Friday, August 11, 2017

Korea Selatan (Day 7) - Sinetron Ahjushi Terlebih @ Airport

Sistur nak describe kan hari ke-7 iaitu hari last di tanah Korea dengan beberapa patah perkataan – PENAT, STRESS, DRAMA, EMOSI, dan AWKWARD dan DRAMA lagiiii.


Disebabkan semalam dah penat shopping sakan macam dunia tiada lagi esok jadi ghasenye layaklah tuk tido mati malam tu smpai ke pagi. Flight balik pukul 4 PM jadi dah book ‘starex’ tuk amik The Divas dalam kul 12 PM.

Starex nie cam Limo juga, berfungsi tuk bawa org gi airport. Harga Starex ni 80,000 won. So bahagi 5 kena bayar 16,000 won/org. Starex muat dalam 8 orang satu kete termasuk driver nye lah. And ada space lagi tuk letak luggage2 yang besar2 serta berlambak at belakang kete. Jadi adik2 cuba teka kakak bangun kul bape?

Kerasukan Ahjushi

Tuk jadikan hari ke-7 bewarna-warni dengan drama melayu at bumi Korea kakak tersedar kul 11.30 AM. Punya lah terkejut nak matik time tu. Barang dah la ada yg tak kemas lagi. Mandi apa tah lagi, mesti la belum.

Acah2 je dari semalam cadang kekonon nak singgah KTO kejap kalau sempat sebelum flight. Sebab adik2 Farah nak try hanbok. Hari tu masa aku, Farah and Aton try dorang tak de sekali and tak de chance nak try. Puihhh semuanya angan2 je. Jijik bila ingat balik plan tu. Yang hadonya membongkang atas katil.

Time aku sedar nie Aton tengah sedap mencicah biskut ke roti ntah dengan air. Bila aku bagi tahu Starex nak datang kul 12 baru dia gelabah. Dia ingat lambat lagi Starex nak datang. Tu dia wat lex wat peace menikmati breakpes dia and tak kejutkan mahkluk2 yang PENAT, tido cam sleeping beauty ni.

Bila tinggal lagi 30 minit semua pun gelabah. 10 minit pas bangun tu ada orang ketuk pintu bilik. Gaiiisss tuk tambah lagi suspen dalam DRAMA nie Ahjushi yang bawak Starex sampai awal lak. Yang ketuk pintu bilik tadi sebenanye pekerja Itaewonn Inn. Dia dtg tuk inform yang kete dah sampai. Hmmmm nice ahjushi!!!!!

Aku pun apa lagi cepat2 la gi mandi, yang lain kemas2 beg and bersiap. Pastu selang 5-10 minit pekerja Itaewon Inn nie asyik datang je ketuk pintu bilik. Sis STRESSSSSS!!!!! Banyak kali dia datang, sampai la sekali tu dia kata, Ahjushi Starex tu nak cakap dengan kitorang. Ohh Okayyy..

Lepas dia bagi tahu Ahjushi tu nak jumpa, sistur2 sekalin main tetolak la siapa yang patut gi jumpa Ahjushi. Sebab barang2 dah la banyak tak settle lagi, tak de masa nak sembang dengan Ahjushi. Last skali Aton yang dah habis kemas gi la turun jumpa Ahjushi.

Sampai bawah Ahjushi hulur tepon at Aton. Bos kpada Ahjushi nak cakap dengan Aton. Pastu Bos Ahjushi nie sound la Aton. Dia tanya - kenapa lambat? Ahjushi nie pasnie ada kena gi tempat lain plak, amik client lain. Jap gi cakap sorry at Ahjushi nie sebab dah amik masa dia, bla bla bla…

Amboi! Menyirap plak kakak dengan Ahjushi nie. Kau tu datang awal sangat pesal??? Dah la awal 20 minit. Anat anat je…

Pastu Aton naik bagi tau suh cepat. Kitorang memang la nak cepat Ahjushi, tapi barang tersangatlah banyak. Nak cepat camne pun memang lambat gak cite dia. Tengah sambung kemas2 pekerja Itaewon Inn datang ketuk bilik lagi. Again, Ahjushi nie nak jumpa. *mata keatas*

Aduuhhh. Ahjushi kalau ghase nak cepat, leh x jangan asyik nak cakap dengan kitorang???? Weolls busy. Ahjushi, fikirlah otak….. Kali nie aku lak yang turun. Time sampai bawah Ahjushi memarah lagi. Aku redha kan je lah diri kena marah. Memang salah kitorang gak lambat. Huhuhu

Akhirnya pas nak dekat 40 minit kemas2 jemaah berjaya gak masukkan segala barang2 dalam Starex. Alhamdulillah Ahjushi masih waras. Dia tak tinggalkan The Divas yang lambat ni, hehe. Tapi sebab Ahjushi tgh marah jadi memula tu dia tak nak tolong pun masukkan barang2 dalam kete.

