Wednesday, September 20, 2017

Melbourne Winter Tour 2017: 12 Apostles Castle & Gibsons Step Lookout Extremely Awesome!

Selesai je aktiviti makan-makan dan snap satu dua photo di Castle Cove, we are heading to the famous place ever in Melbourne which is duabelas tugu terbentang luas di lautan dalam ---- 12 Apostles. Tapi by the time kitorang datang tu tinggal 8 batu je. Sebab yang lain dah runtuh di mamah ombak.

Yeshh!

Untuk ke platform untuk korang menyaksikan batu batu tu,
korang kena lalu entrance gate dia dulu. Takde entrance beria sangat, cuma ada la directory dan juga beberapa nota yang korang boleh baca untuk lebih memahami apa yang dimaksudkan dengan dua belas batu ni. Dan macam biasa, aku takdela nak baca sangat. Hehehe

Kedai kat situ



Untuk pengetahuan korang, kalau datang masa musim dingin ni matahari tetap terik tapi sejuk dia boleh tahan. Tamparan angin ke pipi betul betul rasa pipi ni macam nak terkoyak. Ini disebabkan bentuk muka bumi tepi pantai, jadi angin agak kuat.

Aktiviti bungkus anak sebab sejuk

TIPS: Bawak baju tebal okay yang penting bawak la mask tutup muka tu. huhu

Daripada entrace gate nak ke platform, korang kena jalan kaki sikit. Tak jauh pun, dalam 5 minit sampai la. Tapi tak rasa lama sebab sepanjang perjalanan tu korang dihidangkan dengan benda-benda best contohnya haiwan-haiwan yang entah dari mana datang. Selain tu, boleh la berhenti kejap posing macam kanggaru. Hewhew.

Laluan tu lebih kurang macam gini ha
Sempat ambek gambar iolss jew hehehe gambar orang lain tak sempat

Done posing

Dan akhirnyaaa, sampai la ke platform. Ada beberapa point yang cantik untuk photoshoot. Tapi, bagi aku dah nampak dua belas batu pun dah cukup baik. Sayangnya, lightning tak begitu menyebelahi kitorang sebab matahari dari arah yang menggelapkan wajah. Ermm. Walau bagaimanapun, kita tak boleh mudah menyerah! Mari la kita gunakan apps dan edit muka kaasi terang sikit. Kakakaka

terang ke?

Ewah

Platform - Stroller friendly. Tapi bawak yang ringan je la eh!

 
Sijiuk - Me and the next model

Lama jugak kitorang cuba untuk mendapatkan sudut yang terbaik. Sampai la hari hujan! Hahahah takde la hujan teruk, renyai-renyai sampai kelihatan sebaris pelangi. Oh begitu indah ye teman-teman!


Kena cabut sarung tangan sebab tak detect hambek gambar kakaka. Btw, Izzat so tabah dalam sejuk-sejuk ni. Tak nangis langsung. Hahaha

Panorama macam musim panas. Tapi sebenarnya sejuk angin ermm

Ada pelangi! Yihhiii

Cantik bukan? Sebab nak hujan, maka pelangi menjelma di petang hari.

So orang cakap kalau nak ambek gambar cantik, pergi waktu pagi. Petang-petang macam ni, kita lawan matahari, so gelap la muka kita kalau nak posing dengan12 apostles tu. 

Disebabkan hari yang tiba tiba nak hujan, makanya terpaksa kita beransur pulang.

Sejurus sampai kereta, tak jadi hujan =,= Tapi takpe, aktiviti harini belum lagi selesai. Lepas tu, kitorang menyinggah la dekat satu lagi pit stop.

Gibson Step!


Sekitar 5-10 minit dari 12 Apostles, tour guide bawa kitorang selpi seround dua yakni dekat @ The Twelve Apostle's Gibson Step Lookout. Sebab tak jadi hujan kan. Hahah. Kat sini pun cantik. Aihhh pening la semua tempat cantik, terpaksa stop. Kekekekke 

Yups, kat sini actually anda semua boleh la turun kat bawah tu untuk tengok laut dengan lebih dekat. Tapi nampaknya masa kitorang kat sana, laluan tu ditutup atas faktor keselamatan. Ada orang bunuh diri ke? Kakakakakaaa Done fitnah.

Tanpa melepaskan peluang keemasan, sekali lagi para jemaah ready untuk photoshoot di tebing laut. hehehe

Kawasan dekat sini tak luas pun. Memang semata-mata macam kau bersiar-siar, lepastu nampak tempat cantik. Singgah kejap. Haha! Tapi memang cantik. Serious tak tipu. Okay ape lagi, hambek la tengok semua koleksi gambar.






Welcome to Gibsons Step!

Bermesra tepi pantai ermmm

Sebijik batu tetiba terselit hehe
Batu yang aneh tak wujud di Melesia

Camni la scenery dekat tepi pantai tu. Kat bawah boleh jalan kaki jalan jalan bercanda, tapi disebabkan haru hujan makanya kaki menangguhkan hajat tersebur. Hakhak

Family potrait. Tapi siapa belakang tu?


Family potret versi mak mak

Okay sempena penutupan Great Ocean Road ni, kami di bawa untuk menyaksikan matahari terbenam. The real matahari terbenam yang super cantiks!

Stay tuned for the next entry!

*400 tahun kemudian*..........


No comments:

Post a Comment