cakap kalau hujan tukar schedule. Cehhh kami masih berharap hari
tak hujan sebab nak taknak kena pergi jugak. Tiket bas dah beli. Sayang lah
hasil perit jerih kerja sebulan nak beli tiket bas di’burn’ begitu sajorkkk.
#Day1 – 7 Feb 2016, Ahad
Sampai jeti Kuala Besut dalam pukul 6.30 pagi jugak. Berjuang
menempuh hidup. Hahahaha solat dulu dekat surau area jeti, cuci muka gosok gigi
dan tak mandi! Hujan renyai-renyai,
hati dah gusar. Lepas breakfast kat area jeti tu pegi la cari Samudera Office nak tanya status perjalanan kami hahahaha then kakak tu cakap memang tak boleh on. Kakak tu baik sangat, berusaha jugaklah call boatman Tanya keadaan laut. Boatman cakap boleh nak pegi pulau, tapi bunuh diri la. Kahkah bergurau kasaqq nampokk behehe.
hati dah gusar. Lepas breakfast kat area jeti tu pegi la cari Samudera Office nak tanya status perjalanan kami hahahaha then kakak tu cakap memang tak boleh on. Kakak tu baik sangat, berusaha jugaklah call boatman Tanya keadaan laut. Boatman cakap boleh nak pegi pulau, tapi bunuh diri la. Kahkah bergurau kasaqq nampokk behehe.
It’s okay. Terus mati kutu tak tau nak buat apa nak tidur mana.
Buntu habis hanya Tuhan saja yang mengerti perasaan ku saat itu kehkehkeh diskas
punya diskas dengan Khadijah. Daripada mereput kat Besut yang takde pape. Jadi
kami putuskan untuk JJCM je lah kat mana-mana.
Kebetulan kakak tadi tu ada kawan dengan driver teksi. Dapatlah
harga yang murah sikit untuk pegi Kuala Terengganu. Nak naik bas macam tak
terdaya hahaha lagi pun dah deal dengan pakcik, kalau ada tempat best-best
suruh dia berhenti. Macam mana pun, cuaca masih tak bekerjasama! So terperap je
la dalam kereta tu lebih kurang 3 jam rasanya.
Sampai KT lebih kurang pukul 12.30 tengahari macam tu, pakcik
tolong kami cari hotel. Semua fully booked! CNY, kau rasa? Dengan jalan jammed,
kami cakap dengan pakcik takpe lah drop je la kami kat mana-mana. Kesian pakcik
drive dalam jammed ni. Manual pulak tu. Hohohoo jadi pakcik tinggalkan kami
terkulai kat Hentian Bas Kuala Terengganu. First thing mestilah makan!! Badan
rasa tak mampu dah, pegi melahap sekejap dekat hentian tu.
Tak nampak ni apa tujuan pegi KT, lepas je makan kami jalan kaki.
Tak tau la arah utara ke selatan timur barat. Jalan jalan dan terus jalan.
Nampak bank terus mata bersinar. Duit pun cukup-cukup je ni. Tiba-tiba Nampak hotel
depan bank ni, okay baca bismillah…. Dangggg ada!! Tak fikir panjang dah terus
booked untuk satu malam ngahaha hari esok belum tentu nasib macam mana hohoo
Check in je terus la solat rehat tidoq. Maklumlah takdek haluan
hidup. Dah mandi wangi-wangi cantik-cantik, tak tau nak pegi mana ni. Okay jom
la kita beli tiket pegi Kota Bharu esok kata Khadijah. Mowtep nak pegi Kota
Bharu? Saje cuba nasib di sana. Hina betul perangai masing-masing.
Settle beli tiket, masih tak tau nak pegi mana. Eh, ternampak bas
hipster kat hentian ni. Apa kata kita naik. Hahahah lepas tu pegi la gigih naik
bas hipster tu. Free!! So takde masalah. Kohkoh okaylah tu masa terisi sambil
menikmati pemandangan jammed kat KT ni. Tapi keyell jammed yang maha dahsyat
tiada tandingan.
Bas hipster pun pusing la sampai Masjid Kristal sana tu. Disebabkan
kami dah penah sampai sini, jadi taklah begitu jakun. Lebih jakun naik bas hipster
nI! (heheheheh) Petang tu hujan still renyai-renyai sepertinya memahami
perasaan ku kahkah.
Sampai kat hentian bas tadi. Kami jalan kaki pegi hotel. Lalu Paya
Bunga Square, acah mall gitu. Bila masuk………. Hmm taknak la cakap apa-apa.
Kehkehkeh. Tiba-tiba ternampak Sushi King. Perut start menggedik balik. Tak
boleh tahan nafsu, jadi tersadai la kat Sushi King melantak macam tak adoo hari
besok. Burpingg dan boleh la balik hotel sebab KT n sangat mati malam-malam! Lagi-lagi
takde transport macam ni. Nak nangis pun tak guna.
Jalan kaki sampai je bilik, lapar balik. Hahahaahhahahahaha tak
guna makan sushi tadi. So lepas maghrib terpaksa keluar cari makanan lagi.
Ternampak kelibat dominos yummy tak salah cuba nasib di sanaaaa. Berbekalkan
semangat rajin kumpul kupon, dapat lah tiba Regular Pizza, Onion Ring, Breadstick
yang super sedap dengan Chocolate Lava berharga RM 33 sahaja!!! Bawak balik,
sambil menghiasi malam-malam sepi ni dengan tengok Astrok! Kemahen tragis hidup
stranded kat negeri orang.
TBC
No comments:
Post a Comment