Pas nengok luggage kitorang yang super besar cam leh bawa balik Oppas dok berterabur at belakang sampai x leh tutup but kereta, barulah Ahjushi tolong susunkn luggage2 tu lek lok. EMOSI sistur, kau tolong dari awal boleh kan???

Time OTW ke airport Ahjushi tu OTP dengan sape ntah. Dia cakap Korea. Aku tak tau sangat dia cakap apa tapi aku yakin dia kutuk kitorang sebabkan nada dia cakap tu. Hek eleh Ahjushi nie. Aku pun angin la dengan kau sebab datang awal, tau tak????? EMOSI lagi.

Sepanjang jalan ke airport tu semua banyak diam je. Dah la penat, x de mood lak bila dah gaduh dengan Ahjushi. Perjalanan nak ke airport dari Itaewon kalau naik Starex nie dalam 50 minit. Ahjushi nie cilok sana cilok sini sebab dia nak cepat. Kalau Ahjushi tenang maybe dalam sejam++ kot perjalanan.

Sampai je airport Ahjushi trus bagi tahu bape nak kena bayar. Hmmm aku malas nak cite panjang perangai Ahjushi nie, korg leh nilai sendiri. Kendian dia turun kete gi keluarkan barang2. The Divas yang cantik jelita ni Ahjushi biarkan terkunci dalam kete. Tak faham tol apa masalah Ahjushi nie.

Pas dah settle kluarkan barang2 baru Ahjushi unlock kete. The Divas pun kluar tgok barang2 semua. Pastu kriiik kriik kriiik... Ahjushi tgok kitorg, kitorg yang cantik pun nengok Ahjushi. AWKWARDDDDD gaisss!!! Pastu jemaah angkat beg memasing terus blah.

Sistur mengaku sistur agak kurang sopan sebab x mintak ampun dengan Ahjushi. Tapi sebabkn Ahjushi berlagak nak mampos, sistur jadi tak selera nak mintak maaf. Sorry Not Sorry!

"Sorry I can't help" - Oppa kacak

D7 505 - Awal gilaa jemaah sampai airport!

Okay then dah masuk airport gelabah cari penimbang plak. Nak tau berat luggage memasing. Memang aku ada bawa penimbang luggage tapi sebab nak tau berat yang tepat kena gak timbang. Time kelam kabut nak settle luggage ada lak orang Korea bagi survey form suh isi.

Sebelum babak drama

Dah la busy nie, EMOSI je aku nak isi2 borang. Yang duk melayan jawab survey ni, adik2 Farah je.Pas dah timbang aku agak2 cam ngam la kot dengan berat luggage kitorg beli. Masa nak gi hari tu pun dah tambah lagi berat luggage.

So bila dh yakin beg tak terlebih berat, weolls gi check in. Hmm tak DRAMA la kalau semuanya lancar. Jadi masa check in luggage, taraaa... luggage terlebih berat you gaissss. Hmmm... Sis STRESS sekali lagi. Masa nie seb baik dapat Oppa yang baik hati jaga kaunter check in. Dah la baik, hensem lak tu. huhuhu


Awal2 tu Oppa cakap la ‘Sorry I can’t help’ sbb time nie Oppa try kurangkan berat luggage yg dah terlebih. Oppa cakap la brg yang nak check in ada yang better bawak naik cabin. Tapi bila cam xde harapan sebab beg tu terlalu berat tuk bawak naik cabin tu yg dia kata tak leh nk tolong.

Pastu weolls duk bincang2 depan Oppa. Jemaah yang kedekut ni mana nak keluarkan duit tuk bayar extra luggage. Pastu Oppa tu try lah tolong lagi. Sian agaknya dia tengok jemaah yg muka desperate ni. Even dia dh try tolong tapi still berat luggage terlebih. Oppa sekali lagi – ‘Sorry I cant’help’

Last skali jemaah haji bakhil redha dengan hakikat terpaksa bayar extra luggage. Oppa plak cam bg suggestion barang dalam beg mana yg patut bawak cabin and mana patut check in tuk kurangkan jumlah extra luggage. Jemaah dengarlah cakap Oppa.

