Sunday, September 04, 2016

Langkawi 2016: Island Hoping & Parasailing Pantai Tengah!

Selamat datang ke segmen pembakaran wajah/wajah selamat cemerlang :')

Island Hoping - Tasik Dayang Bunting, Eagle Feeding & Pantai Beras Basah

Actually, Island hoping ni takyah di review kan lagi. Sebab semua orang serba maklum. Atau nama lainnya, kalau tak cerita pun orang tau. Ni aktiviti wajib pergi untuk sesiapa datang Langkawi. Dan maknanya, dah 3 kali aku sampai! (Over)



Cuma kali ni, dia hoping 3 tempat sahaja. Dulu, masa aku pergi 2012 dia pergi 4-5 tempat rasanya. Tapi, ah bia la dah lupa la apa nama tempat tu. Ada replika kura-kura kat situ, bagi ikan makan. Hmm sumpah lupa. K babai.




Dan juga yang mengejutkan, nak masuk tasik dayang bunting kena caj RM 3! dulu freeeeee. Yelah, nak maintain pulau kot (sangka baik).



poyo level: nak kena block dari pecbuk






uhukkk indahnya mandi!

NOTE: Kalau nak island hoping, please la pakai baju boleh bawak mandi. Sebab boleh terjun. Masa aku first time datang, tak tau kan so pakai la lelawoo. Haha. masa aku datang ni tak ramai mandi, sebab ramai pakai cecantik. pakai blouse la, dress kembang. oi masuk hutan kot. panjat tangga. Jangan pakai baju kurung! hihi


ramai mat saleh "boatmate" kitoganggg 


bila balik bilik, nampak gambar ni.. entah. masing-masing tak faham apa motep utama aksi ni. lews.


posing level: dah tak peduli orang langsung


then, pegi tengok helang pulak. Haaa kali ni banyak helang. Haritu tak nampak pun. ni dah kurang tempat lawatan, maybe dia pakai duit tu buat beli makanan helang. hikhok


posing tak malu, padahal ramai gillew orang dalam boat. Tak kenal pulak tu. Muahahahahahaaaaaa


Paksa "boatmate" ambek foto hihi

Seterusnya hoping ke beras basah. Memandangkan dah penat gilleww mandi kat dayang bunting, tak mampu rasanya nak berendam kat beras basah. tak pelah. dolu doluuu dah mandi cukup la (redha).



nak posing depan ni, tapi ramai sangat jejaka di tepi tepi tu. i ni dah la pemalu. sooooo ambek gambaq dan zoom je mampuuu huahuahua



dulu rasa air dia lagi jernih, ni macam dah kureng sikit. Apa ramai orang kencing ke?


Bila naik kereta, lapi pakai sunscreen dalam kereta. Aduh pinterrr sekali hihi

ada cerita sedih + bengang sikit sebenarnya. kitorg naik shuttle van dari counter.. so bila balik tu.. kakak tu tak kasi naik van. dia cakap kasi yang kering dulu naik. yang basah naik van lain. Okay fine. kitorg pun tunggu naik van lain (van huduh sikit dari van pertama).

Sokay, tak marah. Tapi jadi marah sebab dia tanya "macam mana boleh basah?" "kenapa basah? orang lain tak basah". Alahaaaai nak kata buduhh, tak sampai hati. Aku pegi Island hoping kak. Island. Ulang sekali lagi, Island. Bukan Gurun Sahara Hoping.

Orang lain tu tak mandi, sebab pakai baju lawa. Hahahah rasanya dalam group kitorg. Kami dua basah teruk. Ada 2-3 orang lain just basah kat bontot. Kitorg basah satu badan. Dan bayar RM 3 kot. rugi tak berendam! hikhik

Parasailing - Pantai Tengah

Lepas je island hoping, plannya nak carik makanan dan seterusnyaa pergi parasailing! Ya tuhan payah nak carik makanan. Bukan pasal takde makanan, pasal baju basah! orang kedai pandang atas bawah je. Kuanghaja. 

Ada satu kedai tu, kitorg nak tumpang tandas. Tanya ada tandas ke, dia pandang aku dulu atas bawah. Hahahah biadap betul perangai. Tau la aku basah, tapi aku ada duit tau! (konon bajet kaya). kehkeh lantak engko la. Akhirnyaa, jalan dan jalan jumpa satu kedai nasi ayam dekat jalan pantai cenang ni. Kitorang pun duduk luar. Makan dekat area luar kedai, makcik tu siap tanya tak panas ke duduk luar tu. huhuhuhu syukur ada makcik perihatin. Ewahh. sebbek sedap nasi hayammm. 


Parasailing ni pun kami just walk in je. Sehari sebelum tu dah survey sekali dengan island hoping. Pastu dapat la harga RM 120, dia cakap nak kasi RM 80. pastu dia macam paksa-paksa. Kalau datang esok dia kasi RM 120. 

Dia paksa book time tu jugak. Hewahhh aku ni pantang betui orang paksa memaksa. terus aku bla. Hahaha sekali esoknya, terserempak lagi brader tu. Adui, harap brader tu tak baca blog aku. Hahahahahaha



4 km je. Tapi okay la ni sesuai dengar harga! hehehe


Okay dah sampai nak mendarat. Nanti kalau aku rajin ada masa terlebih, aku upload ah video hihihi babai

No comments:

Post a Comment