Hari ketiga adalah hari yang mencemaskan.
Masa tengah tunggu para Jemaah touch up aku pun tengok la balik ticket2 untuk pergi Everland yang aku dah beli online masa dekat Malaysia. Time tu baru aku sedar ticket yang aku dah print tu just macam receipt pembelian je, sebenarnya kena dapatkan physical ticket dekat KLIA2.
Masa tengah tunggu para Jemaah touch up aku pun tengok la balik ticket2 untuk pergi Everland yang aku dah beli online masa dekat Malaysia. Time tu baru aku sedar ticket yang aku dah print tu just macam receipt pembelian je, sebenarnya kena dapatkan physical ticket dekat KLIA2.
Ya Tohan apa apaan ini. Aku terus whatsapp agent yang jual ticket ni. Dia reply and kata akan try issue kan e-ticket. Nasib belum ditentukan.
Tapi lega sikit time ni.
Disebabkan para Jemaah dah siap and excited nak ke Everland, kitorg yg mengamalkan konsep redah ni pergi je dulu Everland. Time ni tak settle lagi hal ticket. Tapi berani mati dengan selamba badak larik larik pegi subway hehe.
Berjayakah para jemaah ke Everland?? Huhu
Excited ciked kehkeh
Untuk ke Everland pulak ada macam-macam cara. Boleh rujuk link ni;
https://www.everland.com/web/multi/english/everland/everland_guide/transportation/Transportation01.html
Site ni akan explain lebih detail tentang Everland and cara-cara ke Everland. Kesimpulan dari website tadi, kita boleh ke Everland by Train atau Bus.
- By Train (Turun dekat Jeondae, Everland)
Cara nie agak jimat tapi memakan masa kalau dari Itaewon sebab banyak kali nak transit
- Naik Bus (Ada dua jenis bus untuk ke Everland)
I. Shuttle bus
Shuttle bus dia agak mahal.
Bus fare: Seoul route \12,000 Suwon route \8,000 (round trip).
Shuttle bus ni akan pick up kita dari subway station tertentu. Untuk jadual perjalanan tengok gambar bawah:
TIPS: Kalau dari Itaewon Inn dan teringin nak amik Shuttle bus, boleh naik di Seoul Station sebab paling dekat dengan Itaewon. Untuk ke Seoul Station mestilah naik Subway gais. Hehe.
Sebenarnya kitorang nak naik Shuttle bus sebab dapat kupon FREE Shuttle Bus. Tapi disebabkan kegagalan kitorang menghubungi Daesung tour yang sentiasa busy di talian makanya adios muchachos diucapkan kepada option ni. *Lap air mata*
II. Regular Bus
Jadi untuk siapa2 yang kedekut macam para jemaah atau tak memiliki apa2 kupon free, di nasihatkan tahu diri and memilih option regular bas. Kenapa? Sebab ianya jimat dan mudah (mudah ke?). Huhu. BTW bawah nie jadual perjalanan regular bus.
Since weolls dari Itaewon jadi bas No.5002 menjadi pilihan hati. Kitorang naik bas ni di Gangnam which is paling dekat dengan Itaewon.
So gais ketahuilah dengan menaiki regular bus dari Itaewon ke Everland ada dua steps yang perlu diikuti:
1. Kena naik subway dari Itaewon ke Gangnam
2. Then tunggu regular bus dekat bus station Gangnam untuk ke Everland
So details untuk step 1..
Cara pergi ke Gangnam dari Itaewon Inn
· Train Itaewon Station (to Bonghwa (Seoul Medical Center) station
· Transit Yaksu
· Cari Line 3 (to Ogeum Station)
· Transit Seoul National University
· Cari Line 2 (to Seongsu Station)
· Turun Gangnam – Exit 10
Details tuk Step 2..
Cara ke Gangnam Station Bus. Keluar Exit 10 jalan je terus tanpa was2 dalam 200 – 300 meter ke hadapan untuk ke station bus. Station bus tu depan Giardano. Opposite dari station bus ni, seberang jalan boleh nampak kedai SPAO. Dekat sini ambik regular bus No 5002 ke Everland.
Tempat tunggu bas
ini dia gerangan bas tersebut
NOTE: OTW nak ke station bus nie akan pass through satu station bus lain tapi kalau rasa nak ke Everland memang kena amik station bus yang kedua teman-teman.