Jadi total tuk extra luggage 45,000 won/5 = 9,000 won sorg. Mahal noharom untuk lebihan yang tah bape kilo tu. Kitorang siap pakai calculator dalam phone Oppa lagi tuk kali 4 harga yang Oppa bagi dalam KRW. Tak tau nape kaunter check in ni takde calculator sendiri sampai Oppa kena guna phone. By the way, ni la akibatnya terlebih beli banana uyu. kehkehkeh

Settle membazir dekat check in kena naik train tuk gi tempat departure. Masa at immigration ada DRAMA lagi. Time check2 barang Farah, Oppa immigresen panggil Farah gi tepi. Pastu Oppa suh Farah tunjuk barang dalam beg dia.

Immigration in Action!

Farah tunjuk la. Oppa ni buka satu kotak kecik dalam beg tu and kuarkan gunting. Kotak tu sebenanya kotak barang jahit yang Farah beli masa at Gwanjang Market. Asalnya kotak nie tuk check in tapi masa alih kn barang2 tuk kurangkan berat tadi lupa terus kewujudan gunting dalam kotak tu.

Oppa mestilah buanglah gunting tu sebab x leh bawak naik cabin kan. Tu tak pe lagi, gunting tu pun cam gunting 50 sen je. Yang sedihnya dalam kotak tu ada letak 2 pencuci muka yang baru beli at Nature Republic gak. Ya Tohan, terasa hancur hati masa tengok dia buang pencuci muka tu. T.T

Lepas je immigresen masa nak gi tempat departure jemaah nampak kedai2 duty free. Pas je tau gate mana nk kena masuk kitorang gi la kedai2 duty free tu tuk tebus balik kesedihan pencuci muka kena buang tadi. Masuk je kedai duty free sis shock banget.

Departure hall

Shopping dekat sini je weh!

Harga2 barang at kedai duty free sumpah murah. Ada yang lagi murah dari beli at Lotte Mart yang duty free gak tu. Jemaah apa lagi, kembali segar tuk shopping. Lupa dah penat, hilang ingatan gaduh dengan Ahjushi, Alzheimer kena kluarkan duit lebih tuk extra luggage tadi. Nyanyok dah semua.

Banyak gak kitorang beli at duty free. Powder, cermin 3CE yg comel, mask dan ofkoses pencuci muka. Barang2 nie semua plak dah x kena buang kalau bawa naik and tak kena timbang berat, makanya lagi lah menjadik-jadik aktiviti soping.

Somel bangett yolss

Tips: Pada pendapat saya, harga di sini ebih murah banding dengan Myeong Dong, Lotte Mart dan sebahagainya. Saya cadangkan, siapa datang Korea untuk shopping kosmetik je, boleh la book hotel dalam airport saje. Atau tido je woi kat airport! Hahhaha

Kehilangan "Sebutir" On-Boarding Pass -.-

Settle shopping jemaah solat jamak zohor+asar sebelum naik flight. Gaisss DRAMA tak habis lagi. Masa on boarding, time tunjukkan ticket, ticket cik Farah hilang pulak. Cik Farah wat hal lagi. Kelam kabut cari ticket at beg semua, tapi tak jumpa.

Aku tanya la pekerja tu kalau ticket hilang camne. Dia kendian minta passport Farah and check system. Tak tau la dia buat apa. Maybe check ada tak nama Farah tuk flight tu. Pastu dia bagi satu kertas nie. Cam acah2 ticket gak. Orang tu pun kelam kabut tulis kat kertas tu. Seb baik tak kena maki at situ.

buatpe tu budak

Ada tv jugekkk
tapi tak faham cakpa apa hehe

Cermin huduh

Masa atas flight plak, flight delay jap sebab cuaca. Tetiba hujan. Sepanjang jemaah at Korea, tu pes taim hujan. Syukor gak la. Sebab kalau sebelum ni hujan memang lari dari itinerary. Hehe. Maka berakhir sudah perjalanan aku di korea yang penuh dengan kenangan manis, masam, busuk, pahit dan kelat. Bye Korea. Nanti The Divas datang lagi tuk borog barang hantaran plak kay. Anyong Korea!!!!!

Bukan flight kitorg hehe






No comments:

Post a Comment