Saturday, June 20, 2015

Mini Travel: Kota Bandung - Siri 1

Tempat: Bandung, Indonesia
Tarikh: Jun 2015
Jemaah Tentera: Wawa, Dijah, Kakak Nana & Asbeng, Mayam Mica
Tajaan: 80% kakak, kehkehkehkehh

Dinasihatkan, tukar duit siap siap kat Malaysia. Kat sana pun boleh tukar, tapi agak leceh sedikit dan tak banyak masa nak compare kedai-kedai money changersssss



Hari Pertama dan Kedua

Sempena meraikan tamatnya internship, aku putuskan untuk setuju ikut kakak menjelajah Bandung. Angkut Khadijah itu perkara
pasti.

Wajib la menaiki Air Asia demi percutian budget! RM 200 pergi balik. kakak belikan time promo. Actually boleh dapat lagi murah, engko kena la rajin menghadap eesie setiap hari. Aku pun dah lupa berapa bayar kat kakak, rasa berdosa jugak banyak menghabiskan duit beliau huahua

Jadi, kami parking kereta kat ERL Salak Tinggi sebab bayaran yang murah untuk parking 4 hari! kehkeh flight kami petang, lewat petang sebenarnya dan arrived Airport Bandara Husein Sastranegara sekitar 8 malam waktu tempatan, lebih kurang 2 jam lebih jerkk dalam flight. Dapat la menibai Nasi Lemak Pak Naser yang begitu mengujakan!

 Cahcah friendship goals

 Airport Bandung tak besar mana, lebih kurang Airport Kepala Batas Kedah tu jerkkk. Jangan risau, takkan sesat ngahahha



Kakak booked hotel through Agoda. dan the saddest part is, masa nak check in receipt cakap nama kakak takdek. Ah sudahhhhhh cemanooo ngorat punya ngorat mamat receipt, ada la bilik kosong lagi. Satu untuk kakak, satu untuk Wawa dan Khadijah. hekhek dan dengan begitu penat, kami pun melabuhkan badan atas katil yang empuk lagi mendamaikan.

Bila pasang tv, keluar la suara indonesia. Sah!!! aku kat bumi bandung! 


kami stay dekat Ivory Hotel, okay la. reka bentuk yang moden dan takde iron. kakakakka. nak iron kena call staff dan laju je iron sampai ke bilik! ngahaha. Even nama kakak takde mula-mula, diorang still layan kami ni dengan baik, siap hidang air oren yang sejuk sejukkkkkk  sementara tunggu dapat bilik



Breakfast dia pun okay la. Kami la orang pertama yang sampai kat cafe dengan tak mandinyaa!! hikhik pukul 6 pagi dah terang benderang, terasa aneh, sarapan 6 pagi lews.

Aktiviti hari pertama adalah menyaksikan keindahan kawah putih. masalahnya indah ke?!!! perjalanan dari pekan Bandung ke Kawah Putih adalah dalam 5-6 jam termasuk berenti buang air la singgah sana sini lagik. Jalan yang sangat berbukit bukau dan beralun-alun menyukarkan proses melelap mata.




Sesudah sampai.. me is like... bau apa yang hina iniiii. bau macam bau bakar-bakar tu apadia nama dia belerang ke hape lupa. before mendaki ke kawasan "hijau" haruslah masing-masing meninggalkan sisa sisa dalam perut kat toilet. Beratur mak aii kemain panjang. Nak kencing je pun weyhhh.

Kat atas ni agak sejuk, tapi tak la sejuk gila. sejuk yang aku kena pakai jugak la baju kat luar. tapi matahari memang menerik memancar wajah.


Nama je kawah putih, tapi kawah dia hijau la beb. kenapa pakai mask? sebab kalau tak pakai boleh mengakibat kematian bagi mereka yang sakit jantung. Kakak ni boleh pulak bertahan tak pakai, orang lain dah tersedak terbatuk dia masih lagi watlekk


Tapi, demi nak shoot the best moment terpaksa la menanggalkan mask dan terbatuk selama 4 saat. 



Gambar ni di ambil oleh tah siapa yang mengoffer diri nak hambekkan. Katanya diorang dari Jakarta, siap mintak bbpin kakak yang dari Kuala Lumpur. Oh menn manada orang main bbpin dah. Kalau takkk pastinya cintaku tertinggal di Jakarta. Gitew.


we having this for lunch. Apa jadah tak tau la nama dia, tapi rasa dia agak boleh diterima. Dan aku begitu hampa, bila tengok senarai menu, satu pun aku tak pahammmm dengan kompiden ambek teh susu, sekali rasa dia mak aihhh macam pewangi kereta kakakakaaaa

Nape tu kak. Kedai makan dia tepi jalan jerkk yang menariknya, kedai dia ala-ala rumah. Boleh makan tingkat atas tewww

Dah macam bawak duit mainan okeh susah nak percaya air milo pun harga 30,000!


On the way balik Bandung, macam macam pemandangan yang ada. Antaranya, detik.. detik.. detik apadiaaa?! 

Jalan raya kat sana super sesak! dan diorang drive dengan cara yang sangat menakutkan okeh dengan berlawan hon, jarak kereta yang sangat dekat padat mampat! tetiba rasa syukur #MalaysiaMasihAman lewsss

Budak budak ni pulak dengan selamba dan yakinnya main main tepi jalan

Main layang layang, main lari lari sepertinya hidup tanpa gadget :')

Malam tu, kami menjenguk kejap ke rumah mode yakni shopping komplekss ala ala JPO. Mestila tak beli pape kan, nama pun percutian bajet. Cukuplah memberi terapi pada mata.


Habis je cuci mata kat rumah mode, kami makan dekat kedai makan yang pastinya aku masih tak tau apa nama dia. Hahahaha Weolls order tomyam... What? Kau order tomyam kat Bandung?! Kau dah kenapa beb. Teringin punya pasal dan akhirnya menyesali keputusan sendiri bila tomyam nya begitu manehhhhh dan dah boleh la tidur sampai tak ingat dunia

to be continued 

No comments:

Post a Comment