Hmm sementara tunggu bus, aku peratikan juga perangai ahjushi yang jaga station bus ni. Agak over ahjushi ni. Garang betul suh kitorang yang acah-acah diva ni beratur. Jadi para Jemaah yang memang tiap saat nak amik gambar terpaksalah bergambar dalam barisan je.
Kitorang tunggu bas 5002 dalam 10-15 minit dibawah terik nya matahari pagi Korea. Syukor kat sini bau pahit tak beraksi. Dari Gangnam ke Everland dengan bas 5002 dalam 30 minit. Tak sampai 40-50 minit (macam dalam website kata). Maybe traffic yang lancar adalah asbabnya.
Nnti dia akan turunkan dekat satu bus stop. Dari situ jalan sikit lagi untuk ke tempat tunggu shuttle bus ke Everland. Jangan risau kalau tak tau cara nak pergi ke station shuttle bus Everland sebab dekat je and boleh ikut belakang orang-orang Korea sebab In Shaa Allah dorang selalunya tau.
Naik shuttle bus tak sampai lima minit then taraaa.. Sampai dah Everland.
Macam bas ekspress jek hehe
On the way to Everland Shuttle Bus!
hi
Beraksi gembira sebelum dapat tiket seolah olah tiada masalah mendatang
Ticket yang still bermasalah tak menghalang jemaah tuk melangkah yakin dengan gaya pussycat doll ke Everland.
Disebabkan kelembapan agent ticket settle kan masalah yang telah sistur cipta, sistur whatsapp la dia tuk inform yang jemaah dah sampai Everland. Harapan sistur agar dia rasa bersalah and cepat-cepat issue kan e-ticket tu. Huhu jijik permainan.
Lepas je agent tu email kan e-ticket, aku terus ke kaunter ticket untuk foreigner. Kaunter ticket untuk local dan foreigner lain gaiss. Cara nak guna e-ticket ni kita kena scan QR code pada e-ticket. Fuhhh settle akhirnya masalah ticket. Berjaya juga jemaah melihat keindahan Everland.
Gaisss Everland walaupun hari biasa tetap ramai orang, terutamanya rakyat Korea sediri. Budak tadika, budak sekolah menengah, family, couple dan segala spesis manusia boleh didapati disini.
Aku pergi sini hari Jumaat. Faham dorang tak semayang Jumaat tapi yang tak boleh brain nye dorang tak keje ke? ponteng sekolah ke? Okay yang ni still misteri cam mana boleh ramai sangat kat Everland time weekday.
Panjang gila mukadimah! okay baru nak masuk part benda best dalam Everland hikssss
Jumaat pun ramai nokss
Jadi FYI Everland nie terbahagi kepada 5 bahagian:.
I. Global Fair
II. American Adventure
III. Magic Land
IV. European Adventure
V. Zoo Topia
Setiap bahagian ada keunikkan tersendiri. Kalau sehari nak checked semua permainan dekat Everland memang tak mampu. Permainan dia terlalu banyak. Jadi kalau dalam hati ada niat nak checked semua permainan mohon repeat ke Everland.
TIPS: Dicadangkan untuk listkan apa yang kita nak main dalam Everland ni supaya tak pening kat sana. Hehe
Singgah pokok bunga jap
Jadi menurut schedule Everland yang Farah dah buat, first sekali kena amik gambar kat Magic Tree (Global fair). Memang cantik Magic Tree dia. Buktinya tengoklah kecantikan gambar kitorang.
Maap lighting tak bagus sangat. Kita cuba next
diva terlebih. diva yang lupa bawak tiket masuk Everland hehe
Menikmati udara pahit Korea
Next kitorg berhajat nak masuk Hologram Theater (Global Fair). Tapi bila tahu je kena bayar, jemaah darah kacukan haji bakhil terus ke permainan seterusnya iaitu Double Rock Spin (American Adventure).
Hologram Theater
Rock Spin nie queue nak main dia je panjang nak matik. Kitorang tunggu lebih dari sejam untuk main nie. Again disebabkan ramainya warga Korea.
