Monday, August 01, 2016

Part 2: Escape Adventure Theme Park - Review Game


Sebelum pape.. sis dedicated bidiyoh ni utuk engkorang semua! hihi



Before terbakorrr


Game untuk muda remaja belia macam aku ni refer kaler ijo.

Monkey Business
Actually game dia banyak gila okay. Tinggal engko larat ke tidak nak main. Based on review aku baca, orang cakap wajib cuba Monkey Business. Tapi aku cam.. erm bosann sama macam skytrek, mcm skytrail dekat district. Angkuh sikit.




Monkey Business ada 3 level. Dari senang ke paling susah. Masa dekat skytrek aku lagi la poyo terus ambek extreme 22 meter dari bawah. Jadi aku cakap dekat Khadijah, kita skip je ni. nanti balik baru main kalau larat. Hahaha



Coco Climb
Panjat pokok kelapak. Memang tidak ah. Awal-awal aku pangkah. Nak terkangkang kat situ?! Jangan nak mengarutsss. Kalau boleh beat within second yg dia suruh, dapat air kelapa free. Hmm takpelahh aku balik kampung je la kelapa free bapak petik hehe!

Gecko Tower
Ni first station kitorg serang. Nak warming up kononnya. Recomended lah, kalau korang datang.. main ni dulu untuk buang rasa takut cuak cemas semua. Dia ada 4 level. Kitorg main sampai level 3 je dan semua lepas sampai atas!! Syukurrr. Lepastu dah malas pegi level 4. Muahahahah




A-Maze
Kitorg tak masuk. Sebab bila pegang dinding gua tu macam panas je. So malas nak masuk. Hahah aku rasa ni sama macam Maze yg dekat district carik jalan keluar pastu berpeluh-peluh kena tunduk meniarap bercangkung semua la hehehehe Aku taknak komen sebab aku tak masuk sini.

Atan's Leap
Ahahhhh ini la aktiviti paling aku takut dan paling aku suka. 2 kali aku terjun. Padahal first time naik tu rasa nak patah balik. kahkahkah. tak seram la engkorang boleh try. Terjun jangn tutup mata yang penting. Sis belajar dari kesilapan lama. Masa buat free fall dekat district, sis tutup mata dan kesannyaaaaa...... pinggang tergeliat sebab tak perasan badan dah mendarat. lol. Pleaseeee nak buat bungee jump terbalik ikat kaki pulak sambil peluk asbengggg #tiberr







Jungle swinger
Masa kami lalu kat station ni.. sepi je. Instructor tu yang approach kami. 

"Hey nak cuba tak?"

Lepastu datang je la. Pakai harness. Sampai kat platform, "nak buat apa ni?" "terjun la lompat macam tarzan" Hahahahah terperanjat kittewwww ingatkan kena tangkap tali dari bawah. Ah engkorang tak paham aku cakap apeni. Dah diam. Tapi ni pun antara yang best. 2 kali jugak repeat yehhhaaa!

Lalu lagi petang tu.. busy benoooo kita pulak kena approach dia. Luckiest us sebab datang weekday! 

Flying Lemur
Yang ni just flying fox semata-mata. Besttt! Tapi tak mampu nak repeat sebab kena jalan jauh gilsss nak naik bukit semua. kat station ni tak boleh bawak kamera or phone. Semua kena tinggal. Dan korang akan 100% jaga sendiri harness korang. This one not really recommended kalau kau first time nak flying fox. Unless kau tau macam mana cara pakai dan urus harness dengan betul. Kadang kalau kau kalut tetiba tali kau terbelit stuck kat tengah. Masa dah hujungg flying fox tu, tinggi nak mam. Terkejut kittew haaa tapi flying fox sini seram sikit sebab nampak orang kat bawah. Hahaha 


 Sebelum naik tu dia kasi nengok tv

 Dari jauh kelihatan, alamak benda apa tah yang tinggi ni. Rupanya final platform flying lemur. lol

Nangis la tu takut - on the way nak pegi lemur ni.. jalan hutan sikit je

Tubby Racer
Papan gelongsor tapi pakai pelampung. Best tapi tak mampu repeat jugak sebab malas tarik pelampung naik atas. Jauh gilaaa. Turun tak sampai seminit, nak naik dekat 5-6 minit. Koraseeee?

Penat tarik muahahhahaha


Kite Flyer
Ni la benda orang jerit macam kena histeria. Mestila kena cuba jugak. Hehehe. Actually dia just macam buaian je, tapi tinggi. Cuma masa dia nak lepaskan tu je dia macam hentak badan kita ke bawah. Tu yang jerit tak kalah. Kat station ni korang kena rajin sembang dengan orang lain kalau kau datang berdua macam kitorg. Sebab kena kayuh beskal tu before kau diterbangkan. Amboi ayat. Kira kau kayuh untuk orang, orang kayuh untuk kau laaa. Gittewhha. 

Najwaqq & Khadijah in the sky! Cewahh


Dan akhirnya menjerit pondan -,,-

Aeorobat
Tempat ni untuk manusia badan lentik boleh pusing-pusing gimnastik. Even aku tak pandai, aku nak try jugak! Sebab dah bayar RM 36. Hahahah  actually kalau tak pandai, instructor akan ajar, dia jerit dari bawah apa nak kena buat. Tapi sebab tapak tangan aku sakit melampau.. tak mampu buat ayunan berpusing. Tak bawak glove. hmm

Laki pun boleh pusing. Malu sikit Najwaq ermm

3 Sixty
Ini adalah station untuk release penat. Tak seram langsung. Macam buaiang kat padang je hahahaha uncle tu geleng je tengok kitorg ngagagagaga





Additional Information:

Kat sini ada jugak tempat nak bersukaneka. Teng teng ke, takraw kee, ni ha;



Instructor dia Bangla dan Melayu. Tapi jangan risau, Bangla situ baik baik semuanya. Before nak touch untuk harness dia akan cakap sorry dulu, mintak permission. Lepastu dorang kelakar gila namamposs okay. Dorang takkan berani apa-apakan kau. Jangan risauuu. Kalau dorang gatal, kau lempang je. tanpa kompromi.

Emm nape lepas berpeluh-peluh nampak mok lagi emmmm


nanti kita tambah video lagi, Ngantuk la esok kerja. hihihihi bai!

No comments:

Post a Comment