Selamat pagi Wuqing!
Setibanya di Airport Beijing jam 2-3 pagi macam tu waktu tempatan, rehat-rehat dulu. Lepastu decide naik train ke Wuqing (cara sebut: wu-cing). Last minute plan. Ingat nak naik bas pergi Tianjin dalam 2 jam. Tapi fikir-fikir balik. Ah malas la. Naik train je hahahah!
Florentia Village
Destinasi ni pun baru-baru je famous. Sebenarnya takde apa pun yang menarik selain daripada senibina bangunan yang cantik. Memang cantik. Tempat ni adalah shopping complex berkonsepkan JPO & GPO. Orang selalu singgah sini kalau nak ke Tianjin sebab memang lalu station ni.
Nak tau bajet? Boleh tengok kat sini.
**********************************
Cara nak ke Florentia Village:
Daripada airport kami naik Subway ke Beijing South kemudian ambil bullet train: Beijing South - Wuqing. Florentia Village ni pulak terletak betul-betul opposite Wuqing Station.
Capital Airport Express - Beijing South - Wuqing
Harga: 88.5 Yuan sehala
Pro-Tip! Kalau korang nak pergi Tianjin pun boleh guna route ni, station Tianjin adalah selepas Wuqing. Boleh refer rajah di bawah: Kalau nak tengok cara-cara naik bas, aku akan ceritakan kat hujung entri ni.
Jom tengok kami terkulat-kulat naik train!
Disebabkan kami plan last minute, jadi kami beli tiket secara walk-in. Harga dia sama je kalau beli kat Klook, cumanya Klook boleh dapat banyak lagi promo. Sign up la kat sini untuk dapat RM 13.30 for first sign up! Iklan pulekk hekhek Nanti aku akan buat juga entri khas cara-cara nak beli tiket melalui Klook.
Ikut tunjuk arah Tickets tu
Banyak sangat kaunter dan gate kat Beijing South ni, dia ala-ala KL sentral la. Pusing kepala. Nak cari tempat beli tiket pun sesat, tanya polis kat sana semua tak faham English. Lepastu terjumpa kiosk Customer Service, berjaya la cakap English even 2-3 words je hakhak
Ini la kaunter untuk beli tiket train. Ada no 4 kat atas
Nanti dia akan bagi tiket macam resit je. Kat situ akan ada tulis Gate dengan no tempat duduk. Aku tak sempat ambil gambar, sebab ingat tak penting har har har
Mencari gate
Tapi memang teruk tahap kesesatan masa ni, disebabkan baru sampai dan tak mandi.... maka makin menjadi-jadi kebingungan kepala. Turun naik escalator sana sini, aduh lawak hahaha Kalau tak silap kami naik kat Gate 5.
Lepas tragedi barang kena rampas masa lalu security check..akhirnya, kami pun tiba kat depan gate. Tu pun lepas tanya merata-rata. Untuk pengetahuan anda, korang takkan boleh masuk platform selagi train number tak dipanggil. Dia akan tunjuk kat display atas gate. Alaaa macam naik flight juga. Untuk foreigner, ada special lane. Selalu hujung sekali, kanan atau kiri. Dia akan guna passport je untuk scan.
Yeayyy ready for Wuqing!
Muka stress barang kena rampas tadi haha
Kami pilih seat 2nd class, beza dia ruang kaki je dengan 1st class. Tak berbaloi nak beli sebab dekat dan sekejap sangat hihi
Merenunggg
Selesa sebenarnya train ni. Best dan laju! Dalam 20 minit dah sampai
Suhu hari ini
Ok sampai pun. Jangan marah bangg
Wuqing station platform
Depan Wuqing Station
Cantikkk
Daripada seberang jalan
Untu ke Florentia Village, kena naik jejantas. Keluar station, belok kiri. Akan nampak jejantas, naik je. Terus sampai kat sebelah sana.
Angkut beg berat ke hulu ke hilir
Dan... sampai!
Kedai tak banyak yang buka, sebab kami sampai awal pagi. Dalam pukul 10 pagi rasanya. Boleh la foto-foto!
Kosong dan sunyi
Cantiknya beg pink dia
Sungai beku kat belakang tu
Muka tak mandi uhuk
Takde apa pun nak beli, nak menghayati keindahan je sebenarnya. Tak masuk pun kedai-kedai kat sana haha
Let's balik
Bersama beg-beg besar
Sekitar Florentia Village
Orang baru start ramai
Ready for leaving. Baru pukul 11 lebih, dah macam maghrib haha!
Kelihatan Wuqing station dari jauh
Lengang je jalan pagi-pagi
Sampai station, terus masuk untuk security check. Kali ni kami dah beli tiket online, so tunjuk je passport
Nampak kan yang kanan sekali tu, tu lane untuk foreigner. Nanti bila train number dah announced kat skrin atas tu.. baru pergi beratur, kalau tak.. duduk je lepak-lepak
Ada tandas, tapi bucukk erm kkk
Very good article. I am going through a few of these issues as well..
ReplyDeleteIt's really very difficult in this busy life to listen news on TV, therefore I simply use internet for that reason, and take the latest information.
ReplyDelete