Jangan pakai jubah eh naik ni
Kakak cuak sikit time ni
Sambil-sambil tunggu nak naik rock spin yang beratur panjang nakmatik
Rock Spin ni aku rate kan dia 10/10 sebab memang superb gila. Perasaan dia macam kita dicampak campak dekat udara, scary-yeyo!!!!. Masa berpusing 360 darjah tu sila mengucap. Kalau brothers and sisters yang ada lemah jantung permainan nie boleh pangkah awal2 kayy dan pesanan aku, buka kasut kalau rasa tak sanggup tengok kasut sendiri tercampak masa tengah main. Boleh tengok video ikhsan you tube kat sini. hehe
Next is Sky Way (American Adventure). Sky Way function sebenanya tuk senang bergerak dari satu section ke section lain. Tapi kalau nak naik suka-suka pun tak de masalah, silakan. Sky Way sebelah Rock Spin je. Pastikan Rock Spin sebelah bahu kiri then jalan je straight tak sampai 30 saat dah jumpa
Takde la tinggi mana hakhak
Sky Way nie kitorang naik sebab nak ke section European Adventure. Queue untuk naik Sky Way tak panjang sebab masa ni bukan peak hour. Perjalanan dia pula dalam 5 minit. Masa dekat atas Sky Way tu dapatlah juga menikmati indahnya Everland. Tapi tak nampak semua tempat la sebab Sky Way nie rendah je.
Bila dah sampai, time nak turun Farah buat hal pulak. Sibuk amik gambar sampai sistur Farah tertinggal purse. Seb baik ada Oppa kacak yang jaga Sky Way. Dia amikkan beg sistur Farah and bagi balik. Kalau tak, tak mampulah Farah nak memborong subenier-subenier dan kosmetik Korea.
Sampai je section European Adventure first thing yang kitorang buat adalah solat. Sebab time ni dah masuk waktu. Gaiss FYI Everland ada menyediakan surau. Ada tempat amik wuduk sekali. Saiz surau plak macam surau dekat Shell. Cumanya tempat solat dia ni campur lelaki perempuan tapi still surau dia boleh dikatakan selesa.
Cara nak ke surau Everland (Dari Sky Way - Section European Adventure)
· Pastikan Sky Way di sebelah bahu kiri
· Jalan terus sampai jumpa Mystery Mansion
· Then jalan depan sikit tak sampai 5 langkah adalah surau
· Surau terletak antara Mystery Mansion dan Rotating House
tu ha belakang tu surau
Tempat wudhuk
Lepas dah settle solat kitorang ke T-Express. T-Express adalah sejenis roller coaster kayu. T-Express beroperasi dari pukul 12 PM – 6 PM. Malas nak cerita panjang tentang roller coaster nie sebab korang boleh baca dekat website dia.
T-Express amalkan konsep RRS (Ride Reservation System). Konsep RSS nie adalah dia akan benarkan kita reserve untuk main. Ayat mudah nye adalah cop giliran.
Jadi kalau nak cop giliran hanya boleh dibuat on site. Kita kena pergi ke kaunter T-Express yang terletak bersebelahan pintu masuk T-Express. Motif RSS nie supaya tak perlu queue lama-lama.
Upacara beratur jauh nak gila
Pastu pancit sakit pinggah patah kaki hehehe
Tapi masalahnya kitorang beratur sampai nak patah kaki juga masa nak reserve. Adalah dalam 30-40 minit queue sebab kaunter dia akan buka per session. Baca ni untuk lebih faham cara RSS nie beroperasi:
Time of issue : 1 hour prior to operation of T Express ~ 14:00 /Start to issue 1 hour prior to boarding (Example : Reservation note for boarding at 12:00~13:00 to be issued from 11:00) The last issuing of a reservation note for boarding at 14:00~15:00 starts 13:00.
Disebabkan T-Express mula beroperasi pukul 12 PM, jadi pukul 11 AM dah boleh queue depan kaunter untuk reserve. RSS available sampai pukul 3 PM je. Jadi start dari pukul 3 siapa yang nak main T-Express terpaksalah pulak mengamalkan konsep first come first served.
T-Express juga available untuk pemilik Q-Pass. Q Pass ni macam express ticket tuk beberapa jenis permainan diantaranya adalah T-Express. Maknanya kalau ada Q pass tak perlu nak beratur atau reserve tuk main T-Express. Datang je bila-bila antara pukul 12 PM hingga 6 PM tu
Dapat! hihi
Lepas settle reserve T-Express jemaah ke tempat lain pulak sebab giliran tuk naik T-Express lama lagi.
