Salam gais. Baca title pun tau dah yang weolls sikit lagi nak terlepas flight -,-
I took halfday and gerak dari office dalam pukul 11 pagi. Flight AA pukul 2.40 petang. Sebenarnya, aku sampai airport awal jugak, tapi biasalah sebab pegi dengan suster ngesot dan anak anak banyak berdrama. Banyak la pitch stop. Kahkah
Check in Beg, makan dulu. Jalan lenggang kangkung
Jemah sebok
Hi
Before masuk gate, punggah-punggah barang dulu adjust beg bia tak lebih 7 kg, Weolls takkan sia sia kan duit ye kat AA nak bayar berat beg muehehehehee
Rukun Travel Sepanjang Hayat 😀
Belajar dari pengalaman, aku takkan scan lagi passport kat mesin puaka tu. Jadi pegi la kat brader imigresen.
Dia tanya
Dia tanya
"study kat Jepun ke?" - kahkah ternyata wajah student mihmihmih
"tak, holiday"
"jauhnya, sampai jepun. Sorang sorang?"
"tak, dengan kakak" - sambil tunjuk keluarga suster ngesot hehe
Menyempat laaaa brader ni tanya macam-macam. orang lambat dah ~ dapat gate hulu kat P6 tu.
Sampai gate nak scan beg kat dalam tu. Abam polis tanya lagi, nak pegi mana.
"Haneda"
"Oh, Haneda dah final call. Cepat pegi lari" – tapi dengan penuh bertenang dia punya gaya tu
Dannnnn bermula la episode berlari macam tak cukup tanah kahkah Mica paling excited berlari dengan tersenyum. Anti dengan mummy jantung macam nak luruh membayangkan tertinggal flight
Guest service semua dah jerit jerit final call. Kahkahkah harom jadohhh sungguh mengaibkan
Guess what, kami orang last naik flight. Hahahah merepek!
Kisahnya, aku dah nampak kat board tu awal awal status flight "final call"
"Kakak, dah final call la"
"Yekee? baru pukul berapa" - Seraya pandang jam dengan sepi
"Final call check in luggage kowwwt"
"haah la, ye kot"
- dan sambil jalan dengan terhegeh hegeh
Rupanya, gate dah nak tutup!!!!
Mikail dan Biskut
****************************************************************************
After 7 hours kebosanan maksima dalam flight, akhirnya kaki berpijak di bumi Tokyo. Kahkahkah.
Sampai Haneda Airport, sangat mudah. Lepas cop passport. Terus keluar gate. Takde scan beg leceh renyah macam kat KLIA tu 😊😇
Guest service kat sana, dengar je tangisan mak lampir Mica, terus dia kasi kitorang lalu priority line. Extra mudah! Hihi
Paling penting, bila sampai je airport pegi la singgah Information service center.
Kat situ, boleh la kutip segala macam map, pamphlet and soooo many more sampai mata tak keruan. Sebelah dia ada jual pasmo/suica/day pass. Soo, weolls beli terus masa tu jugak.
Day pass for foreigner only
Kita boleh pilih 24/48/72 hours day pass. Masa nak beli just present Passport je.
Benda sangat sangat berbaloi kalau kau nak lenjan Tokyo sampai benci. Boleh refer kat sini - http://www.tokyometro.jp/en/ticket/value/travel/index.html
Pass ni cover all Tokyo Metro and Toei Subway lines. Jadi kalau kau sesat ke nak guna sejuta kali pun takde masalah. Yang terbaik adalah plan dulu perjalanan, nak pegi mana, nak stop stesen mana. So boleh la estimate berbaloi ke tak beli pass! - to be continue for extra info.
Jadi lepas beli tiket, terus je balik rumah sebab bontot pun rasa dah senget sebelah. Emmm
Favourite View Eveeeeerrr
*hambek semangat betul nak taip entry ni. So let me take a breathe nak susun story for the next entry! hihi
ooo win! sila lah bawa mak lampir mica lagi untuk mendapatkan priority lane di airport kahkahkah
ReplyDeleteRajin bukak blog kita pagi pagi! Hahah
Delete