Tuesday, February 02, 2016

#Coffelegend Bangi & Megi Ketam Ayer@8!

Yadda yaddaaa bersempena dentist appointment dan juga sempena me"wilayah"kan diri dengan bercuti pada hari Wilayah, tak salah kiranya kita melahap bagai nak gila.

So disebabkan Wilayah cuti, dan disamping besi kat gigi ni seumpama tak boleh di bentuk lagi. Maka aku putuskan untuk pergi jumpa Dr. Azam aka Dr yang paling sopan bila nak repair dawai. "okay okayy sikit je lagi.. aaa okay sikit je ni.." kahkah begitu la ayat Dr tersebutssss kakakaka

Panjang sangat muqadimah pun tak guna jugak. Jadi, pagi tu lepas appointment aku dapat bayangkan aku akan sakit kepala lagi untuk 2 hari sebab pasang power chain. Tapi Dr tak pasang, kesian agaknya tengok aku macam tahan sakit even pakai rubber band! mahahahaha menggeletis betul seorang Najwaqq


Lepas merayap pergi bank uruskan kejadah tok nenek semua maka
kami mulakan dengan me"reward" diri dengan Coffe Legend yang sangat umphhh!!! Sedap gilakk alah teringat-ingat dalam mimpi terasa-rasa dalam mulut. RM 6 kitorang minum dari siang sampai ke malam! berbaloi ke tidokkk

Macam kena pegi lagi weekend ini yee. kehkeh kedai dia kalau kau tau dekat belakang PKNS teww yang baris gerai banyak-banyak. Korang pergi cepat sebelum derang kena serbu dengan MPKJ tau!

Source: www.ciklilyputih.com

Dan sekali lagi unplanned project. Tiba-tiba sampai kat Ayer@8 ni. Tiba tiba sangat! serious tak tipu memang tiba-tiba ngehngeh


Tasangka ada tempat indah cenni kat Putrajaya. Cam nak melempang muka sendirik. 3 tahun duduk UKM tak tau kewujudan tempat makan yang sedap dan indah ni. Tapi syukur lah. Kejap lagi asek nak makan kat sini kopak ah makan megi hujung sem bohohohoh


Yang best sebabbbb.. dia ada tasik! feeling ayu la apalagihh

Source: Tripadvisor
Jadi kalau nak makan Maggi Ketam yang Wow ni, engkorang carik je signboard dia takkan sesat. Pasti!

Ada banyak lagi menu dia. Tapi orang cakap ketam dia pemes. Jadi terimalah ketam yang indah ni!!
Ketam Bunga - RM 28
Ketam Nipah - RM 35

*ekceli megi murah jekk ketam yang over kemainn nasib baik sedappp yezza

Ye ye kenapa pandang tew?

Ketam dia sangat best! berlemak-lemak. Isi yang paduu dan dahsyat omaigashhh dapnyeee erhhh

Jangan risau ye kalau siapa yang makan ayu tu, korang terpaksa mengganas kat sini dengan makan pakai playarrrr kehkeh


Ala lupa nak rotate. ermm pusing sendirik kayh

Tomyam dia biasa sajok bagi lidah Minang Khadijah, Wow lagi tomyam PKNS Foodcourt! hihi

Sekian melahap lepas tukaq getah. Dasar gigi tahan lasak!

No comments:

Post a Comment