Masalahnya sementara beratur nak ambek tiket tu pun sempat soping soping
Sempat rembat sikit (Mahal gila T.T)
Seterusnya para jemaah ke Mystery Mansion yang terletak sebelah surau tadi. Mystery Mansion ni memang semisteri Everland. Dari luar nampak macam tak ada orang sudi nak main, sekali masuk ciscake tol! Ramai pulak orang beratur. Seb baik queue tak lama. Hehe
Dekat dalam takdek lampu hahahahah
Sistur rate kan permainan nie dalam 6/10. Hmm, permainan ni tak membosankan tapi sememangnya tak thrill lansung. Untuk sape2 yang ada anak kecil boleh la main game nie sebab permainan ni lebih sesuai untuk kanak-kanak.
Jadi untuk siapa yang dah bercita-cita nak skip permainan ni boleh skip sekali penerangan and pengalaman sistur dalam mystery mansion kay.
Jadi sebelum korang hilang arah dalam Mystery Mansion aku akan explain sikit cara nak main. Kita kena duduk dekat ride disediakan. Kalau ada bawa beg boleh letak dekat kaki. Satu ride pula muat tuk 4 orang je. Ride ni nanti akan bawa kita keliling Mystery Manison and dekat tepi ride ni ada pistol mainan.
Ride ni akan lalu ruang tamu berhantu, bilik berhantu, and banyak lagi tempat-tempat berhantu yang tak menyeramkan. Dekat setiap section berhantu ada cahaya bulat kecik warna merah (red spot). Untuk dapatkan effect seram tu silalah tembak red spot dengan pistol mainan yang disediakan. Bila tembakan terkena red spot nanti akan keluar la gelak seram and pelbagai lagi effect acah-acah seram.
Video kanak-kanak riang dari weolls hehe
Okay dah faham kan cara nak main? Settle.
Next adalah Rotating House (American Adventure). Asalnya aku cam malas nak main Rotating House sebab fikir dia just terbalikkan barang-barang dalam rumah then kita jalan-jalan, amik gambar dan buatlah apa yang patut. Rupanya tak. Rotating House ni best sebenarnya.
Rotating House aku rate kan 8/10. Queue dia pulak cam Mystery Mansion. Dalam 15-20 minit. Nak selfie, tapi dalam ni gelap. Apa guna selfie kalau tak nampak muka cantik sistur ye dok?. Jadi sistur hanya bertabah menunggu giliran.
Bila dah sampai giliran dia akan panggil dalam 20 orang ke satu bilik. Dekat bilik tu nanti akan ada gargoyles cakap-cakap. Gue ngak ngerti ngomongnya apa sih. Soalnya gargoyles sekalian bicaranya Bahasa Korea. Wakduh bikin gue pusing terus. Huhu
So settle gargoyles tu syok sendiri. Kita akan ke bilik seterusnya. Dekat bilik tu ada seat panjang. Kena duduk situ then lampu dimatikan.
Sedikit sedutan rumah terbalik hehe
Komen murni weolls
Huhu dekat sini gargoyles start syok sendiri balik. Ntah apa dia cakap. Pastu ada lagu-lagu seram sikit then tetiba rumah tu akan berpusing and same goes with seat kita. Hehe effect dia memang real sebab sistur terperasan bahawasanya sistur telah berpusing 360 darjah walaupun hakikatnya tidak sama sekali. Rasanya dinding dia je yang betul-betul berpusing 360 darjah.
Penutup dia nanti akan ada benda meraba ontot. Huhu. Yang nie tak tau la dia pakai effect apa tapi ontot kurang isi sistur telah berjaya diraba sebanyak dua kali dari bawah seat. Dah sedap dia raba then dia buka lampu tanda permainan tamat. Hehe itulah pengalaman sistur dicabul di Korea.
Seterusnya nak bergambar depan Royal Jubilee Carousel (American Adventure).Tapi disebabkan Aton dan adik-adik Farah nak main game jadi jemaah berpecah kejap at sini. Just aku dengan Farah yang gerak gi Carousel. Kitorang janji nak tunggu dorang depan Carousel.
Dorang pulak gi main game Dragon Coaster, Spooky Fun House dengan Top Jet, Nie semua dekat section Magic Land. Disebabkan aku tak main semua game ni jadi aku rate kan games nie bedasarkan apa yang adik Farah kata ye.
