Monday, August 01, 2016

Part 1: Escape Adventure Theme Park - 10 Tips!

Salam satu Malaysia kengkawan. Pada malam yang berbahagia ni, aku berhasrat untuk cepat-cepat habiskan entry ni sebelum trip-trip lain datang menyusul. hihihi

Well, baru-baru ni me and Khadijah went to Penang for pre, pre and super pre-bachelorette party katanya. Padahal nak meraikan setahun kerja la lebih kurang. Beli tiket masa dapat gaji pertama dulu, terus kerasukan syaiton nak jalan-jalan.



Party yang betul-betul belum start. Kira ni B.P Version 1.0 la. Hahaha over namateyh. K. Di pendekkan cerita, actually kami beli tiket nak pegi Escape ni bulan 9 tahun lepas.




Free seat Air Asia la macam biasa ye nokss. Dan tips penting, kalau kau beli tiket escape online, dan makin lama masa kau tunggu makin murah harga tiket. Jadi untuk kes kami, dapat harga yang super superrrr jimat!

Flight KL-PIA: RM 19.90 dua hala
Escape: RM 36 per pax
Total belum campur makan: RM 57.90


Model mane tah sesat emm

Penting!

You can find the information by navigate this link :

Located at Teluk Bahang. Depan lagi dari Batu Ferringhi. Kalau dari airport maybe 40 minit, bergantung pada kadar kelajuan engko rempitzz. Senang sangat nak carik tempat ni. Betul-betul tepi jalan!

Jadi serba sedikit tentang escape ni sila la baca sampai habis.
  1. Normal price adalah RM 83 untuk Big Kid category. You guys boleh check kalau nak pegi dengan family ke, company or team building whatsoever. Semua harga dah dinyatakan dalam website dia.
  2. Amat disarankan bawak glove. Aku tak habis baca review, beberapa jam sebelum berlepas baru terbaca review kena bawak glove. Untuk mendapatkan kepuasan maksima sila la bawak. Dalam ada jual, tak sila RM 25. Memang aku atak beli laaaa cita diaaaa. Kakaka kat rumah banyak lagi glove masa main kat skytrex dengan district 21.
  3. Korang boleh main puas-puas dari pukul 9 pagi sampai 5.30 petang (dia tutup pukul 6). tapi korang tak boleh keluar masuk dari entrance. 
  4. Recommended datang masa weekday, kami datang hari jumaat. Sampai sana dalam pukul 11 pagi berbekalkan merempit enjin turbo bapak. kakaka. Masih tak ramai orang. 
  5. Best kalau kau start main pukul 9 pagi sebab start pukul 2-3 petang dah panas.Kepala pun berdenyut-denyut dah rasa nak terbongkang je kat surau.
  6. Dia provide surau dan tandas yang selesa. So takde masalah taknak semayang la apa bagai nak menggedik. Lempang kang.
  7. Escape Theme Park juga mengamalkan konsep top-up yakni "E-wallet". Masa kau register tu nanti dia kasi password. Jangan terlupa pulak. Nanti masa nak sewa locker, nak makan ke just key in password ni.
  8. Makan kenyang-kenyang before masuk. Makanan super mahal!!! Mahal melampau. Burger Ayam, RM 13. Nasi + Ayam + Sayur, RM 14. Hahahahha mestilah seorang kedekut Najwaq takkan beli. Thanks. 
  9. Korang takyah sewa locker pun takpe sebenarnya. Boleh je bawak beg ke sana-sini cuma barang hilang tanggung sendri. Pasal each station ada je orang boleh tengokkan beg. Nyesal sewa locker RM 8. ermmm.
  10. Game dia banyak gila, sila bawa bersama sekali ketabahan dan kekentalan mental fizikal selain daripada kamera yang cantik. hihi

Surau


Okay dah hitam






No comments:

Post a Comment