Dragon Coaster best katanya. Dragon Coaster ni macam roller coaster cuma berbentuk dragon. Spooky Fun House adalah rumah hantu. Kurang menarik sebab macam permainan kanak-kanak. Top jet is awesome. Top Jet adalah sejenis jet yang berpusing di udara. Aku dari bawah, boleh nampak dorang cam terhibur main benda ni. Huhu
Sambung balik kisah aku and Farah. Disebabkan kitorang asyik menyinggah, jumpa lereng bukit - amik gambar jap, nampak bunga - singgah lagi amik gambar, diri tengah jalan pun nak amik gambar gak, jadinya sempat Aton dengan adik-adik Farah settle main, kitorang tak sampai-sampai lagi Carousel. Hehe
Beli eskrem pun poyo
Cedapppp yummmyss
Babak photoshoot dengan eskrem
Oleh kerana Aton and adik-adik Farah dah settle main akhirnya semua gerak gi Carousel sama-sama. Dah tak berpecah and kali ni betul-betul gi sana, hehe. Nampak je Carousel Aton and adik-adik Farah terus beratur nak main. Aku and Farah je yang stick to plan asal nak amik gambar je depan Carousel.
Aksi berlebihan depan Carousel. Yang lebih lagi takleh upload sebab terlalu menjengkelkan
Kitorang amik beberapa gambar pun sempat dorang abis main. Ye la, jap nak pose mak limah la, pastu pose mak lampir, tak cantik tukar lak posing lain. Hmm dan begitulah seterusnya cara kitorang menghabiskan waktu di Everland.
Time Farah nak amik gambar adik-adik dia atas Carousel, Oppa yang jaga Carousel ni sibuk interframe nak masuk sekali. Farah pun layankan je sebab Oppa pun dari tadi memang saje dok lalu lalang supaya Farah amik gambar dia. Seb baik Oppa comel. Aton la yang paling terhibur amik gambar dengan Oppa.
Aksi gedik Aton dan Oppa
Settle Aton and adik2 Farah main Carousel, kitorang semua bergambar sikit lagi then terus gi balik tempat T-Express tadi sebab gilirang kitorang dah nak sampai. Dari Carousel ke T-Express tak jauh pun. Jalan dalam 5-10 minit camtu.
Muka masam jam 6 petang
katne eh ni? Sistur nyanyuk lak seketika
Time tunggu giliran tuk main aku dah start bedebar membayangkan keseraman T-Express. Sumpah sistur takut. Hehe.
Kitorang pilih nak duk seat tengah. Sistur tak kuat tuk duduk depan sekali. Duduk je dekat seat kena tarik lap bar sebagai langkah keselamatan. Berani ye T-Express bagi lap bar je, aku rasa cam dia sepatutnya letak shoulder harness tuk T-Express. Hehe
Bila T-Express dah mula bergerak jantung mula la over, hehe. Dan macam biasalah la, tugas sebuah roller coaster, dia akan turun naik berkali kali sampai kau rasa nak muntah, menjerit tak ingat dunia dan rasa jantung terkeluar dari badan. Macam tu la juga T-Express.
Cumanya nak tau tak apa beza T-Express ni dengan roller coaster lain? The difference is dia akan buka aib kau. Huhu, pecayalah kerana aku dah mengalaminya.
Time aku main ni, segala jenis air nak terkeluar. Air mata tu pasti sebab bila T-Express terlalu laju and mata kau ditampar berulang kali oleh angin mesti la rasa nak keluar air mata kan. Masalahya skang air liur dengan air hingus pun nak keluar gak dah kenapa?? Korang Pesal nak keluar?? T.T
Aku usahakan la cover segala air yang terkeluar sebab nak gambar cantik dekat camera T-Express, huhu. Ada sekali tu aku tertampar peha Aton. Masa T-Express tu dah mula bertenang plak, aku nak cakap la dengan Aton. Tapi sebab banyak ngat air liur dalam mulut time tu, makanya Aton mendapat la face mist jenama T-Express keluaran Wawa, hehe. Nasib kau lah Aton sape suh dok sebelah. Huhu
Dah settle main T-Express, kitorang gi la dekat bahagian collect gambar. Nak tau la juga, terbongkar tak aib aku, hehehe. Ya Tohan, syukor banget, Allah yang maha pengasih masih tutupin aib gue teman2. Nah makanya aku lagi pikiran, mau beli ngak fotonya.
Jadi lepas fikir-fikir akhirnya Farah je yang beli gambar dekat T-Express. Gambar tu agak gelap sikit, tapi untuk kenangan Farah rembat juga. Untuk gambar size 4R, harganya 17,000 KRW. Muka masing-masing dalam gambar tu tak perlulah aku cite. Rasanya semua tahu camne, huhu.
Kahkahkahkah hasil gambar sebentar tadi!!!
Kesimpulannya tuk T-Express aku rate kan 10/10. Memang thrill naik benda ni. Pesanan aku, jangan makan banyak sangat sebelum naik T-Express sebab bila roller coaster dia menjunam ke bawah perut korang akan menekan ke lap bar dia, time ni memang rasa nak muntah sebab tekanan at perut tu. Dan akhir sekali, jagalah aib masing-masing, hehe.
Next, lets go to Four Seasons Garden (American Adventure). Buat pecinta bunga, taman ni is a must go. Cantik bak hang dan ofkoses sangat berbeza dengan taman-taman yang ada dekat Malaysia. Dekat sini kitorang stay lama. Tapi bukan disebabkna queue. Tapi sebab ghairah amik gambar dengan bunga-bunga. Taman bunga dia luas and sesuailah kalau nak dating2, hehe.
Posing sakit kaki?
Dan tidur?
Dalam pukul 7 camtu kitorang gerak gi SkyWay tuk balik. Cadangan asal nak tengok parade bagai tapi sebab fikir nak cepat balik so parade dipangkah dari to-do-list. Queue tuk skyway lak time2 camni agak panjang. Adalah dalam 30 min menunggu. Jadi mungkin pukul 7 adalah peak hour tuk Sky Way.
menikmati
Turun dari SkyWay kitorang menyinggah jap at kedai Line Friends Store (Global Fair). Kat sini tak beli apa pun, amik gambar then chiao. Tunggu SkyWay campur sesi singgah menyinggah dan amik gambar akhirya nak dekat kul 9 juga la kitorang bla dari Everland.
Saat ini guwe lagi capek banget, enggak bisa ngomong apa pun kahkah
Cara nak balik dari Everland sama dengan cara datang tadi. Naik shuttle bus Everland ke bus stop. Then tunggu bus tuk balik tempat kita datang tadi - Gangnam Bus Station.
Tunggu bus pula kena bijak. Kalau dah tau datang tadi dari Gangnam jadi beratur la dekat line untuk bas ke Gangnam. Jangan beratur tempat lain nanti tak sampai bilik plak, hehe. Jadi time beratur ni dah penat-penat pun ada drama.
Time nie aku dengan Farah beratur. Aton dengan adik-adik Farah duduk maksudnya dorang tak beratur la kan. Jadi masa bas sampai kitorang dah naik dulu then Aton and adik-adik Farah baru nak beratur. Kitorang dah lega dah dapat duduk dalam bus.
Pastu kitorang tunggu dorang naik bus, tak naik-naik, Rasanya line tak de la panjang mana, takkan Aton and adik-adik Farah tak lepas. Kitorang intai luar bas, dorang memang tak lepas. Disebabkan bas dah nak gerak kitorang whatsapp dorang kata jumpa at Gangnam Bus Station je nanti. Time nie wifi dekat adik Farah kena la cepat2 whatsapp sebelum terpisah. Conclusionnya kena tunggu dorang naik next bus
Dalam bus plak kitorang duk belakang sekali. Semua orang dalam bus tido kecuali kitorang 4 orang yang duk at belakang ni which is aku, Farah and dua lagi Oppa Korea. Kitorang dua dok sembang la pasal Korea kan and dua oppa korea sebelah Farah ni pun sama naik duk bersembang. Farah kata oppa sebelah tu acah-acah sembang dengan kawan dia sebab nebes Farah yang cantik duk sebelah. Puihhhhh
Dah sampai Gangnam Bus Station, terpaksalah kitorang bertapa at Gangnam bus station sementara nak tunggu bus Aton and adik-adik Farah lak sampai. Ada la dalam 15-20 minit melepak at sini. Masa dorang dah sampai kitorang tanya la nape tak pas naik bas tadi. Rupanya dorang kena caras dengan dak Korea.
Ciscake tol!!! Rupanya orang korea pun kuat caras gak. Jadi lesson learnt today, jangan lah percaya bulat2 apa yang dorang dok tayang at drama, dorang nie leh tahan kuang ajo gak senanya. Hehe.
Penat extravaganza
Tahniah siapa yang baca entry ni sampai habis. kehkeh Adios muchachoss!
Tahniah siapa yang baca entry ni sampai habis. kehkeh Adios muchachoss!
I sukew baca setiap entry u. Cerita2 u dlm blog u buat I rasa I tgh travel dgn U. keep up the good work! I'm looking forward for next entry.
ReplyDeleteThanks for reading. Let's travel together sometimes! :)
Delete